CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laporan hasil siasatan tragedi Putra Heights diumumkan Isnin - Amirudin

28-6-2025 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 923| Komen: 2

 


Sekinchan: Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya akan dibentangkan kepada umum Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata laporan berkenaan telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima daripada jawatankuasa penyiasatan, ia telah sedia untuk dibentangkan pada hari berkenaan.

"Ia (laporan) telah sedia semalam, tetapi kita tidak boleh bentang kerana semalam cuti umum, jadi lebih baik ia dibuat pada Isnin ini.

"Kita akan buat secara umum, kita akan maklumkan nanti, selepas dah bentang kepada Kabinet kemudian kita akan beri (bentang) pula secara umum … kita ikut proses," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program majlis pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.


Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan teknikal insiden terbabit selesai pada 26 Jun mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-6-2025 04:09 PM
Cakap pasal kebakaran ni..
Iols lalu rawang asap je memanjang
Ada kebakaran beso ke?
Quote L.U.S.M 29-6-2025 10:03 AM
3bulan wooo utk benda yang dh terang2 jelas langgar peraturan..lembap n bodoh betul

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.042101 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top