CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gencatan senjata Gaza dicapai mungkin minggu depan - Trump

28-6-2025 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 878| Komen: 7

 


Washington: Donald Trump, pada Jumaat menyatakan keyakinan bahawa satu gencatan senjata baharu di Gaza bakal tercapai.

Sikap optimis Presiden Amerika Syarikat (AS) itu diluahkannya walaupun pada masa sama kecaman semakin memuncak berhubung kematian orang awam di pusat pengagihan bantuan makanan yang disokong Israel di wilayah Gaza, Palestin itu.

Ketika ditanya wartawan sejauh mana perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Trump berkata: "Kami yakin dalam minggu depan, kita akan dapat capai gencatan senjata."

Sebelum ini, AS menjadi broker kepada perjanjian gencatan senjata ketika pentadbiran bekas presiden Joe Biden, dengan sokongan pasukan Trump yang bakal mengambil alih ketika itu.

Namun, Israel mencabuli gencatan senjata pada Mac lalu dan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Hamas.

Selain itu, Israel juga menghentikan sepenuhnya kemasukan makanan serta bantuan lain ke Gaza selama lebih dua bulan, mencetuskan amaran krisis kebuluran.


Selepas itu, Israel membenarkan semula kemasukan bantuan makanan melalui Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong AS dan Israel. Yayasan ini turut membabitkan kontraktor keselamatan AS bersama tentera Israel di kawasan sempadan.

Bagaimanapun, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mendakwa sistem GHF mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk yang kelaparan dan sedang mendapatkan bantuan.

Kenyataan pegawai PBB itu menyebabkan sehingga Israel menuduh PBB bersekongkol dengan Hamas.

Saksi serta pegawai tempatan melaporkan banyak kejadian tembakan dan pembunuhan penduduk Palestin di pusat bantuan sepanjang beberapa minggu lalu.

Tentera Israel menafikan mereka menyasarkan orang awam, manakala GHF menafikan insiden maut itu berlaku di kawasan kendalian mereka.

Namun, selepas banyak laporan, PBB dan beberapa badan bantuan mengutuk apa yang mereka sifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam yang sedang beratur mendapatkan makanan.

"Sistem agihan bantuan baharu ini sudah menjadi medan pembunuhan," kata Ketua Agensi Bantuan Palestin PBB (UNRWA), Philippe Lazzarini.

"Orang ramai ditembak ketika cuba mendapatkan makanan untuk diri dan keluarga. Kezaliman ini mesti dihentikan dengan memulihkan penghantaran bantuan oleh PBB termasuk @UNRWA," katanya di X.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikawal Hamas melaporkan lebih 500 orang terbunuh berhampiran pusat bantuan sejak akhir Mei, ketika mereka cuba mendapatkan bekalan yang sangat terhad.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata: "Orang ramai dibunuh hanya kerana mahu mencari makanan untuk keluarga mereka. Pencarian makanan tidak sepatutnya menjadi hukuman mati."

Pertubuhan perubatan Doctors Without Borders (MSF) pula menyifatkan usaha bantuan GHF sebagai pembunuhan beramai-ramai yang menyamar sebagai pasukan bantuan kemanusiaan.

Kenyataan itu mengundang reaksi marah Israel yang mendakwa GHF sudah menyediakan 46 juta hidangan di Gaza.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan segala-galanya untuk menghalang usaha ini. Dengan berbuat demikian, PBB bersekongkol dengan Hamas yang cuba mensabotaj operasi kemanusiaan GHF," kata Kementerian Luar Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut menolak laporan akhbar Harian Haaretz yang mendakwa komander tentera mengarahkan askar melepaskan tembakan ke arah orang ramai di pusat bantuan walaupun mereka tidak mengancam.

Menurut Haaretz, pihak pendakwa tentera tertinggi Israel sudah mengarahkan siasatan terhadap dakwaan "jenayah perang" di lokasi bantuan.

Tentera Israel enggan mengulas lanjut kepada AFP mengenai dakwaan itu.

Dalam kenyataan bersama dengan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, Netanyahu berkata, Israel menolak sepenuhnya fitnah berdarah serta pembohongan jahat dalam laporan Haaretz.

Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan kepada AFP bahawa 80 rakyat Palestin terbunuh pada Jumaat akibat serangan udara atau tembakan di seluruh wilayah, termasuk 10 yang sedang menunggu bantuan makanan.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, memberitahu enam orang terbunuh di selatan Gaza berhampiran pusat agihan GHF, manakala seorang lagi maut dalam insiden berasingan di tengah Gaza.

Tiga orang lagi terbunuh akibat serangan ketika menunggu bantuan di barat daya Gaza City.

Di lokasi lain, lapan orang maut apabila serangan udara Israel mengenai Sekolah Osama Bin Zaid di utara Gaza yang dijadikan pusat perlindungan.

Dalam pada itu, sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam, mendakwa mereka menyerang sebuah kenderaan Israel di timur Khan Younis, selatan Gaza.

Briged Al-Quds, sayap bersenjata sekutu Hamas dari Jihad Islam Palestin, turut mengaku menyerang tentera Israel di sekurang-kurangnya dua lokasi berhampiran Khan Younis bersama-sama Al-Qassam.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 28-6-2025 12:59 PM
Gencatan senjata untuk restock.

Quote TOPwind 29-6-2025 06:09 AM
Boleh percayakah?

tengah atur tentera tu nak atek iran

sepatutnya iRan hancurkan  dan halau israel dari tanah Pelastin
Quote stingerbumpy 29-6-2025 08:02 AM
10 perkara yg Donald duck sebut....15 aku tak akan percaya....
Quote TeropongThaico 29-6-2025 09:58 AM
Ada byk sbb kot yg nak buat gencatan senjata ni....
Nak restock
Nak buat kira2 untung rugi lps iran berjaya melawan
Atau
Nak devide serangan ke penjuru lain sama... Dulu fokus Palestine je

Tp cakap deme ni bukan je yg keluar kot mulut tak leh pakai... Yg dlm kepala otak dan tingkah laku semua tak leh pakai. Kot saat pertama kata gencatan tak sampai saat kedua dah dibomnya pula
Quote Purplehaz 29-6-2025 12:19 PM
Otak ko tu yg patut kena genjat

Quote terma2nkondisi2 29-6-2025 01:00 PM
Trump pushes for Gaza ceasefire: what are the terms of the latest proposal?

A source told Newsweek that US President Donald Trump has made significant efforts to persuade Israel to move toward a ceasefire in Gaza, now the conflict with Iran has ended.

Eager to reinforce his image as a dealmaker, Trump believes the ceasefire between Tel Aviv and Tehran has opened the door to ending the war in Gaza, now approaching its second year.

Speaking during his visit to The Hague for the NATO summit, Trump said: "There is progress. I think the attack we launched on Iran is going to lead to very good news."

What are the terms of the new proposal?

The latest ceasefire proposal includes the release of 10 living Israeli hostages, along with the return of the bodies of 18 deceased hostages. These would be handed over in two instalments, between the first and seventh day of the agreement. In exchange, Israel would release 1,236 Palestinian prisoners and return 180 bodies currently in its custody. Both Israel and Hamas would also be required to provide updated information on the status of detainees by the tenth day.

Under the terms of the proposal, Israel would suspend its military operations and aerial surveillance over the Gaza Strip for 10 hours each day, extending to 12 hours during periods when hostages and prisoners are being exchanged.

Israeli forces would reposition themselves in the Netzarim corridor and northern Gaza. Humanitarian aid would resume through mutually agreed channels.

During the truce period, the two sides would continue negotiations to resolve outstanding issues, with the potential to extend the ceasefire for an additional 60 days.

While Israeli and US officials have accused Hamas of rejecting the proposal, the group insists it has accepted the deal but is seeking further guarantees to prevent Israel from resuming the war immediately after the truce expires.

Meanwhile, pressure is mounting inside Israel to reach a deal. Over the weekend, protests were held outside the homes of both the Israeli president and the education minister, calling for action on a hostage exchange.

According to Israel's Channel 12, Prime Minister Benjamin Netanyahu is expected to push for a prisoner swap agreement during his upcoming visit to Washington, where he will also advance talks on normalising relations with Syria.

https://www.euronews.com/2025/06/28/trump-pushes-for-gaza-ceasefire-what-are-the-terms-of-the-latest-proposal
Quote KamikuP 30-6-2025 11:04 AM
mOHON pakar santau hantar santau angin kat trompet ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.042771 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top