CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh orang gaji, finalis Masterchef Malaysia dipenjara 34 tahun

25-6-2025 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4136| Komen: 43

 


PETALING JAYA – Bekas finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd. Sulong bersama bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka empat tahun lalu.

Mahkamah juga turut mengenakan tertuduh, Mohammad Ambree, 44, hukuman 12 sebatan manakala Etiqah, 37, dikecualikan daripada hukuman tersebut secara mandatori atas faktor jantina mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.

Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu oleh Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh didapati bersalah membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Lim menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan.


Tambahnya, pendakwaan berjaya membuktikan secara jelas elemen-elemen penting termasuk mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dilakukan oleh tertuduh dengan niat mengikut Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan dan kedua-duanya bertindak dengan niat bersama.

Mahkamah menegaskan bahawa walaupun kedua-dua peguam bela mengemukakan rayuan secara bersungguh-sungguh, namun kekejaman yang dialami oleh mangsa tidak boleh diabaikan.

Mahkamah turut mengambil kira jenis kecederaan serta cara kekejaman yang dilakukan dalam tempoh masa yang panjang.

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disengajakan dan dilakukan oleh kedua-dua tertuduh.

Mangsa, seorang wanita muda yang datang ke Malaysia untuk bekerja, telah mengalami kecederaan parah dan didakwa didera setiap hari, termasuk tidak dibayar gaji serta dihalang daripada pulang ke negara asalnya.

Sebelum itu, kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Mohammad Ambree yang juga seorang kontraktor diwakili peguam Ram Singh dan Kimberly Yee manakala Etiqah pula diwakili peguam Datuk Seri Rakbir Singh.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan berkenaan ditahan pada 14 Disember 2021, iaitu sehari selepas mereka membuat laporan polis mendakwa menemui pembantu rumah mereka di atas lantai di kondominium mereka selepas balik daripada bercuti di Kundasang, Ranau. 

Sumber : -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-6-2025 11:30 PM
Yang mana gambar sebelum dan selepas membunuh?
Quote Purplehaz 26-6-2025 12:51 AM
Yg cabut beberapa gigi mangsa secara paksa dgn alat..mmg kejam luarbiasa, pastu rakam mangsa terseksa..menjerit..laki bini pulak tu buat kerja kutuk
Quote Zeatyisaac 26-6-2025 12:59 AM
[quote]Purplehaz: Yg cabut beberapa gigi mangsa  ...[/bquote]

Kejam. Terlalu kejam. Tak terbayang betapa tersiksanya mangsa. Allahuakbar, hati iblis sungguh.
Quote pocongkiutss 26-6-2025 01:04 AM
Finally ada thread pasal ni..gila kan..siap simpan gambar lak tu
Quote Akalditipumata 26-6-2025 08:07 AM
Mental diorg ni... Blh seksa rakam...Tu namanya giler... Xcheck ke otak diorg ni...
Quote tukul 26-6-2025 08:12 AM
Lupalah kes ni... kejadian tahun bila ni ya...
Quote borne 26-6-2025 08:20 AM
tukul replied at 26-6-2025 08:12 AM
Lupalah kes ni... kejadian tahun bila ni ya...

Zaman Covid banyak orang gila..
Quote KamikuP 26-6-2025 10:13 AM
Iblis hasut depa buat kerja ni.. celaka kan laki bini ni
Quote Nenasketum 26-6-2025 09:35 PM
Tu jer? Kenapa tak kena gantung?
Quote JahLupa 26-6-2025 10:14 PM
Setan nye perangai. Manusia dah mula hilang pertimbangan dan kewarasan akal. Menakutkan
Quote B40tastePosh 26-6-2025 10:21 PM
Acik pakai braces/aligner aja sakit gile...lagikan kena cabut gigi yang masih elok melekat.
Quote Levespa 27-6-2025 08:38 PM
Tak boleh capai dek akal kenapa zalim sangat
Quote nusaraya 27-6-2025 08:56 PM
Purplehaz replied at 26-6-2025 12:51 AM
Yg cabut beberapa gigi mangsa secara paksa dgn alat..mmg kejam luarbiasa, pastu rakam mangsa terseks ...

Bejat dan Kejim serta Bengisnya MalayDesh ...


[youtube]1shCSyUBFFY[/youtube]


Quote bottombikini 27-6-2025 09:19 PM
ok la 34 tahun

kalau kat konoha 4 tahun je dia kasi
tak ke gila
patut la ramai penjahat
Quote nafizzz 27-6-2025 10:48 PM
Pakar gigi bgtau sakit dgn cabut tanpa bius tu 10/10
gusi koyak teruk
Quote nafizzz 27-6-2025 10:51 PM
1. Laporan Polis dibuat sendiri
[size=1.1]Pasangan ini sendiri membuat laporan polis mendakwa pembantu rumah mereka ditemui pengsan selepas mereka pulang dari cuti di Kundasang.
2. Tempoh kejadian & penahanan
[size=1.1]Kejadian berlaku antara 8–11 Disember 2021, dan pasangan tertuduh ditahan pada 14 Disember tahun yang sama.
3. Kecederaan mengejutkan
[size=1.1]Mangsa mengalami lapan kecederaan tisu lembut di mulut serta trauma pada enam gigi hadapan. Dikesan terdapat bukti cubaan mencabut gigi menggunakan playar.
4. Saksi pakar forensik
[size=1.1]Dr Norhayati Jaffar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bukti paksa mencabut gigi mangsa semasa prosiding.
5. Isu ikat jamin
[size=1.1]Etiqah awalnya tidak dibenarkan ikat jamin, namun berjaya dibebaskan atas alasan kebimbangan kesihatan mental dan tanggungjawab menjaga anak kembar autistiknya.
6. Jejak MasterChef
[size=1.1]Etiqah merupakan peserta musim kedua MasterChef Malaysia pada 2012 (berusia 34 tahun waktu itu). Bekas suaminya pula bekerja sebagai kontraktor.
7. Rakaman lama tular semula
Video lama diYouTube yang memaparkan temu bual ringkas Etiqah semasa program MasterChef kembali tular setelah beliau dijatuhkan hukuman.


8. Pelbagai bentuk penderaan
[size=1.1]Mangsa tidak dibayar gaji dan dilarang pulang ke rumah keluarga sepanjang tempoh bekerja.
9. Bukti dari telefon bimbit
[size=1.1]Video dan imej penderaan mangsa dirakam melalui telefon tertuduh, dijadikan bukti penting dalam mahkamah .
10. Identiti disahkan melalui gelang
[size=1.1]Suami mangsa tidak mengenali wajah mayat mangsa kerana keadaannya yang teruk, namun berjaya mengenal pasti melalui gelang di pergelangan tangan mangsa.




Quote TeropongThaico 27-6-2025 11:48 PM
Zalimnya laki bini ni
Tengok muka nampak baik je tp hati tuhan je yg tahu
Quote brainbiru 28-6-2025 09:47 PM
Teringat Nirmala Bonat
Quote brainbiru 28-6-2025 09:49 PM
bottombikini replied at 27-6-2025 09:19 PM
ok la 34 tahun

kalau kat konoha 4 tahun je dia kasi

Mcm Heather Mack n Boipren yg bunuh mak dia n sumbat dlm lugage kat Bali tu... hukuman apa jer...

Siap boleh makan Kepci lagi dlm penjara

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.041528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top