CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

P. Pinang tunggu notis mula bina LRT Laluan Mutiara

1-7-2025 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 707| Komen: 6

 


GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang masih menantikan ‘notice to proceed’ atau notis untuk memulakan kerja rasmi daripada Kementerian Pengangkutan bagi memulakan pembinaan fizikal Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun notis rasmi itu belum dikeluarkan, beberapa kerja awal telah pun dilaksanakan di tapak termasuk kajian berkaitan tanah, pengambilan tanah serta rundingan pampasan dengan pemilik-pemilik terlibat.

“Notis rasmi itu penting untuk membolehkan kerja fizikal pembinaan secara penuh berjalan mengikut pelan dan jadual yang telah dirancang.

“Buat masa ini, kita masih menunggu arahan rasmi daripada pihak Kementerian Pengangkutan dan Mass Rapid Transit Corporation (MRTC),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 di sini, hari ini.

LRT Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta mempertingkat aksesibiliti.

Pelan jajaran utamanya merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown, dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan berkenaan.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah menunaikan tanggungjawabnya apabila menyerahkan sepenuhnya peranan berkaitan projek LRT kepada MRTC dan melepaskan peranan SRS Konsortium sebagai pihak yang pernah memohon pelaksanaan LRT sebelum ini. 



Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-7-2025 10:26 PM
LRT Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar

Boleh rentas laut naik LRT. Akan jadi acara wajib melawat Penang.
Quote rastaf 1-7-2025 10:57 PM
meanwhile di pantai timur satu hapa pun tak ada lrt
Quote KamikuP 2-7-2025 11:07 AM
aKAN ada kes seleweng dana dan rasuah.. hahahahahah
Quote laibarajpoot 2-7-2025 03:18 PM
https://wa.me/+923078488875
https://wa.me/+923274100048
https://wa.me/+923260555824
https://wa.me/+923247779806
https://wa.me/+923247772683
https://wa.me/+923247779846
https://wa.me/+923251584441
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923064664949
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923250282777
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923203977557
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923260555824
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247779806
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247772683
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923247779846
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923251584441
Quote hyie 2-7-2025 04:54 PM
diorang akan buat serentak kat semua stesen. Sekarang dah start ukur tanah bagai pun, cuma tinggal nak mulakan pembinaan je
Quote asdd234 2-7-2025 09:41 PM
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923203977557
http://wa.me/+923247779846
http://wa.me/+923247772683
http://wa.me/+923247779806
http://wa.me/+923251584441
https://wa.me/+923260555824

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.037515 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top