CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiket penerbangan Labuan-KK lebih mahal berbanding ke Bangkok, Seoul

28-6-2025 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1115| Komen: 9

 

Labuan: Pengguna perkhidmatan udara dari pulau bebas cukai ini bimbang dengan tambang semakin mahal bagi laluan Labuan-Kota Kinabalu yang disifatkan sebagai tidak wajar dan membebankan, berbanding penerbangan destinasi antarabangsa seperti Bangkok, Thailand dan Seoul, Korea Selatan.

Beberapa pengembara perniagaan memberitahu Bernama hari ini, bahawa harga tiket penerbangan sehala dari Labuan ke Kota Kinabalu pada 2 Julai dijual setinggi RM775 dan RM1,207 berbanding harga bagi laluan Kota Kinabalu ke Bangkok yang bermula daripada RM411 dan RM661 ke Seoul bagi tarikh sama.

Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 35 minit manakala tempoh masa lima jam 25 minit bagi penerbangan ke Seoul dan kira-kira tiga jam tujuh minit ke Bangkok.

David Lee, 49, yang sering ke Labuan bagi urusan perniagaan gas dan minyak, menyifatkan situasi itu sebagai tidak boleh diterima.


"Saya merancang penerbangan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat dan terkejut apabila mendapati harga tiket melebihi RM1,200. Bagaimana penerbangan mengambil masa kurang satu jam lebih mahal berbanding trip antarabangsa ke Korea?" katanya.

Pegawai kerajaan bertugas di Labuan Nurul Shafiqah Abdullah, 34, juga berkongsi kekecewaan dan berkata tambang itu menjadi sangat mahal untuk kebanyakan penduduk tempatan.

"Ini bukan laluan mewah tetapi talian hayat kepada ramai orang yang bergantung kepada perjalanan udara untuk tujuan perubatan, kerja dan keluarga. Tetapi harga ini menekan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Raymond Chong, 41, yang menguruskan syarikat logistik kecewa kerana tiada harga kompetitif walaupun penduduk dan komuniti perniagaan di Labuan telah lama membuat rayuan.

"MasWings dan Malaysia Airlines merupakan satu-satunya pengendali pengangkutan udara dan menggunakan pesawat kecil atau sesekali Boeing. Dengan pilihan terhad, orang ramai tiada pilihan selain membayar atau membatalkan perjalanan," katanya.

Usahawan tempatan Faridah Musa, 46, meminta kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa penerbangan untuk campur tangan bagi mengawal mekanisme harga.

"Kami berada di pulau tanpa akses jalan raya. Penerbangan adalah keperluan, bukan pilihan. Keadaan ini bukan sekadar kesulitan tetapi juga merugikan kami.

"Semakin banyak desakan untuk struktur tambang yang lebih telus dan usaha bagi meningkatkan persaingan antara syarikat penerbangan bagi memastikan perjalanan lebih mampu milik untuk penduduk Labuan," katanya.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 28-6-2025 01:56 PM
sebab sewa lot kat airport Labuan mahal ke uols? atau ada 1 je flight?
Quote vespa_oren 28-6-2025 04:34 PM
hyie replied at 28-6-2025 01:56 PM
sebab sewa lot kat airport Labuan mahal ke uols? atau ada 1 je flight?

Satu jer flight labuan-KK
Lagipun gie labuan boleh naik feri atau bot
Quote sapeka 28-6-2025 04:45 PM
Betul la tu
Quote plywood 28-6-2025 08:41 PM
letak harga 85 jutalah supaya cepat kaya


Quote dua_chzy 28-6-2025 08:57 PM
Last meols pi Labuan, tahun 1997. Dah jadik hari ini dalam sejarah.

Apa kabar Labuan sekarang? Ada kemajuan? Masih jadik port pekerja2 seks carik makan? Mentang2 duty free kan.
Quote cm_vungtau 28-6-2025 09:46 PM
Sebab dominasi airasia la kot. Tempat lain ada banyak choice lain. Flight kat Labuan cuma ada AirAsia dengan MAS. MAS pun kalau tak cekik darah tak sah.
Quote Skuau 28-6-2025 10:57 PM
dua_chzy replied at 28-6-2025 08:57 PM
Last meols pi Labuan, tahun 1997. Dah jadik hari ini dalam sejarah.

Apa kabar Labuan sekarang? Ada  ...

duty free...ayam mau bayar maaaaaaa......
Quote _blackbird 29-6-2025 07:33 PM
hyie replied at 28-6-2025 01:56 PM
sebab sewa lot kat airport Labuan mahal ke uols? atau ada 1 je flight?

Cost operation. Cth, kata la nak fly 1 plane cost RM40,000. Smaller plane mcm sea plan ke turboprop airplane passenger boleh masuk 16org, price per passenger jadi 2,500/person. Kalau larger plane capacity 100 passenger price drop jadi RM400/person
Quote _blackbird 29-6-2025 07:43 PM
Edited by _blackbird at 29-6-2025 07:44 PM
hyie replied at 28-6-2025 01:56 PM
sebab sewa lot kat airport Labuan mahal ke uols? atau ada 1 je flight?


Maswing bg aku masih beri competitive price vs operation cost + services. Aku pernah naik seaplane RM2500 round trip utk 30min flight. Takda aircond dengan bau kepam nya. Dia buka aircond rasa mcm tak rasa masa 30min flight tu je lah, masa take off dengan landing dia off aircond, keluar plane berpeluh aku. Takda airport, drop off kat atas floating rakit kayu je kat tgh laut, aku rasa mcm nak terpelanting dari rakit sementara nak tunggu boat dtg pick up

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.044583 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top