CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak berbaloi beli kereta baru buat Grab, rasa macam nak jual balik – Pemandu e-hailing

30-6-2025 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2651| Komen: 25

 


PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing meluahkan rasa kesal membeli kereta baru apabila bayaran upah yang rendah dan tidak berbaloi.

Menerusi hantaran di Facebook, pengguna terbabit berkongsikan tangkap layar bayaran yang diterima melalui aplikasi terbabit.

Kelihatan anggaran bayaran yang diterima sekitar RM5 hingga RM8 bagi setiap perjalanan di sekitar Lembah Klang.

Pengguna tersebut mengeluh kerana keputusan membeli kereta baru kerana menganggap akan memperoleh sekitar RM300 hingga RM700 sehari.

“Beli kereta baru sebab nak buat grab, tengok orang post dapat RM300 hingga 700 sehari.

“Sekali bila aku dah buat, harga ‘job’ macam Foodpanda hantar makan naik basikal je. Rasa macam nak jual balik kereta ni,” luahnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pemandu e-hailing yang merungut perkara yang sama berkenaan bayaran upah yang rendah sejak kebelakangan ini.


“Memang macam inilah norma kita sebagai pemandu e-hailing. Bayaran murah tiap hari kadang memang rasa tak berbaloi,” kata Zakaria.

“Memang rasa bayaran e-hailing sangat murah tak berbaloi dengan jarak perjalanan kita,” kata Amir.

“Jual jelah kereta tu, memang tak berbaloi buat e-hailing guna kereta baru. Tak balik modal,” kata Siti. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 30-6-2025 09:22 AM
Orang yang sembang pasal masyuk tu cerita maximum yang dia dapat, bukan average. Bukan senang nak maintain average ya. Siapa kereta ada trip computer tu tau lah. Bila ko record travel atas hiway rasa kemain laju tapi average 70~80 ja.
Quote wirazam 30-6-2025 09:28 AM
Org nak buat grab ko pun nak buat...hujung2 kecewa...
Quote _blackbird 30-6-2025 12:46 PM
Gig job ni buat part time utk duit kopi / rokok ja sesuai
Quote swimswim 30-6-2025 12:59 PM
Nak mahai, bawak time peak hours
Quote kucingitam 30-6-2025 03:54 PM
lepastu bangga sidai passenger, bila income tak lebat, salahkan co.
Quote B40tastePosh 30-6-2025 04:05 PM
Lebih baik ko melukis, jual painting.
Quote PULANGKAN 30-6-2025 06:35 PM
iols selalu dapat driver2 muda buat part time

diorang balik keje, or offday. kereta besar2 pun ada

cuma iols sekali tu rengsa, nak balik rumah, bukak pintu grab, penuh budak. driver tu jemput anak and kawan2 anak dia balik sekolah, pastu alang2 tu, buat grab sekali. iols macam, hah? boleh eh camtu? ko bawak anak orang naik sekali dengan strangers?? bahaya kot

tapi memandangkan hari dah lewat, iols malas pikir panjang, naik je la, layan budak2 main dalam kereta sampai rumah
Quote TeropongThaico 30-6-2025 07:22 PM
Nak buat kerja2 gig gini kena rajin & sanggup je redah mana hala dia nak kena hantar
Kalau nak ikut jadual 9-5 area situ2 je mmg padamkan je hasrat tu...
Quote tupaiterbang 30-6-2025 08:09 PM

Kalau takat memilih route mana ko suka
Lupakan je la impian income 700 sehari
Quote ardent91 1-7-2025 09:50 AM
actually boleh jer ko dpt sampai beratus2 sehari tu, tapi waktu rehat ko pown kena la sacrifice.. ini aku tengok banyak jer orang2 yg wat grab ni melepak sampai berjam2..
Quote MadameOnion 1-7-2025 10:06 AM
ramai sgt bawak grab..teringat dulu pakcik2 teksi mengamuk pasal grab ni...teksi pun makin pupus...grab pun bergasak sesama sendiri dah...rapid pulak dah ada rapid on demand..entah siapa yg salah..ku tak tahuuuu
Quote A-Are 1-7-2025 10:27 AM
PULANGKAN replied at 30-6-2025 10:35 AM
iols selalu dapat driver2 muda buat part time

diorang balik keje, or offday. kereta besar2 pun ada

ok ni kelakar...xpasal2 u ols kena entertain bebudak tu
Quote matseh 1-7-2025 11:24 AM
Smlm naik grab dr A ke B. 2.5km. Pagi 815am RM8.70. Grab sampai 5 minit
Ptg 1645, jarak sama B ke A RM17.80. Tunggu 20 minit baru ada yg accept, total dekat 30 mins baru naik kereta.
Quote makciktijah 1-7-2025 11:29 AM
bijak sangat. lenkali buat la research bebetul psl e-hailing. ni bengap lelaju gi beli kete baru bagai, sapa suruh?
Quote espri6006 1-7-2025 11:31 AM
PULANGKAN replied at 30-6-2025 06:35 PM
iols selalu dapat driver2 muda buat part time

diorang balik keje, or offday. kereta besar2 pun ada

boleh report pada grab dan bagi rating  rendah.
Quote espri6006 1-7-2025 11:37 AM
aku sebagai pemandu grab (part time) begtulah rasanya, tak berbaloi sangat pon. Kadang2 isi minyak RM30-50 untuk buat grab..kadang2 pulangan cukup2 balik modal (utk isi minyak). Upah sndiri kadang takde, kadang ada le lebih rm20-30. ada hari langsung tak balik modal. tapi nak buat caner..demi nak cari rezeki terpaksa buat juga waalaupun masuk rm10-30 sehari walaupun terpaksa bawak 7-8 jam sehari. ini di kawasan aku lah kalau disebelah bandar besar spt KL, JB. Geogrgetown atau lain bandaraya tak tahulah. kete  nak kena maintenance, rotek nak kena renew / insuran grab lain harga tau, lepas tu kena buat pemeriksaan puspakom setiap 6 bulan atau 12 bulan..pergh banyak belanja tapi pulangan sikit.
Quote BungaKencana 1-7-2025 11:48 AM
kwn aku buat grab dia main area KLIA tu.. keluar vios baru.. aku pun mcm percaya tak percaya.. tp mgkn betul la kot dia dpt 300-700/sehari tu.. kalau negeri aku ni mmg sendu grabnya... grabfood panda pun sendu tp nk buat cane negeri aku ni tak bpe jammed kalau weekdays pastu kedai mkn dkt2 dgn opis sume..
Quote Firenzza 1-7-2025 11:56 AM
Ko komplen plk nti nuart dengar..x lama lg sapa naik grab kena tax 10%
Quote bpbbppbp 1-7-2025 12:11 PM
BungaKencana replied at 1-7-2025 11:48 AM
kwn aku buat grab dia main area KLIA tu.. keluar vios baru.. aku pun mcm percaya tak percaya.. tp mg ...

Ye u. Kat airport harga mahal. Dlm rm 65+- cmtu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051460 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top