CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur 40 tahun tak perlu minum teh tarik, makan ayam goreng - Public Health Malaysia (PHM)

30-6-2025 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5544| Komen: 80

 


PETALING JAYA – Memasuki usia 40 tahun, bukan semua jenis makanan dan minuman sesuai untuk dinikmati kerana ia boleh menjejaskan kesihatan golongan tersebut.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsiannya berkata, segelas teh tarik boleh membuatkan jantung individu dalam kumpulan itu berdebar, perut mula menonjol dan sendi sakit meskipun tidak melakukan aktiviti berat.

“Dulu boleh berjaga malam, makan sesuka hati. Kini segelas teh tarik pun kadang buat jantung berdebar. Perut mula buncit, sendi mula terasa.

“Tapi kita terus bertahan, sebab hidup mesti diteruskan,” kata PHM menerusi hantaran di Facebook.

 


Menurut PHM, antara makanan dan minuman yang wajar dikurangkan apabila usia mencecah 40 tahun adalah ayam goreng, keropok lekor, sosej, daging salai, kuih manis, teh tarik, kopi dan minuman boba.

“Jika hari ini terasa susah untuk tinggalkan ayam goreng, minuman manis atau makanan segera, tak mengapa. Mulakan perlahan, kurangkan sedikit demi sedikit.

“Bukan kerana kita tak boleh makan langsung, tapi tubuh kita sekarang memerlukan lebih kasih sayang,” pesan PHM.


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 30-6-2025 09:01 AM
Napa termasuk Milo? Baik minum Omega Plus kalau begitu.
Quote Decaffeinated 30-6-2025 09:02 AM
Dah tu umur bawah 40 tu perlu ka? Buat ayat pun fail.
Quote vanilacup 30-6-2025 10:33 AM
Isu pemakanan ni tak kira umur nak dikawal. Lagi muda lebih baik berhenti terus dari ambil teh tarik kerana susu pekat ni memang produk sampah kpd kesihatan masyarakat.
Yg dibenarkan dan lulus susu hanya susu kambing yg original shj bukan yg sudah diproses.
Kalau bab gula kita masih ada gula kelapa,gula kabung,madu utk menambah rasa manis dlm minuman...
Quote insulin 30-6-2025 10:42 AM
Kalau rasa nak makan, makan je. Tapi sikit2 la.
Quote plywood 30-6-2025 10:42 AM
“Bukan kerana kita tak boleh makan langsung, tapi tubuh kita sekarang memerlukan lebih kasih sayang,”


... bagus ayat ni untuk motivasi bersama, ayat yang bunyinya lembut dan tidak memaksa. ingatan spt ini walaupun ada orang yang tak suka perlu badan kerajaan dan ngo selalu bagi untuk peringatan kepada orang ramai
Quote L.U.S.M 30-6-2025 10:46 AM
Aku suka fish sausage,daging salai,fast food...now kena start kurangkan jgk la..hmmm
Quote ninja boy 30-6-2025 10:48 AM
Edited by ninja boy at 30-6-2025 10:49 AM

Nasi beriani nasi arab nasik kandar durian yum2
Quote BungaKencana 30-6-2025 10:55 AM
tp aku tiap2 pagi mesti neskepe kurang manis secawan
Quote fattymah 30-6-2025 11:06 AM
Peminat teh ais ikat penuh hadir.. iols pantang tak makan
Quote cmf_PariS 30-6-2025 11:26 AM
makan berpada2.. konsepnya
Quote krustykrab 30-6-2025 11:29 AM
hayrin86 replied at 30-6-2025 09:01 AM
Napa termasuk Milo? Baik minum Omega Plus kalau begitu.

Kan dia cakap bukan tak.boleh langsung tapi bila dah cecah 40 berpada2 lah.
Islam pun suruh umatnya berpada2 bila makan.

- dulu org ingat gaut tu tak bileh makan seafood & daging je kan. Skrg ni ramai yg kena gaut sb makan sayur byk sgt.

Quote krustykrab 30-6-2025 11:33 AM
vanilacup replied at 30-6-2025 10:33 AM
Isu pemakanan ni tak kira umur nak dikawal. Lagi muda lebih baik berhenti terus dari ambil teh tarik ...

Gula yg chuols sebut tu & madu pun bukannya elok kalau ambil dlm kuantiti yg byk. Still kena limitkan pengambilan mcm gula biasa tu.
Quote AceHand 30-6-2025 12:06 PM
Decaffeinated replied at 30-6-2025 09:02 AM
Dah tu umur bawah 40 tu perlu ka? Buat ayat pun fail.

[AceHand SPECTaceLAR]

Kan... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Quote mzzenma 30-6-2025 12:24 PM
I  cannot live without ayam goreng
Quote FOTHER-MUCKER 30-6-2025 01:17 PM
Habis tu makan ayam apa? Makan Ayam salai kering sahaja?
Quote otai_g 30-6-2025 01:37 PM
Ah hamlau aku br lps lunch ayam goreng + teh tarikh.
Quote makneng 30-6-2025 01:48 PM
Kau sental ayam goreng and teh tarik siang malam pagi petang tiap2 hari memang la mendapat. Kalau makan sayur hijau byk2 pun kang potassium tinggi dlm darah. Tak pasal. Keywordnya adalah - moderate
Quote supernaturalee 30-6-2025 01:59 PM
plywood replied at 30-6-2025 10:42 AM
... bagus ayat ni untuk motivasi bersama, ayat yang bunyinya lembut dan tidak memaksa. ingatan spt ...

kadang tu nasihat common yg selalu didengar sejak dari budak2 lagi
cuma kdg kena sebut jugak mcm bg notification gitu
noticed but belum tentu nk klik bkk baca/ambik tau


Quote ekselen 30-6-2025 02:08 PM
fattymah replied at 30-6-2025 11:06 AM
Peminat teh ais ikat penuh hadir.. iols pantang tak makan

iols dah kurangkan/almost x minum semenjak dah ada stevia.. skrg minum teh o ais kosong letak stevia je.. berat maintain.. tp nk kurangkan kena bersenam lah hahaha..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.068566 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top