CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya tidak merayu kerana saya tahu saya tidak diadili sebaiknya’ - Hishammuddin

1-7-2025 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1374| Komen: 12

 


PETALING JAYA – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian parti tidak akan membuat rayuan terhadap tindakan yang dikenakan terhadapnya sejak dua tahun lalu.

Dakwanya, beliau digantung keahlian UMNO tanpa mengikut prosedur, tetapi perlu mengikut prosedur apabila UMNO Bahagian Sembrong membuat usul meminta supaya beliau diterima semula.

“Ada kata saya terhegeh-hegeh dan bodoh sombong. Usul agar penggantungan saya ditarik balik bukan datang daripada saya, ia daripada UMNO Bahagian Sembrong sendiri.

“Maka menjadi tanggungjawab kepimpinan parti (UMNO) memberi jawapan dan penjelasan kepada mereka, bukan kepada saya,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi menetapkan boleh mempertimbangkan rayuan dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin selaras dengan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO.


Terdahulu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong mendakwa, beliau digantung keahlian UMNO sejak Januari 2023 tanpa sebarang penjelasan atau perincian hingga hari ini.

Dakwanya, beliau masih tidak dimaklumkan secara rasmi dan bertulis mengenai sebarang kesalahan spesifik yang dilakukan, malah tidak dipanggil bagi memberi penjelasan atau membela diri.

“Saya tidak dibicara di hadapan jawatankuasa disiplin dan ada bertanya kenapa saya tidak merayu? Saya tidak merayu kerana saya tahu saya tidak diadili sebaiknya dan saya enggan menggadaikan prinsip yang saya pegang,” katanya.

Hishammuddin namun menegaskan, kesetiaan beliau terhadap perjuangan UMNO tidak pernah berubah, malah tindakan dikenakan terhadapnya tidak menjejaskan keharmonian UMNO Bahagian Sembrong serta hubungan baik beliau dengan masyarakat.

“Saya tetap diundang ke majlis-majlis dan diterima seperti sebahagian daripada mereka. Hubungan saya dengan rakyat tidak pernah bergantung kepada jawatan mahupun status dan keahlian.

“Mereka (MKT UMNO) telah buat keputusan dan saya teruskan langkah hadapan dengan bermaruah dan berprinsip. Inilah perjuangan, nilai dan makna. Rayuan bukan penentu kesetiaan saya,” katanya. 



Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-7-2025 11:22 AM
Apa kes dia kene buang dulu ek?
Quote BoongaKertas 2-7-2025 04:46 PM
iols masih ada soft spot kat heols. dont know lah, iols tetap rasa heols calon yg mcm paling tggi kredibiliti dlm arena politik msia ni
Quote slavehunter 2-7-2025 05:00 PM
Edited by slavehunter at 2-7-2025 05:06 PM

Hishamuddin sepatutnye jadi PM. His wife Tengku Marsila tu so nice lady.  Berbeza Dari menantu2 Tun Razak.
Quote ninja boy 2-7-2025 05:13 PM
Atuk moyang pengasas umno
Quote white_musk 2-7-2025 05:52 PM
Edited by white_musk at 2-7-2025 05:54 PM

akak selalu teringat Maiden dot cakap hari tu
Quote gigi 5-7-2025 11:14 AM
PENGKHIANAT TERSOHOR
Quote gigi 5-7-2025 11:15 AM
slavehunter replied at 2-7-2025 05:00 PM
Hishamuddin sepatutnye jadi PM. His wife Tengku Marsila tu so nice lady.  Berbeza Dari menantu2 Tun  ...

I dont think so
Quote begg 5-7-2025 01:25 PM
Ini (tidak adil)2x bagiku..
Quote slavehunter 6-7-2025 03:17 PM
gigi replied at 5-7-2025 11:15 AM
I dont think so

Ok then tell us why he's not suitable? At least he's not a convict felony macam Anwar.
Quote alesandra 6-7-2025 04:24 PM
KamikuP replied at 2-7-2025 11:22 AM
Apa kes dia kene buang dulu ek?

Lawan wak jahid.
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2025 05:52 PM
hisap mudim - anuar zain

(yang najib dengan kakaknya, yang hisap mudim dengan adiknya, najib dengan hisap mudim sepupu, anuar zain dengan ziana zain adik-beradik)









hisap mudim ketawa







anuar zain

Quote nikaido 6-7-2025 10:18 PM
KamikuP replied at 2-7-2025 11:22 AM
Apa kes dia kene buang dulu ek?

lawan tauke wak jahid. hisam adalah salah seorang yg sign SD sokong muhyidin lepas PRU

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.037877 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top