KETIDAKSTABILAN tanah menjadi punca berlakunya insiden letupan dan kebakaran di saluran paip utama penyimpanan gas milik Petronas di Putra Heights, Puchong, Selangor pada 1 April lalu. Perkara itu disahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selepas melakukan siasatan di lokasi berkenaan. Menjelaskan lanjut menganinya, Pengarah Jabatan Keselamatan Petroleum, Husdin Che Amat berkata, bahagian bawah saluran paip itu tidak disokong secukupnya oleh tanah yang lembut dan lembap. “Ini menyebabkan kegagalan fizikal pada bahagian paip di lokasi letupan seterusnya mengakibatkan kebocoran gas yang menyala dan meletup,” katanya menerusi sidang media khas pada Isnin. Tambah Husdin, tanah yang lemah menyebabkan paip bergerak berulang kali, dikenali sebagai pembebanan kitaran sehingga menghasilkan garis tegasan dan lekuk lesu pada permukaan paip.
Analisis metalografi juga menunjukkan bahawa beban tegangan adalah punca utama kegagalan. Ini kerana, ia berkembang perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kegagalan mulur seterusnya membebaskan gas dan mencetuskan kebakaran. "Kesimpulannya, kegagalan paip itu disebabkan oleh tanah kerana di bawahnya tidak cukup kuat untuk menampung berat dan tekanan sehingga menyebabkan ketidakstabilan, kebocoran, dan akhirnya letupan," kata Husdin. Penyiasatan juga mendapati paip gas itu memenuhi piawaian teknikal yang ditetapkan sekali gus menafikan kemalangan berpunca daripada aktiviti di permukaan (bahagian atas). Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tiada tindakan sabotaj atau cuai terlibat dalam letupan saluran paip Petronas Putra Heights. Malah katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 285 dan 286 kerana cuai dengan api atau bahan mudah terbakar. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi melaksanakan langkah-langkah mencegah tragedi serupa. Ia berikutan, letupan itu menyebabkan kebakaran berskala besar, memusnahkan rumah, infrastruktur awam, dan kenderaan serta mencederakan sekitar 150 orang. Terdahulu, kejadian yang berlaku sejurus selepas 8 pagi itu menyebabkan api menyambar setinggi lebih 30 meter dengan kepanasan mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius. Ia mengambil masa hampir lapan jam untuk memadamkan kebakaran yang mengakibatkan kawah sedalam 9.8m terbentuk di tapak. Lebih 500 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan, dan sebahagian daripada mereka yang rumah mereka musnah sepenuhnya masih belum pulang kerana pembaikan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. Lapan puluh satu rumah mengalami kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi rosak sebahagian, dan 57 terjejas tetapi tidak terbakar. Sumber : mStar-The Star |
BellaThePrinces replied at 1-7-2025 11:07 AM
kenapa ramai tak nak percaya..????
cmf_PariS replied at 1-7-2025 12:12 PM
penduduk2 situ jd sapa bayar?
tanah salah. tanah bayar?
ADVERTISEMENT