SEORANG usahawan e-dagang yang mengahwini rakan sekelas anak lelakinya dari Rusia mengumumkan kehamilan pada usia 50 tahun. Wanita yang dikenali sebagai Sister Xin itu tinggal di sebuah vila mewah, lengkap dengan tukang masak dan pemandu peribadi. Sister Xin bercerai pada usia 30 tahun dan membesarkan sepasang anak berseorangan di pinggir bandar Guangzhou, China. Kisah cintanya bermula enam tahun lalu apabila anak lelakinya, Kaikai, menjemput tiga rakan sekelas warga asing ke rumah mereka sempena makan malam Tahun Baru Cina. Salah seorang tetamu ialah Defu, seorang pelajar senior dari Rusia yang fasih berbahasa Cina setelah menetap beberapa tahun di negara itu. Tertarik dengan layanan dan masakan Sister Xin, Defu yang pada mulanya hanya sehari bermalam berubah berada di kediaman itu selama seminggu.
Sejak itu mereka terus berhubung, namun pada mulanya wanita itu menolak hasrat Defu kerana jurang usia lebih 20 tahun dan perbezaan budaya. Sister Xin akhirnya menerima Defu atas dorongan anaknya dan mereka mendaftarkan perkahwinan mereka awal tahun ini. Pada 8 Jun lalu, Sister Xin mengejutkan pengikutnya di media sosial dengan membuat pengumuman bahawa dia sedang hamil. "Kehamilan di usia lewat memang berisiko, tetapi bersama Defu, ia sangat berbaloi,” ujarnya. Bayi mereka dijangka lahir musim bunga tahun depan dan pasangan itu telah pun membeli katil bayi sebagai persediaan. Kisah cinta mereka mendapat perhatian meluas di media sosial China dengan reaksi bercampur. Ada yang mengagumi keberanian dan ketabahan Sister Xin membina kehidupan dan menemui cinta semula, manakala segelintir lain skeptikal dan menyifatkannya ia drama rekaan untuk meraih perhatian. Menjawab keraguan, Sister Xin berkongsi laporan pemeriksaan kehamilannya.-Agensi Sumber : mStar |
Dwdrum replied at 30-6-2025 05:28 PM
Dengki kee?
prince_marhaen replied at 1-7-2025 09:24 AM
untung la ahsoo dapat ciknek russian... hihihi
rugilah anak kau, elok2 dapat harta d ...
DARSITA replied at 30-6-2025 05:58 PM
hahahhahaha ..
20 yrs dia hidup sendirian, muka pun cun, badan pun cun okay la kan kawin lelak ...
ADVERTISEMENT