CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4U2C Tuntut Permohonan Maaf, Bagi Tempoh 24 Jam

2-7-2025 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11944| Komen: 241

 


Kumpulan rap era 90-an, 4U2C menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada mana-mana pihak yang dipercayai mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan mengenai penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’.

Menurut peguam yang mewakili penganjur, Juss Event Sdn. Bhd iaitu Carlos Mak Chuen Yan, permohonan maaf itu perlulah dilakukan secara terbuka menerusi platform media dalam tempoh 24 jam.

 

Adalah satu keutamaan bagi pihak penganjur untuk mengadakan konsert mengikut undang-undang.

Dan saya telah dimaklumkan bahawa kesemua ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) telah dilakukan serta mereka sudah pun mendapat permit dari badan yang sepatutnya.


Malangnya, terdapat beberapa kenyataan tidak benar yang dikeluarkan pihak ketiga terhadap kumpulan 4U2C.

Kami ingin tegaskan bahawa kami tak akan bertoleransi dengan perkara ini. Sehubungan dengan itu, kami menuntut pihak terlibat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam menerusi media.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak kami tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, ketua kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal memaklumkan, dia dan ahli kumpulannya tidak perlu mendapatkan keizinan daripada komposer, Man Senoi dan Mama Rap kerana telah mendapat persetujuan daripada badan pelesenan iaitu Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP).

Pertama sekali, saya ingin perbetulkan apa yang diperkatakan oleh Man Senoi dan Mama Rap.

Mengikut akta MACP, setiap persembahan yang menggunakan muzik secara ‘live’ (bukan minus one) tidak perlu mendapat persetujuan daripada pencipta lagu.

Malah, mereka turut mendakwa 70 peratus daripada lagu di dalam album mereka adalah hasil ciptaan sendiri.

Kalau nak ikut dari segi penciptaan lagu, daripada 25 lagu yang Man Senoi cakapkan itu saya boleh katakan 70 peratus adalah lagi ciptaan kami. Lagu dia mungkin dalam tiga je.

Jadi, agak sedihlah bila Man Senoi katakan 25 lagu itu dia yang buat.

Terdahulu, timbulnya kemelut di sebalik penganjuran konsert 4U2C apabila komposer Man Senoi dan Mama Rap dilapor berkata, hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

Memetik laporan Harian Metro, Man Senoi dan Mama Rap turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air. 

Man Senoi turut dilapor mempersoalkan bagaimana kumpulan berkenaan hendak mengadakan konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.

Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event akan menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikmouse 2-7-2025 09:11 PM
Apo!..blom apa2 dh controversy....tix x jgk sold out dlm tempoh 45 minit...
Quote kaseh80 2-7-2025 09:15 PM
Orait
So sapo yg nak gi nengok concert atuk atuk ni ?
Quote kepingbewok 2-7-2025 09:19 PM
nmpk sgt nie cara nak tutup keMALUan kalau konsert tak laku
Quote Moyangkucing 2-7-2025 09:21 PM
Muka AC berlagak sungguh ... huhu.. dah la iols memang cancel dia ni sejak dulu...  
Quote jihyomelly 2-7-2025 09:22 PM
belum apa2 dah mcm2…tok gelang ni iols
tak caya..dia je betul
Quote dani-rox 2-7-2025 09:33 PM
kemain lg harga tiket. rm20 sudahlah.
Quote I.K.A888990 2-7-2025 09:36 PM
bengkaknya muka pakcik ac ni..terserlah muka evil dia kat situ

bukan dia pun ada kes tak byr gaji staffs ke kat suke tv tu
Quote jalfa 2-7-2025 09:36 PM
Harap acik porom  x yah pigi konsert ni.  Tunggu kaka yelite punye  konsert je lah
Quote sapeka 2-7-2025 09:37 PM
Klu tak kontrobesi tak boleh?
Last2 langsung tak jadi
Quote PinkyPie 2-7-2025 09:41 PM
Dengan Ajai sekali terpalit ,suka hati engkorang laa
Quote nadie90 2-7-2025 09:51 PM
Edited by nadie90 at 2-7-2025 01:54 PM

Xtgk full PC....cuma nk komen, pokcik ni...org putih kata so full of yourself

Rasanya org xkomen sgt xbg buat konsert....nak buat konsert silakan wlpun tgk hrg tiket pun dah....dah la PC tadi berckp pun membongak siap emosi lagi...rs member sorg lg yg berckp tu lg nmpk profesional

Tgk jala ap nak saman ka x...tapi bila kena batang hidung sndiri....tau plak nk nmpk rasional, biar mahkamah yg menilai...gitewww
Quote slyfynx 2-7-2025 10:02 PM
Ko dah la suara x best.
X hensem
Pastu dok fikir ramai nau dahaga nk tgk persembahan syok sendiri korang.
Pastu bile org tegur, terus defensive.
Quote one_aiman 2-7-2025 10:12 PM
ala jangan la kecam 4u2c, kecam AC sorang je la.. dorang nyanyi live masih ok kot
Quote Buritan 2-7-2025 10:37 PM
kaseh80 replied at 2-7-2025 09:15 PM
Orait
So sapo yg nak gi nengok concert atuk atuk ni ?

Cmn atok atok ni nak yo yo ekk.. tak patah pinggang ke
Quote sharlenetexas 2-7-2025 10:38 PM
Semoga tak laku.


Quote doubleA 2-7-2025 10:40 PM
Berlagak tol acgelang, tak padan dengan scammer gelang overclaim. Kalau anak pun dia boleh ignore tak mengaku lagi nak expect dia hadap bincang? Dia lagi rela membongak layan ego naik turun mahkamah
Quote cm_vungtau 2-7-2025 10:43 PM
Yang Man Senoi tu dah kenapa? Biasalah tu retis buat konsert. Jadahnya penulis lagu tak bagi pulak. Abih kalau gitu semua retis kena buat lagu sendiri ke acaner?
Quote orglama 2-7-2025 11:33 PM
Ajai berckp melalui pengalaman pun kena tempias penjual gelang ni..suatu ketika dulu dayang nurfaizah x boleh nyanyi lagu seandainya masih ada cinta ciptaan ajai sb pemilik hak cipta, boon tan kalau tak silap banned her (guna mahkamah) dpd nyanyi lagu tersebut (dan lagu2 lain dlm her first few albums)...makan tahun jugak kes ni yg akhir nya selesai luar mahkamah
Quote izat123 3-7-2025 12:30 AM
cm_vungtau replied at 2-7-2025 10:43 PM
Yang Man Senoi tu dah kenapa? Biasalah tu retis buat konsert. Jadahnya penulis lagu tak bagi pulak.  ...

Hak cipta lagu memang pemilik lagu punya. Kena bayar royalti kalau nak persembahkan. Macam kes kat Indo Ahmad Dhani tak bagi Once nyanyi lagu Dewa yang dia Ahmad Dhani buat. Benda ni ada komposer boleh tolak ansur, ada yang susah sikit. Tapi sebenarnya semua urusan royalti lagu apa semua ni ada badan royalti macam MACP yang handle kalau kat Malaysia. Tak sure apa isu 4U2C ni haha cancel jelah konsert bukan ada fans pun

Lihat semua komen(241)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064536 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top