CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bicara kes rasuah Netanyahu tangguh lagi, campur tangan Trump dikritik

27-6-2025 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1011| Komen: 5

 


Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memohon kepada mahkamah pada Khamis untuk menangguhkan keterangannya dalam perbicaraan rasuah yang telah berlarutan lama, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa kes itu dibatalkan sepenuhnya.

Tindakan Trump menyokong Netanyahu dalam kes itu menerima kritikan daripada beberapa ahli politik Israel, termasuk dari kalangan ahli gabungan kerajaan Netanyahu sendiri dan ketua pembangkang.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas Trump dan Netanyahu mengumumkan kemenangan ke atas Iran dalam konflik selama 12 hari yang menyaksikan Israel mengebom republik Islam itu dan pesawat AS turut menggugurkan peluru berpandu berkuasa tinggi ke atas kemudahan nuklear Iran.

Dalam pemfailan kepada mahkamah, peguam Netanyahu, Amit Hadad, berkata keterangannya perlu ditangguhkan atas sebab "perkembangan serantau dan global."


"Mahkamah dengan hormatnya diminta membatalkan semua prosiding yang dijadualkan untuk Perdana Menteri dalam dua minggu akan datang," menurut dokumen tersebut.

Ia turut menyatakan bahawa Netanyahu "terpaksa menumpukan sepenuh masa dan tenaganya untuk menguruskan isu-isu nasional, diplomatik dan keselamatan yang amat penting" susulan konflik dengan Iran serta pertempuran yang masih berterusan di Gaza, di mana tebusan Israel masih ditahan.

Dalam kenyataan di platformnya, Truth Social, Trump berkata perbicaraan Netanyahu "harus dibatalkan segera atau diberi pengampunan kepada seorang 'wira Agung", selepas berakhirnya perang dengan Iran.

Netanyahu pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada Trump atas "sokongan yang tulus kepada saya serta sokongan luar biasa kepada Israel dan rakyat."

"Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan anda untuk menewaskan musuh bersama kita, membebaskan tebusan, dan memperluaskan lagi bulatan keamanan dengan pantas," tulis Netanyahu di platform X sambil berkongsi salinan kiriman Trump dari Truth Social.

Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid, dalam wawancara bersama laman berita Ynet berkata:

"Kami berterima kasih kepada Presiden Trump, tetapi... presiden tidak sepatutnya campur tangan dalam perbicaraan kehakiman di sebuah negara berdaulat."

Netanyahu, Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel, menafikan sebarang salah laku dalam perbicaraan yang telah beberapa kali ditangguhkan sejak ia bermula pada Mei 2020.

Dalam kes pertama, Netanyahu dan isterinya, Sara, didakwa menerima lebih daripada AS$260,000 dalam bentuk barangan mewah seperti cerut, barang kemas dan champagne daripada jutawan sebagai balasan kepada layanan politik.

Dalam dua kes lain, Netanyahu dituduh cuba merundingkan liputan media yang lebih positif di dua saluran media utama Israel.

Sepanjang penggal pemerintahannya sejak akhir 2022, kerajaan Netanyahu telah mencadangkan beberapa pembaharuan kehakiman yang luas, yang menurut pengkritik bertujuan untuk melemahkan sistem kehakiman.

Netanyahu telah beberapa kali memohon penangguhan perbicaraan, termasuk yang terbaru dengan alasan perang yang sedang berlangsung di Gaza sejak April 2023, kemudian di Lebanon dan awal bulan ini di Iran.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-6-2025 12:33 PM
Ko cium aje laa jubo netah tuu..
Quote Buritan 27-6-2025 12:34 PM
Muka atas tuu netah tuu mcm ade rupa pelakon tp tak tau nama
Quote kemaruk 27-6-2025 08:48 PM
Biasalah sis, forumer gay tetap akan sokong pemimpin gay.. sama spesis la katakan.. cuma orientasi je mungkin berbeza, mungkin top mungkin bottom

Untung sabut timbul dapat gak merasa ditoron
Quote tumpanglalu74 29-6-2025 01:13 PM
Tak sangke telus jugak siasatan rasuah Yesroel ni sampai bini Setanyahu pon kene soaljawab:

[twitter]https://twitter.com/GenXGirl1994/status/1938102177274229135[/twitter]
https://x.com/GenXGirl1994/status/1938102177274229135
Quote Queenmastani 30-6-2025 02:30 PM
Muka setanyahu ni dh mcm muka setan betol kalau perati btl..setan ke iblis ke lantaklaa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.037754 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top