PETALING JAYA – Perbuatan mencium al-Quran Allahyarham Nurly Shahirah Azman secara berlebih-lebihan atau untuk mendapatkan ‘berkat’ boleh disifatkan sebagai khurafat yang ditegah oleh syarak. Jelas penceramah bebas, Ustaz Nabil Ahmad, beliau menyelar tindakan itu sebagai tidak berlandaskan ajaran Islam dan boleh merosakkan akidah umat jika disertai dengan kepercayaan lain. ”Tindakan mencium al-Quran memang tidak ditegah dalam Islam, namun yang merisaukan adalah dengan berlebih-lebihan dalam ibadah. ”Ada riwayat sahabat nabi sendiri menceritakan Saidina Umar juga mencuim Kalam Allah itu, nabi tidak menegah tapi perlu mengikut garis panduan Islam sediakan,” katanya kepada Kosmo! hari ini. Ustaz Nabil turut menegaskan bahawa Islam juga telah menggariskan panduan jelas mengenai adab ziarah kubur, iaitu untuk menginsafi diri dan mengingati kematian, bukannya menjadikan tanah pusara sebagai objek ritual atau alat perubatan.
“Dalam ibadah jangan berlebihan, nabi pernah menegur tiga pemuda sebelum ini yang tidak ingin melakukan perkara dunia hanya ingin beribadah semata-mata. ”Baginda berkata, dia berpuasa dia akan berbuka, dia solat juga ada masa rehat,” jelas beliau lagi. Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dakwaan terdapat individu tidak dikenali yang mengambil tanah dari kubur pelajar UPSI itu di Besut, Terengganu dan menyapunya ke wajah atas kepercayaan tertentu. Bapanya, Azman Mohamad, 63, sebelum ini turut melahirkan rasa kurang senang dan menasihatkan orang ramai agar menghormati kubur arwah serta tidak terpengaruh dengan kepercayaan tahyul. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
AkokKocik replied at 30-6-2025 01:12 PM
Ty lah, sapa suruh korang agungkan sangat jenazah bau wangi...dulu ada ostaz dlm ytube cerita ada ma ...
Decaffeinated replied at 30-6-2025 09:15 AM
Ini ustad nabil yang kena ban dgn radio era tu ka?
ulamalu replied at 30-6-2025 02:51 PM
Bukan. Itu dj Nabil Ahmad. Ni Ustaz Nabil Ahmad. Orang berlainan.
FOTHER-MUCKER replied at 30-6-2025 01:13 PM
Lantak pergilah kau orang nak cium quran ke apa ke, bagi saya Quran tu hanyalah di cetak atas kertas ...
Buritan replied at 30-6-2025 11:20 AM
Masa dia hidup kome tak hairan punggg.. satu lg cium aje la quran kat rumah tuu.. quran kat rumah tu ...
Decaffeinated replied at 30-6-2025 03:06 PM
Sebab muslim lebih mengagungkan kertas tu lebih dari isinya. Contoh, nak sentuh kena ada wuduk tu ...
Dalcott replied at 30-6-2025 11:54 PM
habis rosak alquran tu
ADVERTISEMENT