CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Iklan JDT: TMJ Kecewa Malaysia Layan Mentaliti Rendah

19-1-2016 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 10084| Komen: 70

Description: kecewa dengan sesetengah masyarakat Malaysia yang lebih berminat mencari kesalahan...


Oleh : Fyruz Hanna

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan sesetengah masyarakat Malaysia yang lebih berminat mencari kesalahan daripada melihat perubahan dari sisi positif.

“Saya mahukan pelancaran jersi kami berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini yang mana pasukan- pasukan lain menggunakan pemain naik ke pentas di hotel atau pusat membeli-belah. Saya mahu pelancaran jersi JDT kali ini lebih gemilang.


“Jika anda melihat perkembangan JDT tentang apa idea-idea yang telah diikuti oleh JDT terdapat beberapa lagi termasuklah ‘seat bucket’ untuk ‘bench player’, yang saya ikut dari Sepanyol.


“Lihat juga bas kami, kami mengikuti reka bentuk AC Milan dan Juventus di mana mereka meletakkan logo mereka yang besar di belakang bas pasukan mereka. Semua ini adalah untuk kebaikan bola sepak tempatan. Saya akui bahawa saya telah banyak belajar dari semua negara-negara yang jauh di hadapan kita,” katanya dalam sesi wawancara eksklusif yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers berhubung isu iklan JDT meniru iklan Nike dari Brazil pada 1998.

Selain itu, Tunku menambah dia sememangnya peka mengenai hak cipta yang terkandung dalam harta intelek dan menyarankan bahawa namun tidak pernah mendengar visual atau idea termasuk dalam hakcipta. -CARI Infonet.

Baca selanjutnya: therakyatpost
12

Bagus
29

Marah
10

Terkejut
21

Sedih
18

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 19-1-2016 11:52 AM
hehehehehehehe







Quote Themilo 19-1-2016 11:52 AM
tunggu komen lejen peyno dulu.
Quote all4rez 19-1-2016 11:55 AM
Kaum sendiri = Jawa
Kaki kutuk = kaum sendiri
Peyno = Kaki Kutuk
Peyno = Kaum sendiri = Jawa
Peyno = Jawa...
Quote EJALTI 19-1-2016 11:58 AM
Isu iklan jersi JDT: Jangan layan mereka ‘mentaliti rendah’ – TMJ

http://bm.therakyatpost.com/beri ... ntaliti-rendah-tmj/

PUBLISHED: Jan 19, 2016 10:20am
UPDATED: Jan 19, 2016 10:20am


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang lebih berminat mencari kesalahan orang lain dan bukannya memberi kredit kepada mereka yang ingin berubah dan bergerak maju ke hadapan. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR, 19 Januari:

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang lebih berminat mencari kesalahan orang lain dan bukannya memberi kredit kepada mereka yang ingin berubah dan bergerak maju ke hadapan.

Menurutnya, pelancaran jersi pasukan JDT yang menggunakan konsep video pada asalnya mahu membuat penggambaran di sebuah pulau di Johor menggunakan bot JDT tetapi tidak dapat digunakan kerana sedang diservis.

Tunku Ismail berkata beliau kemudian bersetuju apabila pihak produksi mencadangkan agar lokasi penggambaran ditukar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Saya mahukan pelancaran jersi kami berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini yang mana pasukan- pasukan lain menggunakan pemain naik ke pentas di hotel atau pusat membeli-belah. Saya mahu pelancaran jersi JDT kali ini lebih gemilang.


“Jika anda melihat perkembangan JDT tentang apa idea-idea yang telah diikuti oleh JDT terdapat beberapa lagi termasuklah ‘seat bucket’ untuk ‘bench player’, yang saya ikut dari Sepanyol.

“Lihat juga bas kami, kami mengikuti reka bentuk AC Milan dan Juventus di mana mereka meletakkan logo mereka yang besar di belakang bas pasukan mereka. Semua ini adalah untuk kebaikan bola sepak tempatan. Saya akui bahawa saya telah banyak belajar dari semua negara-negara yang jauh di hadapan kita,” katanya dalam sesi wawancara eksklusif yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers berhubung isu iklan JDT meniru iklan Nike dari Brazil pada 1998.

Kata Tunku Ismail, beliau bangga menjadi peneraju perubahan bola sepak dalam tanahair yang diambil dari banyak negara tetapi malangnya ideanya ditiru banyak pasukan lain.

Walaupun mengetahui harta intelek tertakluk seperti lirik, logo, rekagrafik dan muzik namun Tunku Ismail tidak pernah mendengar visual atau idea tergolong dalam hakcipta.

“Bagaimana anda langsung tidak bersuara apabila Terengganu meniru bilik persalinan kami? Anda tidak pula jadikan isu apabila pasukan mula meletakkan logo besar di belakang bas mereka. Pasukan lain juga meletakkan ‘seat bucket’ di bangku pemain mereka seperti mana kami lakukan semenjak 2013. Saya juga mula menggunakan ‘LED board’ dan kini beberapa pasukan juga mula meniru.

“Semua ini tidak pula dijadikan isu. Mengapa? Jawapannya adalah mudah. Sesetengah orang cemburu dan iri hati kepada Johor semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Johor sentiasa menjadi moden dan unik berbanding dengan negeri lain di Tanah Melayu. Ini adalah hakikatnya sejak dahulu dan orang akan sentiasa cemburu dengan Johor,” katanya.

Tunku Ismail juga menggesa orang ramai tidak mengambil peduli kepada mereka yang mempunyai mentaliti rendah.

Ini kerana sejak transformasi JDT pada 2013, dirinya dikutuk, dikritik dan diperkecilkan.

“Tetapi di mana kelab kita sekarang ini berbanding dengan semua kelab-kelab yang lain? Oleh itu, mengapa kita perlu melayan mereka. Biarkan mereka terus menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh. Kami telah meletakkan Johor di mata dunia berdasarkan pencapaian, kejayaan dan infrastruktur bolasepak terbaik di tanahair.

“Allah SWT telah memberkati kewangan kelab kami. Ianya kelihatan seperti semakin teruk kami dikutuk, Allah SWT terus memberkati kami dan kebenaran akan menyebelahi kami. Marilah kita kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda kita sendiri dan jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.

“Ini adalah kelemahan orang Melayu sejak dahulu lagi. Jika anda mahu negara ini maju ke hadapan dan mahu keadaan bola sepak untuk terus membangun, sila tukar mentaliti dan minda anda,” katanya.
Quote tentera_laut 19-1-2016 11:59 AM
lejen sila komen
Quote EJALTI 19-1-2016 12:01 PM

@peynoLegend
Sila berkomen bagai....
Quote ResellerMaxis 19-1-2016 12:06 PM
@alesandra sesuai baca ni
Quote chinta89 19-1-2016 12:09 PM
peyno.. we want peyno!
Quote elisdend 19-1-2016 12:14 PM
Mana boleh tiru2 ni..kita kena ikut cara kita sendiri..ikut je cara FAM..banyak bunyik plak TMJ ni..
Quote ahlisihircute 19-1-2016 12:37 PM
saya....saya....saya....saya....dan.saya.........
Quote EJALTI 19-1-2016 12:38 PM

peyno bz hari nih..
Quote kerunai 19-1-2016 12:51 PM
sy takde idea sendiri

sy duit banyak

sy nak menang treble tahun ni

jadilah macam saya
Quote tentera_laut 19-1-2016 01:15 PM

maybe die sempat jeling aje tak sempat reply.. ketap gigi
Quote beatgirlX 19-1-2016 01:34 PM
ok la...
cuma next time mungkin blh cari idea yg terbaik..kira open contest jalan iklan yg bagus...pemenang storyboard dia diguna pakai utk promo...
Quote kecimpret 19-1-2016 01:54 PM
“Bagaimana anda langsung tidak bersuara apabila Terengganu meniru bilik persalinan kami? Anda tidak pula jadikan isu apabila pasukan mula meletakkan logo besar di belakang bas mereka. Pasukan lain juga meletakkan ‘seat bucket’ di bangku pemain mereka seperti mana kami lakukan semenjak 2013. Saya juga mula menggunakan ‘LED board’ dan kini beberapa pasukan juga mula meniru.


hahaha...tiru bidio klip nak disamakan dgn seat dan bilik persalinan
Quote peynoLegend 19-1-2016 02:07 PM
elisdend replied at 19-1-2016 12:14 PM
Mana boleh tiru2 ni..kita kena ikut cara kita sendiri..ikut je cara FAM..banyak bunyik plak TMJ ni..

siapa musuh anda
saya

siapa inspirasi anda
saya

siapa yg anda takut
saya

siapa yg anda mau tiru
sayaa..... eshhh silap  NIKE
Quote lostnfaun 19-1-2016 02:17 PM
Kejap jer Mykmu publish artikel tue... Takut kene saman jgk ke...
Quote MissMamamia75 19-1-2016 02:23 PM
Duit juta2..idea zero..buat iklan xpronye..bersepah tempat2 lawo kat Johor nun..bot xkan sebijik tu je ada..kreta yg bersusun tu..haa..time ni la nak guna..
Quote dr_stein 19-1-2016 02:38 PM
makin lama makin menyampah dengan tim yg perasan hebat nih..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.131206 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top