CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah - Fadhlina Sidek

27-6-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2111| Komen: 16



Ipoh: Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan merasmikan satu program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah malam ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan sebuah majlis sukan.

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.

"Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.


"Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 27-6-2025 08:36 AM
Siapa perasmi tu?

Ada bagi sumbangan pacik kayo mungkin
Quote B40tastePosh 27-6-2025 10:41 AM
Tak video ke? Kata tular. Tapi takda bideo.
Quote jejarihalus 27-6-2025 10:47 AM
dah Pakistan tu tang sponser
Quote Decaffeinated 27-6-2025 10:50 AM
ada yang dengki ke?
Quote mejaputih 27-6-2025 11:16 AM
Agaknya dia sponsor majlis tu
Quote pisanggoreng 27-6-2025 12:14 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DLYyCgnh4Tk/[/ig]
[tiktok]7519469704587513096[/tiktok]
Quote Skuau 27-6-2025 03:20 PM
Edited by Skuau at 27-6-2025 03:32 PM

dedolu:
Tiada rotan...akar pun berguna.
sekarang:
Takkan Melayu hilang di dunia...ABG PAKIS pon vole la.
#LagiKarpetMauBerapa
                    
               

                              
Quote batmana 27-6-2025 04:20 PM
cikgu sekolah tu ada utang dgn abg paki ni ke?
cube report sprm skali
Quote silance 27-6-2025 05:41 PM
Mana guru besar, ketua kampung? Sapa yang sediakan text ucapan?
Quote vespa_oren 27-6-2025 07:14 PM
Katanya perasmi tu x hadir sbb x sihat jadi lakinya wakil
Quote kemaruk 27-6-2025 07:54 PM
Dah macam kat pakistan
Quote alieyrina 28-6-2025 03:54 AM
Ingatkan little mis khan atau pak dia yg rasmi tadi
Quote TeropongThaico 28-6-2025 11:52 AM
Quote Skuau 28-6-2025 10:52 PM
kemaruk replied at 27-6-2025 07:54 PM
Dah macam kat pakistan

acik forum PAKIS pun bila ada kes rogol,bunuh,ostad liwat,bapa sumbang mahram akan kata dah macam kat Malaysia.-D
Quote Dovahkiin 29-6-2025 10:00 AM
Apa salahnya kalau dia yg bagi sumbangan. Nak harap peruntukan KPM, tunggu ada kecederaan atau kematian, baru turun peruntukan. Sekolah cucu aku, sejak lepas covid ari tu (dlm 2021-2022) mohon peruntukan meja makmal komputer, x lulus2, kata xde bajet. Awal tahun ari tu, satu meja roboh hempap kaki murid. Sekolah ugut nak report sispaa, baru dapat penggantian untuk semua meja.
Quote Zeatyisaac 29-6-2025 02:39 PM
Bukan ke dulu2 ada mat rempit yang jadi model belia tu pun pernah rasmi sukan sekolah kan? Ke saya silap? Anyone can clarify?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.101768 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top