CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes letupan Putra Heights diklasifikasikan NFA

1-7-2025 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3892| Komen: 74


SHAH ALAM – Kes insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas tiada menemui sebarang unsur jenayah atau sabotaj dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu mengenainya.

“Kita berpuas hati dan kita tutup kes ini buat masa ini, tetapi boleh dibuka pada bila-bila masa jika ada maklumat baharu,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hussein turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke pihak polis.

Kosmo! semalam melaporkan, tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian ditemui dalam letupan di Putra Heights tersebut.

Hussein pada sidang akhbar laporan siasatan itu juga memaklumkan pembinaan lot kedai pejabat dan penggantian paip pembentung di kawasan kejadian adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Jabatan Alam Sekitar dan Petronas. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saliv 1-7-2025 10:15 PM
Astagaaa..
Quote Decaffeinated 1-7-2025 10:33 PM
Polis ja yang NFA. Dorang cuma fokus cari kalau ada kesalahan jenayah, perbuatan khianat etc ja.

Petronas mesti akan buat technical review dalaman hasilnya tak akan didedahkan kepada umum. Tiada accident yang tidak boleh dielak. Itu mantra safety.
Quote slavehunter 1-7-2025 10:54 PM
Told ya....this is engineered disaster.
Quote rastaf 1-7-2025 10:56 PM
apa sebab kes besar macam ni boleh NFA..sebijik kes faisal halim.
Quote primarikey 1-7-2025 11:31 PM
Beso kabel
Quote kemaruk 1-7-2025 11:50 PM
primarikey replied at 1-7-2025 11:31 PM
Beso kabel

Zaman madani mana ada kabel2 dah

Trust me bro
Quote black_handbag 1-7-2025 11:51 PM
Yg rumah terjejas situ macamana? Boleh claim insurans ke? Rumah bukan murah2 tu situ..
Quote Zazama 1-7-2025 11:54 PM
Kemalangan dan kemusnahan berskala besar. Apa kewajaran sampai ke sudah tiada pendedahan? Yg gah di media, balik2, tak habis2 petronas petronas petronas! Pihak satu lagi tu, apa cerita?
Quote kemaruk 2-7-2025 12:06 AM
Bayangkan kalau jadi zaman najib pm

Jenuh dengar fantasi konspirasi dan teori2 dorang
Quote rbmy 2-7-2025 08:55 AM
mudahnya dorang ni NFA. dah tu yg tinggal sana dpt pampasan ke
Quote KamikuP 2-7-2025 10:01 AM
sOALAN MEOLLS, berdasarkan NFA ni, boleh ke nak claim house insurans?
Quote B40tastePosh 2-7-2025 10:04 AM
Tolong la youtuber, podcasters, interview mangsa mangsa dan viralkan hak mereka yang NFA tu.
Quote B40tastePosh 2-7-2025 10:05 AM
Zazama replied at 1-7-2025 11:54 PM
Kemalangan dan kemusnahan berskala besar. Apa kewajaran sampai ke sudah tiada pendedahan? Yg gah di  ...

Memang salah Petronas....buat pipeline dalam tanah....
Quote B40tastePosh 2-7-2025 10:05 AM
rbmy replied at 2-7-2025 08:55 AM
mudahnya dorang ni NFA. dah tu yg tinggal sana dpt pampasan ke

Dapat abu je
Quote kucingitam 2-7-2025 10:23 AM
B40tastePosh replied at 2-7-2025 10:05 AM
Memang salah Petronas....buat pipeline dalam tanah....

jgn lupa salahkan developer sbb buat rumah dkt situ.
Quote B40tastePosh 2-7-2025 01:32 PM
kucingitam replied at 2-7-2025 10:23 AM
jgn lupa salahkan developer sbb buat rumah dkt situ.

Sepatutnya buat terowong tewowong terorong....senang nak maintain, check bocor nak letak letak night pad ke apa....

Ni pakai kambus je...tiba tiba bangkit dari kubur...tiba tiba acik teringat surah Al-Adiyat...lepastu salahkan tanah, salahkan hujan salahkan matahari.
Quote B40tastePosh 2-7-2025 01:38 PM
kemaruk replied at 2-7-2025 12:06 AM
Bayangkan kalau jadi zaman najib pm

Jenuh dengar fantasi konspirasi dan teori2 dorang

Acik syak zaman komunih dulu deme tanam dalam tanah sbb takut komunih tembak pipe tu...kalau buat terorong jadi tempat sembunyi komunih
Quote B40tastePosh 2-7-2025 01:41 PM
Edited by B40tastePosh at 2-7-2025 01:43 PM
kemaruk replied at 1-7-2025 11:50 PM
Zaman madani mana ada kabel2 dah

Trust me bro


Acik kat Sabak Bernam camni lah ,kabus semua dalam tanah paip air kambis dalam tanah...paip bocor pun nak cari susuah...tahu tahu bil ayor melambung....naye

Sekarang paip air acik lalu ikut atas. Memang serabut sikit macam kabel di Jakarta
Quote TeropongThaico 2-7-2025 02:17 PM
Dari awal pun dah boleh agak
Tunding jari sana sini

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046926 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top