CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak disambung enam bulan bukan suatu isu – Ketua Hakim Negara

1-7-2025 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1187| Komen: 13

 


PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengakui bukan suatu isu meskipun perkhidmatannya tidak disambung enam bulan lagi.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah keadannya sihat sepanjang berkhidmat yang sebagai Ketua Hakim Negara selama enam tahun sejak 2019.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya telah berkhidmat selama enam tahun dari 2 Mei 2019 hingga 1 Julai 2025…dalam keadaan sihat, dan saya rasa itu sendiri adalah satu nikmat.

“Tiada penyesalan, kerana saya telah melengkapkan tempoh perkhidmatan. Hakikat saya tidak disambung selama enam bulan lagi itu bukan isu. Langsung tiada isu. Enam bulan tidak begitu signifikan jika dibandingkan dengan enam tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari terakhirnya selepas prosiding kes di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Sementara ketika itu ditanya harapan beliau terhadap Ketua Hakim Negara baharu yang akan menggantikannya, beliau memberitahu agar legasi mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi kehakiman tetap diteruskan.


“Jadi harapan dan doa saya adalah agar legasi itu akan diteruskan oleh sesiapa sahaja yang menggantikan saya, dan juga secara amnya oleh semua hakim yang masih berkhidmat,” kata beliau lagi.

Terdahulu Tengku Maimun menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak pada hari terakhir beliau berkhidmat sebagai hakim tertinggi negara di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Tengku Maimun menyampaikan ucapan terima kasih itu bagi mewakili dirinya dan seorang lagi hakim Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersara wajib lusa.

Dalam prosiding hari ini, Tengku Maimun menyelesaikan tugas terakhirnya terhadap dua kes iaitu persoalan undang-undang bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abd Hadi dan rayuan akhir enam lelaki yang membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais. 
 

Sumber : – KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 1-7-2025 09:15 PM
Edited by B40tastePosh at 1-7-2025 09:35 PM

Ramalan dari mimpi aku sistem kehakiman malaysia akan clash dengan kerajaan.

Kemudia Shariah Court menerusi State Gov akan cuba kurangkan kuasa Persekutuan.

Probability ,Federation of Malaysia akan jadi Confideration of Malaysia adalah tinggi.

Sekarang ni kepercayaan rakyat pada Magistrate Court, Civil Court dll dah menurun....diorang lebih percayakan State Government dan Sharia Court (kes Kelantan dan kes Selangor)
Quote borne 1-7-2025 09:23 PM
1000054811.jpg
Quote kemaruk 1-7-2025 09:45 PM
Ytjt.   
Quote KamikuP 2-7-2025 11:30 AM
Lepas kes Cyster In Islam, terus dia ni bersara.. ada bau ikan hahahaha... dpt tekanan ke kena bersara awal cik Maimun ? ekekekeke
Quote gigi 5-7-2025 11:22 AM
oklah bersara tetap...sambung tak sambung itu nasib jela tak perlu kata apa2
kalau ikut kata walaun memang semua tak kena
Quote kucingitam 5-7-2025 11:47 AM
bersara pun nak dijadikan isu. biarlah dia nak bersara, hidup tenang2 takyah pikir nak gi pejabat hari2.
Quote wikedsaikel 5-7-2025 12:03 PM
Dia bersara pon dengan credential yang dia ada, dia boleh pergi oversea utk kerja yg good pay if there’s opportunity. Kita ni…
Quote begg 5-7-2025 01:15 PM
Selamat bersara!
Quote sayawifenikmie 5-7-2025 01:38 PM
....... dah 66 tahun pun
Quote kads 5-7-2025 04:43 PM
Kalau aku, dah bersara wajib, x kuasa nak keje lagi walaupun ditawarkan sambung
Quote asfaz 5-7-2025 06:29 PM
Hakim ni yg banyak lepas kes gantung walhal kes pembunuhan kejam² kan?
Quote Binodino 5-7-2025 06:54 PM
asfaz replied at 5-7-2025 06:29 PM
Hakim ni yg banyak lepas kes gantung walhal kes pembunuhan kejam² kan?

Ya. Dia la tu.
Quote asfaz 5-7-2025 08:26 PM
Binodino replied at 5-7-2025 06:54 PM
Ya. Dia la tu.

Huhh elok la bersara.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060857 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top