CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terima kasih Cik B, bakal menantu papa – Aliff Syukri

1-7-2025 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2547| Komen: 42

 


Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila menyakat anak bujangnya, Ammar Ahyan yang didakwa ‘berkenan’ dengan anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B.

Menerusi satu klip video siaran langsung di TikTok, Ammar menceritakan bahawa Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, pernah bertanyakan beberapa soalan peribadi yang menurut Aliff, seolah-olah Cik B menunjukkan minat terhadap anak terunanya itu.

Tidak melepaskan peluang untuk mengusik, Aliff yang turut berada dalam sesi tersebut mencelah dan mencadangkan jawapan yang lebih romantik untuk anak sulungnya itu.

“Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia selama saya hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” katanya.

Namun belum sempat Aliff menghabiskan ayat, Ammar pantas memotong kata-kata ayahnya itu.


“Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu,” tegasnya.

Aliff kemudian terus menyakat anaknya itu dengan bertanya tentang perkara yang menarik mengenai Cik B.

“Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” ujar Ammar.

Jawapan tersebut disambut Aliff sambil terus mengusik dan ‘memanaskan’ suasana dalam sesi siaran langsung bersama anaknya itu.

“Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” tambahnya berseloroh.

Lebih mencuit hati, Aliff turut memainkan lagu Setanggi Syurga nyanyian kumpulan Inteam dalam siaran langsung itu sambil menyakat Ammar, sebelum menyanyikan semula lagu berkenaan dengan lirik yang diubah mengikut kreativiti sendiri.

“Itu lagu Ammar Ahyan dengan Cik B. Ammar akan ditakdirkan dengan ikhlas dan pengorbanan untuk Cik B. Di sana kita bina, Ammar Ahyan dan juga Cik B bersatu. Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu,” usik Aliff.


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 1-7-2025 10:57 PM
ngam jugak berbesan ngan dsv
Quote noor2 1-7-2025 11:00 PM
Kahkah...
Quote pilssowe 1-7-2025 11:36 PM
Muka dah seiras tu.jadi betul2 kang.
Quote Zeelalala 2-7-2025 06:58 AM
Baguslah. Sekufu kekdahnya
Quote prince_marhaen 2-7-2025 07:50 AM
Takkan la budak bijak ni nakkan pompuan tak serupa pompuan yang macam bonzer berkerak kepam2 tu.... gelinya... dah umur 18 pun netizen masih berharap dia berubah menjadi cantik hahahahahahahahaha.. walhal cikB kepam sanggup beli tshirt lusuh balenciaga harga 7-8 ribu daripada make over jadi lawa..
Quote lasagna 2-7-2025 08:03 AM
papa ni pun tak hagak2 bergurau ekkk..
cikB ni sbrnya bila berckp sopan jer sbrnya.
cuma perwatakkan dia mcm lelaki tu jer laa spoil.
Quote MadameOnion 2-7-2025 08:59 AM
the real sekufu
Quote pauliza 2-7-2025 09:06 AM
Bila tgk podcast Cik B yg dia cerita psl abg2 dia meninggal,nmpk budak ni jenis jujur .Dia jenis yang tak fake & kalau dia ckp dia beli T shirt Balenciaga 7-8 ribu pun tak rasa mcm dia nak menunjuk.Cuma boyish la sikit .Kalau berjodoh memang btol2 couple yg rare tp saling melengkapi
Quote airmineral 2-7-2025 09:06 AM
hahaha kesian anak dia
yg bapaknya masa nak kawen cari cantik mcm model boleh pulakkk
Quote zeetot 2-7-2025 09:11 AM
kesian dgr dia kena dera dgn bibik dia masa kecik. dia tak repot mak dia sbb bibik tu ada dgn mak dia dari awal susah senang.
Quote nutcrack8 2-7-2025 09:14 AM
Kesian tgk anak die. Pegi blaja skola international skool kan? Tgk die bijak terpelajar & maybe ade adapt professional attitude jgak. Skali bpak mcm ni da...
Muke terpakse betol... Mesti die malu ngan kwn2 die kat skola
Quote ibu_haritz 2-7-2025 09:48 AM
Kelakar ye..Bapak dia kemain feeling nyanyi lagu utk Amayan bg kt Cik B..Dia boleh ckp ni lagu orang meninggal..
Quote jelita_millie 2-7-2025 09:59 AM
cik b tomboi sgt hahaha!  alip dgn cik b tu mcm berpakat nk mengacau si ammar yg lurus tu je...

side note, aku rasa kalau cikb ni kurus..elok je dia ni.. duit ada apa semua..awat takmo kurus cikb..kan leh jd tomboi kurus.. hahaha
Quote kucingitam 2-7-2025 10:01 AM
prince_marhaen replied at 2-7-2025 07:50 AM
Takkan la budak bijak ni nakkan pompuan tak serupa pompuan yang macam bonzer berkerak kepam2 tu....  ...

kau tunggu, satgi dia berubah mcm fazira dlm filem cinta kolestrol... baru kau tawww... hahha
Quote MistrezHermanaz 2-7-2025 10:29 AM
suka tgk live amayan ni..serious je dia, x menurun bapak dia langsung,x bukak mulut pun sale masuk sbb ramai suka tgk dia..tp sekali komen kuar dr mulut dia,wahhhh..bisa bethol..kt tt byk dh org share live amayan ni, dia warning jgn screen record, tp ramai je screen record
Quote KamikuP 2-7-2025 10:55 AM
Moga yg baik2 utk Cik B.. deep down meolls rasa dia ni lurus bendoi dan baik hati cuma tu  la rupa tak seberapa.. huhuhu
Quote sfrnna 2-7-2025 11:07 AM
Budak ni nampak baik. Tengok kat live macam humble and sabar je dgn bapaknya. Semoga dapat jodoh yg baik2 lah hendaknya ya
Quote sayangselasih 2-7-2025 11:29 AM
kucingitam replied at 2-7-2025 10:01 AM
kau tunggu, satgi dia berubah mcm fazira dlm filem cinta kolestrol... baru kau tawww... hahha

sekadar nak betulkan statement chuols.. dalam cinta kolestrol tu ending dia fazira tetap fazira yg comel tuu. yg kurus tuu cousin fazira kan.. menyamaarr jadi fazira.. lah tiba teringat movie ni chuols..
Quote sayangselasih 2-7-2025 11:30 AM
ada statement ammar dia cakap dia nak cari masa kat university gitu. kat situ bole nampak mind set dik ammar ni. mmg nak ke menara gading. papepun, tok alip ni mmg jenis bapak kuat menyakat kan. meols terhibur betols. and cik b pun comel and sopan santun. teringat tinshida puji cikb ni.. mmg sopan santun baik budi pekerti gitchuu.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057419 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top