SEPANG – Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen jelik menerusi laman media sosial Facebook. Tertuduh, Mohammad Faisal Mohd. Yusof, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman. Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohammad Faisal didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan akaun Facebook ‘Mohd Faisal Yusop’ pada pukul 12.40 pagi, 9 Februari lalu. Ahmad Fuad kemudian memerintahkan Mohammad Faisal dikenakan jaminan RM7,000 dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes, bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT