CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama, Saya Sangat Sedih” - Linda Rafar

1-7-2025 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2662| Komen: 40

 


Penyanyi dan juga anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar mengakui dia hampir menarik diri daripada konsert gara-gara busananya dikecam pada majlis pengumuman konsert kumpulannya.

Memetik BH Online, Linda mendakwa dia mengalami anxiety dan tidak lalu makan selepas dikecam teruk. Malah, Linda turut merasa sedih dituduh penunggang agama.

“Kalau saya wanita liar, saya tidak kisah dikritik. Apa yang berlaku, orang tuduh saya penunggang agama… Saya sangat sedih. Saya tidak kisah dikritik soal vokal, tarian atau usia. Kami sudah terima bahawa Elite bukanlah hebat dan peminat lebih kenal kami.

“Mungkin saya tidak pernah kecaman sebegini, jadi, saya terkesan. Hendak tidur pun terfikir-fikir sampai saya rasa hendak tarik diri (daripada konsert). Semangat saya daripada teruja, bertukar sedih,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata disebabkan kecaman tersebut dia tidak makan seharian dan merasa malu kerana dia banyak mengikuti kelas agama serta usrah.


“Saya fikir kuat, tetapi tidak, saya tidak makan seharian. Saya tidak balas mesej dalam kumpulan WhatsApp kami. Saya tak jawab mesej atau panggilan. Saya menangis apabila ada yang komen saya menunggang agama.

“Sampai ada yang ‘tagged’ Ustaz Wadi Annuar, atas dasar saya anak muridnya. Saya banyak ikuti kelas agama dan usrah. Saya jadi malu apabila dikatakan terpesong hanya disebabkan baju dipakai,” katanya.

Dalam pada itu, Linda turut menjelaskan busana pada sidang media itu disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap seorang serta tidak diberi persalinan pilihan.

“Baju hanya disediakan satu setiap seorang, tiada pilihan kedua. Ketika saya memakai busana itu, hati berdetik apakah persalinan ini terlalu ketat. Saya tanya rakan Elite lain dan mereka beritahu cantik dan sesuai untuk saya. Jadi, saya dengan rela hati pakai busana itu,” katanya.


Sumber : BH Online, Rotikaya 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 1-7-2025 10:01 PM
memang penunggang pon
Quote bluebutter 1-7-2025 10:03 PM
Bukan roti tu pakai tutup meja ke muka dia ?...
Quote mawarberbisa 1-7-2025 10:09 PM
geng2 usrah ni berapa ramai ja yang menjadi. lebih kepada trend je dgn tudung besar masing2. so ye kau penonggeng agama
Quote doubleA 1-7-2025 10:19 PM
At least kalau bertudung dari serkup je ok la jugak. Yebi dgn azah ok jah pakaian. Apapun tu la kesan akibat tindakan sendiri
Quote Piramida 1-7-2025 10:30 PM
Baju punnn... Elok pulak ketat double layer tutup tetek.

Entahlaaa makcik...
3 org agak muslimah pun tewas nak terkinja2 menari atas pentas.
Terbuai2 rasa seronoklah tu merasa buat konsert dgn kru.
Quote Aneem 1-7-2025 10:52 PM
Jgn byk bunyi ye acik. Gambau atas sofa tak delete lagi tau.
Quote JahLupa 1-7-2025 10:54 PM
Ketat kak kat tek tu. pakai pulak sekop gitu
Quote asfaz 1-7-2025 10:57 PM
Aneem replied at 1-7-2025 10:52 PM
Jgn byk bunyi ye acik. Gambau atas sofa tak delete lagi tau.

Trauma dia baca
Quote noor2 1-7-2025 11:01 PM
Lorrrrr selalu mengikuti kelas agama rupanya...ada hati nk berkonsert..tu aku pelik..kalau dah nama artis masih dunia hiburan...rentikanlaaa nk tunjuk alim
Quote youell 1-7-2025 11:54 PM
Salah sendiri akak oii. Dah kau rela hati pakai. Bukan ada pisau letak kat leher paksa ko pakai pun. Takkan xde cermin kot. Dah pegi usrah byk Kali pun takkan takde satu pun nasihat ucetat yg melekat dibenak mu?aneh2 retis ni, sendiri yg mengundang kecaman, sendiri yg tersakiti.
Quote sharlenetexas 1-7-2025 11:57 PM
Aneem replied at 1-7-2025 10:52 PM
Jgn byk bunyi ye acik. Gambau atas sofa tak delete lagi tau.

Bukan sekeping tapi banyak.


Quote NonaNaga 2-7-2025 01:14 AM
sharlenetexas replied at 1-7-2025 11:57 PM
Bukan sekeping tapi banyak.

Super impose lerrr... Kata Normy dlm sidang kabaran
Quote Zeelalala 2-7-2025 01:25 AM
Teringat mokcik yebbi dulu2 kemain dgn jubah dgn tudung labuh dgn agama sana agama sini. Tau2 skrg eh????? Lu pikior lah sendiri
Quote sharlenetexas 2-7-2025 01:34 AM
NonaNaga replied at 2-7-2025 01:14 AM
Super impose lerrr... Kata Normy dlm sidang kabaran




Quote nadie90 2-7-2025 01:42 AM
Edited by nadie90 at 1-7-2025 05:43 PM

Abis tu knp akak Abby & akak Azza boleh ja fesyen bertudung elok tapi akak ni fesyen mcm tu plak...stylist ni dlm menata gaya artis2 ni nak nmpk penampilan artis tu cantik ke ataupun suka bereksperimen smpai bila artis berpakaian nampak xkena di mata org, artis xbleh kata apa2 sbb semua dah diatur

Saya jrg amik port bila artis bertudung & bergy smpai nmpk xkena tapi knp yg lagi fesyen tudung 2 member elok ja bertudung....mesti boleh bawa bincg kan

Quote MadameOnion 2-7-2025 10:32 AM
memang pun kan?
Quote cm_vungtau 2-7-2025 10:38 AM
Entah ler kalau orang lain ler ada gambau atas sofa, takdenyer dia nak tunjuk holier than thou. Buat diam sudah. Cer belajar dari dak Tasah Silah tu
Quote Joysparta 2-7-2025 10:45 AM
I love linda forever. Plg stylo dr dulu lagi
Quote pembacagosip 2-7-2025 11:12 AM
ala retis kan sesumpah
kalau g umrah g usrah berkelubung satu badan tasbih digital di jari
kalau bab hiburan tanggal semua
sembang kari
fake semua

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top