|
TOKOH ternama dan berjaya seperti Mark Zuckerberg, Barack Obama atau mendiang Steve Jobs kerap dilihat mengenakan pakaian yang hampir sama setiap hari. Sama ada t-shirt kelabu, sut biru gelap atau baju hitam polos, mereka seolah-olah tidak pernah menukar gaya dan ia bukanlah satu kebetulan. Sebaliknya, pilihan berpakaian seragam ini sebenarnya adalah strategi yang disengajakan. Jika anda pernah tertanya-tanya tentang hal itu, berikut lapan sebab yang mungkin akan meyakinkan anda: 1. Kurang buat keputusan Bagi individu yang sering membuat keputusan penting setiap hari, membuang satu keputusan kecil seperti memilih baju setiap pagi memberi lebih ruang mental dan meningkatkan produktiviti. Presiden Barack Obama pernah berkata, “Anda akan lihat saya hanya pakai sut kelabu atau biru. Saya cuba kurangkan jumlah keputusan yang perlu saya buat. Saya tak mahu fikir tentang apa saya makan atau pakai. Sebab saya ada terlalu banyak keputusan lain yang lebih penting.”
Mark Zuckerberg juga mempunyai alasan yang sama. Menurutnya, satu keputusan remeh yang dikurangkan setiap pagi boleh membawa kepada keputusan lebih baik sepanjang hari. 2. Kurang stres Matilda Kahl, seorang pengarah seni di New York, memakai pakaian sama setiap hari bagi mengurangkan stres. Dia terkenal dengan gaya signatur baju putih sutera dan seluar hitam. Ujarnya, tekanan memilih pakaian lenyap selepas dia memilih fesyen sama setiap hari. 3. Kurang tenaga terbuang Christopher Nolan, pengarah filem terkenal, memilih untuk tidak membazir tenaga memikirkan pakaian. Dalam satu temubual bersama New York Times Magazine, dia berkata memilih pakaian setiap hari adalah satu pembaziran tenaga. Kini, dia hanya memakai jaket gelap, baju biru, seluar hitam dan kasut praktikal setiap hari. 4. Lebih ikonik Alice Gregory, penulis dari New York, menulis dalam majalah J. Crew yang memakai pakaian sama setiap hari boleh buat kita rasa ikonik. Katanya, ia juga lambang kematangan dan menunjukkan seseorang itu tahu apa yang dia mahu dan sudah ‘menapis’ hidupnya dengan baik. Sebagai contoh, watak dalam buku cerita kanak-kanak pun tak tukar baju kerana ia menunjukkan ciri konsistensi. Orang dewasa pun sebenarnya inginkan perkara yang sama. Jadi, pakai baju sama setiap hari bukanlah tak bergaya, sebaliknya ia satu bentuk identiti yang kuat. Sumber : mStar |
girlfridayz replied at 2-7-2025 03:00 PM
kat opis ni ada sorg dok ckp aku pakai baju lebih kurang samaaaaa je.. tu baru aku ulang2 colour yg ...
lantaklah kan, yg nk pakainya gue. rasa mcm nk repeat balik lah gini, senang and jimat masa. leh iols tido lama skit 

sphinx replied at 3-7-2025 11:45 AM
iols pun sejenis yg begini. kalau iols suka design tue mmg iols akn beli design yg lebih kurang sa ...
A-Are replied at 3-7-2025 12:44 PM
iols pernah staff lelaki tegur iols pakai baju sama tp versi sopan lah mcm eh u mmg suka pakai baju ...

fifie_olin replied at 7-7-2025 01:55 AM
dia minat ko kot
smpai bole tegur color baju ko segala
dia nk try la tu
....tp ada suss jugakla memula tu, sbb before i kena tukar department straight depan muka dia ckp lepas ni dah xboleh cuci mata dalam ofis da..seremm ya
ADVERTISEMENT