CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat e-sukan dijangka beroperasi tahun depan - Adam Adli

30-6-2025 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 861| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat e-sukan yang dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijadual beroperasi tahun depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, maklumat lanjut mengenai pengoperasian pusat e-sukan tersebut dijangka diumumkan pada September ini.

"Sekarang masih dalam proses pengeluaran tender dan sebagainya, memang kita jangka penggunaannya 2026.

"Pusat e-sukan ini tidak terhad hanya untuk satu komponen tapi boleh digunakan sebagai dewan serba guna juga. Kita mahu pastikan sumber yang kita ada digunakan secara optimum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kejohanan E-Sukan Belia ASEAN (AEYSC) 2025 dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha KBS, Dr K. Nagulendran dan Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin.


Hannah sebelum ini memaklumkan tiada stadium baharu akan dibina sebaliknya satu daripada kemudahan di KL Sports City, Bukit Jalil akan dijadikan pusat e-sukan.

Sementara itu, Adam Adli berkata, kementeriannya berpuas hati dengan penganjuran AEYSC 2025 oleh MESF yang berjaya mengumpul pemain serta pihak berkepentingan dari Asia Tenggara.

Walaupun hanya satu permainan ditawarkan iaitu eFootball Mobile, beliau berharap penganjuran kejohanan tersebut mampu menjadi titik permulaan untuk saingan yang lebih besar serta dianjurkan negara ASEAN lain pada masa depan.

Dalam pada itu, pasukan Indonesia muncul juara keseluruhan kejohanan dengan menyapu bersih kesemua tiga pingat emas ditawarkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran.

Malaysia membawa pulang dua perak diikuti Thailand yang merangkul satu perak dan dua gangsa manakala Myanmar meraih satu gangsa.

Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-7-2025 09:30 AM
Itu je? selepas beberapa tahun kau kat situ, itu je? e-sports? main game? hahahaha...
So, apa yang kau buat selain keluar media setahun 1-2 kali ke sekarang eh?
Apa program2 untuk belia & remaja, student?


Dulu kemain berguling lagi...





Quote shida81 1-7-2025 09:33 AM
Ni ke budak yg suh hapus kan ptptn ritu
Quote lipans 1-7-2025 10:22 AM
Sekarang ptptn pinjam RM48k bayar berapa?
Quote BungaKencana 1-7-2025 10:34 AM
Parlimen Hang Tuah Jaya takde nk check ke mat? cat jalan da pudar kwsn gelap kalau lalu situ mmg pkai niat je agak2 je ikut lane.. tu belum lg jalan bertampal2 mcm hape je..

Tugas utama ahli parlimen adalah mewakili rakyat di Parlimen, menggubal undang-undang, dan mengawasi pemerintah. Mereka bertanggungjawab untuk membahaskan isu-isu kepentingan awam, meluluskan belanjawan negara, dan memastikan kerajaan bertanggungjawab. Selain itu, ahli parlimen juga berperanan sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan, serta memperjuangkan keperluan dan aspirasi kawasan pilihan raya mereka.
Quote kemaruk 1-7-2025 02:11 PM
Bangkem dah ramal dari 10 tahun lepas lagi, anwat takkan hapuskan hutang ptptn, turun harga mintak, hapus tol etc

Tapi dulu ramai kata bangkem bodo.. siap dorang kata anwat bukan saja akan hapuskan hutang ptptn, tapi juga akan langsaikan hutang personal loan dan  hutang credit card rakyat malaysia
Quote AceHand 1-7-2025 02:20 PM
prince_marhaen replied at 1-7-2025 09:30 AM
Itu je? selepas beberapa tahun kau kat situ, itu je? e-sports? main game? hahahaha...
So, apa yang k ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Terus tak berguling dah...? Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Quote sayawifenikmie 1-7-2025 02:27 PM
ehhhhh .... ada lagi dia ni ..
Quote kemaruk 1-7-2025 09:01 PM
Pensokong : kalau anwar boleh hapuskan hutang ptptn, tak mustahil dia boleh hapuskan hutang bank jugak tau

Bangkem : eh mustahil la

Pensokong : kalau umngok jadi kerajaan memang la mustahil

Lebih kurang camtu la perbualan bangkem dengan sorang porumer 10 tahun lepas.. lama dah tak nampak porumer tu
Quote B40tastePosh 1-7-2025 09:05 PM
prince_marhaen replied at 1-7-2025 09:30 AM
Itu je? selepas beberapa tahun kau kat situ, itu je? e-sports? main game? hahahaha...
So, apa yang k ...

Dia ni makin tua makin nampak kepam....
Quote Andyscenes 2-7-2025 08:46 AM
kemaruk replied at 1-7-2025 02:11 PM
Bangkem dah ramal dari 10 tahun lepas lagi, anwat takkan hapuskan hutang ptptn, turun harga mintak,  ...

Kena planta tu, sbb tu biol
Quote kucingitam 2-7-2025 10:33 AM
wujud rupanya dia ni..function ke idak kat kementerian tu?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.042671 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top