CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Dakwaan Ah Long Bakar Rumah Di Tasek Gelugor

30-6-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 775| Komen: 3

 


TASEK GELUGOR, (Bernama) -- Polis menyiasat dakwaan kebakaran tiga rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama di sini pada Selasa lepas dilakukan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pemilik rumah telah membuat laporan mendakwa kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

“Pemilik sebuah rumah terlibat mendakwa menerima nota amaran daripada Ah Long. Siasatan terperinci dijalankan dan polis sedang menunggu laporan unit forensik bomba,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Selasa, media melaporan tiga rumah, lima kereta dan empat motosikal di taman perumahan itu musnah dalam kebakaran pada 4.50 pagi namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Seorang daripada mangsa kebakaran kemudiannya memuat naik hantaran di Facebook mendakwa kebakaran dilakukan Ah Long yang mahu melakukan khianat terhadap rumah lain.


Lelaki itu mendakwa seorang pemilik rumah menerima surat amaran untuk membayar hutang mengandungi nama dan maklumat peminjam bagaimanapun individu tersebut tidak tinggal di tiga rumah yang terlibat kebakaran tersebut.


Sumber : Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 30-6-2025 04:45 PM
Kalau ada anjing peliharaan di luar tidak kira berapa ekor pun (sebab nak melindungi pemilik daripada ancaman ceti haram), nanti ceti haram bakar anjing..
Quote doubleA 30-6-2025 06:49 PM
Angkara org lain, rumah org lain yg terbakarnya. Masa kena ugut seminggu sebelum tu rumah2 tak bersalah ni dah buat report kan tapi takde tindakan. Seminggu seterusnya terbakar terus kesian
Quote B40tastePosh 30-6-2025 07:01 PM
Takut nye duduk taman perumahan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.035875 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top