Penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan dia baru sahaja mewujudkan akaun Threads beberapa minggu lalu. Mengendalikan sendiri akaun tersebut termasuk Instagram dan TikTok, Yusry berkata, dia bagaimanapun tidak mempunyai banyak masa untuk sering aktif di platform itu. Baru menyertai Threads beberapa minggu lalu. Tak tidak pernah terfikir saya memerlukan aplikasi sosial lain pada telefon saya. Tapi hanya guna macam sambungan dengan IG saya (saya ada TikTok juga). Tapi itulah, umur-umur macam ini tak la banyak masa sangat nak aktif dekat semua akaun sosial media. Semua akaun saya diuruskan dan dikendalikan oleh saya (bukan yang palsu, jika ada).
Dalam pada itu, anggota kumpulan KRU ini turut berkata, setiap media sosial mempunyai perkongsian yang menghiburkan di samping ada juga isu negatif yang menjadi kepincangan netizen. Begitu pun, Yusry lebih tertarik untuk melihat konten bermanfaat dan memilih untuk mengabaikan isu kurang berfaedah. Maaf jika saya tak berapa aktif. Cuma kadang-kadang bila terlalu meluangkan masa membaca komen-komen macam-macam rasa datang. Baik dan buruk. Sebab ada perkongsian yang menghiburkan, informasi dan kelakar. Ada juga yang jahat, toksik dan menghakimi atau terlalu mengkritik tentang semua perkara. Tapi ya itulah kehidupan yang betul. Bagi saya, saya lebih suka melihat yang baik dan abaikan yang buruk. Tapi kita semua pun manusia. Tak apa, hanya singgah dengan salam mesra dan hello semua. Sumber – Oh Bulan |
Duta lover replied at 3-7-2025 03:47 PM
Dah uninstall TikTok n Thread. Facebook pun da lebih 10 tahun deactivate. Skang on Instagram je.. tu ...
ADVERTISEMENT