MELAKA – Seorang duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menampar pipi anak perempuannya berusia empat tahun sehingga cedera, tiga bulan lalu. Tertuduh Mohamad Hazmi Mansor, 34, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun dengan cara menampar pipi mangsa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang di sebuah kedai di Taman Cheng Utama, Melaka Tengah pada 7 April 2025 lalu. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM 2,000. Difahamkan, tertuduh yang telah bercerai sejak empat tahun lalu bertindak sedemikian selepas berang mangsa menyebut perkataan ‘bodoh’ berulang kali meskipun setelah ditegur.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan dengan mengambil kira faktor mangsa adalah anak kandung tertuduh. Peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan memandangkan anak guamnya baru diberhentikan kerja, selain perlu menanggung orang tuanya. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 11 Ogos ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Difahamkan, tertuduh yang telah bercerai sejak empat tahun lalu bertindak sedemikian selepas berang mangsa menyebut perkataan ‘bodoh’ berulang kali meskipun setelah ditegur.
PULANGKAN replied at 2-7-2025 07:11 PM
dek, ko layak kena lempang dek
elok bapak dia lempang dia sebagai didikan
daripada one day nanti, ...
Orenn1 replied at 2-7-2025 07:45 PM
Parent yg bodoh didik anak dgn pukul, aura b40 kuat sgt perangaiii lol dah le miskin bodoh pulak tu ...
Chah21 replied at 2-7-2025 09:46 PM
Klu dulu i report polis rasanya mmg jadi anak banduan dh i ni hahahahahaha.. tp tula klu skrg bang ...
Chah21 replied at 2-7-2025 09:45 PM
I dulu xtaw ye bodoh ngan $&#sat tu maki.. mmg ingat normal..same goes to budak ni kot..dia dgar m ...
PULANGKAN replied at 3-7-2025 12:34 AM
yup, sama la cam family weols. kitorang jenis tak cakap kasar, tinggi suara pun jarangso, masa si ...
farlis replied at 3-7-2025 12:35 PM
ada ya jenis maki bodoh bangsat ni jd mainan kt mulut diorang..ckp kt org boleh, tp bila anak sendir ...
astatine replied at 3-7-2025 01:30 PM
Anak2 kan ikut apa org tua sebut. So jgn la asyik sebut benda xelok dpn anak. Kt umah kita pun mmg s ...
Orenn1 replied at 3-7-2025 01:05 PM
Ads lagi mak mertua jenis mcm ni di zmn skrg ni. Menantu kena masaklah, ini oklah boleh tolong2 klu ...
ADVERTISEMENT