SALAH seorang ulama Syiah terkemuka Iran, Naser Makarem Shirazi, mengeluarkan fatwa mengisytiharkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai 'musuh Tuhan', sekali gus menggesa umat Islam di seluruh dunia bertindak terhadap mereka. Menerusi fatwa yang diumumkan baru-baru ini, pemimpin yang memegang gelaran Grand Ayatollah (gelaran untuk ulama tinggi dalam Syiah) itu menegaskan bahawa mana-mana individu atau rejim yang mengancam atau menyerang kepimpinan serta kedaulatan umat Islam dianggap sebagai 'penjenayah Mohareb'. Mohareb adalah istilah dalam Kanun Keseksaan Iran merujuk kepada mereka yang berperang menentang Tuhan. Beliau turut menegaskan bahawa sebarang bentuk sokongan atau kerjasama dengan tokoh-tokoh seperti Trump dan Netanyahu adalah haram bagi umat Islam. Lebih keras, beliau menyeru seluruh umat Islam di peringkat global untuk membuat kedua-dua pemimpin itu 'menyesali kata-kata dan tindakan mereka'.
Malah menurut fatwa beliau, sesiapa yang menghadapi kesusahan dalam usaha menentang kedua-dua pemimpin berkenaan akan diganjari sebagai 'mujahid fi sabilillah' atau pejuang di jalan Tuhan, memetik laporan Afghan Voice Agency (AVA). Mengikut Kanun Keseksaan Islam Iran, sesiapa yang disabitkan sebagai Mohareb boleh dikenakan hukuman berat termasuk hukuman mati, penyaliban, potong tangan kanan dan kaki kiri secara bersilang atau diusir dari tanah air. Fatwa kontroversi ini dikeluarkan ekoran ketegangan antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel yang semakin memuncak susulan siri serangan dan tindakan balas yang berlaku sejak pertengahan Jun. Pada 13 Jun lalu, Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa tapak nuklear dan kemudahan ketenteraan Iran sehingga mengorbankan beberapa komander kanan dan saintis penting negara tersebut. Sebagai tindak balas, Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke beberapa bandar di Israel. Amerika Syarikat kemudian campur tangan dengan menyerang tiga tapak nuklear Iran. Krisis semakin meruncing apabila Trump memberi amaran akan mengambil tindakan lebih keras sekiranya Iran meneruskan pengayaan uranium ke tahap gred senjata. -Agensi |
tumpanglalu74 replied at 30-6-2025 03:01 PM
Ko rase???
borne replied at 30-6-2025 03:22 PM
Cuba bayangkan. IDF ni pegi tembak apartment dorang dari Israel beribu kilometer away..
Excuse th ...
plywood replied at 30-6-2025 04:06 PM
boleh dia tau tempat tinggal.... tingkat yang kena bom jer rosak teruk
.. orang masih sambung tin ...
ifanonline replied at 30-6-2025 06:07 PM
boleh pakai ke fatwa kpd ummah sunni?
borne replied at 30-6-2025 03:22 PM
Cuba bayangkan. IDF ni pegi tembak apartment dorang dari Israel beribu kilometer away..
Excuse th ...
ADVERTISEMENT