CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Takkanlah artis tak boleh ulang pakai baju yang sama’ - Scha Alyahya

1-7-2025 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1102| Komen: 8

 


Disebabkan kerjaya sebagai seorang anak wayang dan ikon fesyen, Scha Alyahya mengakui dia memiliki banyak pakaian dalam koleksinya dan akan menderma busana yang tidak lagi dipakai setiap tiga bulan.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, sebagai seorang selebriti, menjadi kelaziman untuknya sentiasa membeli baju baharu kerana pernah dikritik sering menggayakan pakaian yang sama.



“Susah sebenarnya menjadi selebriti kerana orang akan tegur baju yang kita pernah pakai sebelum ini. Saya sendiri pernah kena.

“Saya lihat artis lelaki selalu kena komen-komen macam begitu. Takkanlah selebriti tak boleh ulang pakai pakaian yang sama?

“Macam saya selepas saya pakai kali pertama, kali kedua saya akan mix and match. Selepas itu saya akan beri pakaian tersebut kepada orang lain sama ada saudara mara atau rakan terdekat,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Mis Claire di sini, semalam.

Jika sesetengah selebriti lain mungkin lebih gemar untuk menjual semula pakaian terpakai (pre-loved) , tetapi bagi pelakon filem Telaga Suriram itu, dia lebih suka untuk menderma kepada mereka yang memerlukan.

“Nak buat pre-loved? Tak apa lah. Saya rasa lebih baik saya bagi sahaja. Kalau nak buat pre-loved nanti banyak kerja pula. Kalau sikit-sikit boleh la. Kalau banyak lebih baik bagi sahaja.

“Baju anak-anak saya pun ada yang saya bagi sahaja daripada disimpan tak dipakai. Kanak-kanak pula cepat membesar,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Scha baru sahaja berkolaborasi dengan jenama fesyen Mis Claire yang sinonim dengan wanita bertubuh besar sebelum ini.

Pembabitan Scha adalah revolusi baharu jenama tersebut yang menyasarkan wanita daripada pelbagai bentuk tubuh. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-7-2025 10:45 PM
Kate middleton ok je ulang pakai pakaian.


Quote JahLupa 1-7-2025 10:56 PM
Netizen pun.. mcm la wardrobe kat umah memasing mcm wardrobe che ta..
Quote prince_marhaen 2-7-2025 07:47 AM
Manakala Cheta Ratu Kodiang Hangit gebang gebang siap sewa kondo lain buat stor letak baju2 dia...gittewww.... hujung2 jual baju kelawar... hihihi
Quote KamikuP 2-7-2025 09:48 AM
Beza org yg kaya dan berlagak kaya..
Byk lagi benda nak kene fikir dari dok pikir pasal baju .. ekeke
https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=244863
Quote royaldanish 2-7-2025 10:14 AM
kompom yg komen tu kat rumah 25jam pakai baju kelawar
Quote laibarajpoot 2-7-2025 03:04 PM
https://wa.me/+923078488875
https://wa.me/+923274100048
https://wa.me/+923260555824
https://wa.me/+923247779806
https://wa.me/+923247772683
https://wa.me/+923247779846
https://wa.me/+923251584441
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923064664949
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923250282777
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923203977557
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923260555824
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247779806
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247772683
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247779846
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923251584441
Quote mawarberbisa 2-7-2025 07:47 PM
kenapa la rakyat malaysia suka glorify kan sgt retis ni. padahal kwsp pun takde

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051069 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top