CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Itu Hanya Tuduhan” – Isteri Along, Afreena Suhaimi Nafi Curang

1-7-2025 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 870| Komen: 16

 


Isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menafikan dakwaan dia berlaku curang sehingga menjadi punca berlakunya perceraian.

Memetik Utusan, Afreena berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tuduhan tersebut sehingga Along memberitahu kepada pihak media.

“Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Saya menafikan sekeras-kerasnya kerana saya tidak pernah berlaku curang terhadapnya. Itu semua hanya tuduhan semata-mata,” katanya.

Menurut Afreena lagi definisi ‘curang’ yang dikemukakan oleh suaminya agak mengelirukan dan tidak selari dengan apa yang difahaminya.

“Dia menyatakan di hadapan hakim bahawa curang itu bermaksud menipu, tetapi bagi saya, curang membawa maksud menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain.

“Kami sendiri keliru dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan. Saya terlalu sibuk dengan kerja dan karier. Saya tiada masa untuk buat perkara seperti itu,” katanya.


Dalam pada itu, mengulas dakwaan bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, Afreena berkata tidak mungkin sebagai ibu dia berbuat demikian.

“Saya hanya mampu beristighfar. Orang yang mengenali, tahu saya menjaga anak-anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, tidak mungkin saya mengabaikan mereka. Emak mana yang sanggup buang anak?” katanya.


Sumber : –Utusan Online, Rotikaya 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 2-7-2025 03:38 PM
Perkataan curang dah tentu pada mata org maknanya mendua tigakan pasangan. Along pulak maksud curang menipu. Otak dia betul ke tak?

[tiktok]7522050713791302929[/tiktok]
Quote rons 2-7-2025 03:42 PM
Aku ingat ngai td
Quote Fazzbulous 2-7-2025 03:52 PM
asal mcm muka ngai ni...
Quote Zeelalala 2-7-2025 05:04 PM
aku percaya cakap dia walaupun muka dia tak siap. Nampak lah dia xde nak beriya bersolek berMUA bagai ke court mcm NGAI
Quote noorhairiahma 2-7-2025 05:24 PM

Ngai version cantik sikit dan pandai speaking.
Quote asfaz 2-7-2025 06:11 PM
rons replied at 2-7-2025 03:42 PM
Aku ingat ngai td

Hahahahaa ai pun memula igt cmtu..bila lak si ngaii kawin along
beza betul muka dia bertudung.
Quote telracs 2-7-2025 06:17 PM
Sadis betul muka teriras Ngai...

Pastu ini apa?
Leher?


Quote SalenaGomez 2-7-2025 06:29 PM
telracs replied at 2-7-2025 06:17 PM
Sadis betul muka teriras Ngai...

Pastu ini apa?

Sejenis instant shawl yg ada getah bawah dagu. Getah tu funtion nya supaya shawl x meleret ke belakang kepala, sesuai utk org yg nak pakai shawl ala2 loose mcm tu.  Pastu maybe shawl ada terbelit skit kat dagu tu. That’s y nampak mcm tu
Quote sharlenetexas 2-7-2025 07:01 PM
Sekali pandang mcm sarah yasmine bedak nyonya.


Quote rons 2-7-2025 07:23 PM
asfaz replied at 2-7-2025 06:11 PM
Hahahahaa ai pun memula igt cmtu..bila lak si ngaii kawin along
beza betul muka dia bertudun ...

Hi, best student ngaitology! Smp sini kita gentayangan sementara bukak sem baru
Quote rons 2-7-2025 07:25 PM
noorhairiahma replied at 2-7-2025 05:24 PM
Ngai version cantik sikit dan pandai speaking.

Boleh la kann
Quote asfaz 2-7-2025 08:04 PM
rons replied at 2-7-2025 07:23 PM
Hi, best student ngaitology! Smp sini kita gentayangan sementara bukak sem baru

ihiksss malu kiterr
meh la masuk benang sanaz tongkol tu,ada cerita baru pemenat no syatuu
Quote I.K.A888990 3-7-2025 11:35 AM
mula2 tgk video dia ni ingatkan dia pakai tudung versi pocong terbalik ikat kat bawah dagu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049044 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top