CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu lori cuai

10-7-2013 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3757| Komen: 16

Description: SENAI – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua treler, sebuah lori sampah dan kereta di Kilometer 6 (arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan, di sini, kelmarin.
SENAI – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua treler, sebuah lori sampah dan kereta di Kilometer 6 (arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, Mangsa, Goh Koon Cheh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat wakil insurans di Kuala Lumpur bersama empat lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, kejadian berpunca apabila treler muatan bahan api melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler yang berada di hadapannya.

“Siasatan awal mendapati treler muatan bahan api yang sedang dalam perjalanan ke arah utara telah melanggar sebuah treler yang berada di depannya.

“Kejadian itu menyebabkan treler yang dilanggar melanggar sebuah lori sampah yang berada di hadapan,” katanya.

Ruslan berkata, kejadian turut menyebabkan treler muatan bahan api terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari laluan bertentangan.

“Treler yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sehingga merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang sedang dalam perjalanan ke arah Johor Bahru,” katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu Toyota Camry berusia 33 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi dilaporkan cedera parah dan dibawa ke hospital berhampiran.


2

Bagus
3

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 10-7-2013 08:06 AM
Mangsa yang memandu Toyota Camry cuba diselamatkan.
Quote bbalik 10-7-2013 08:08 AM
takziah....
Quote izamahmed 10-7-2013 08:13 AM
takziah kepada keluarga Goh Koon Cheh.
mane tau ada kat sini..
Quote DianKdeja 10-7-2013 08:17 AM
simpati sebab kesalahan orang lain..dian yg jadi mangsa
Quote izamahmed 10-7-2013 08:18 AM
DianKdeja posted on 10-7-2013 08:17 AM
simpati sebab kesalahan orang lain..dian yg jadi mangsa

banyak kes kemalangan maut disebabkan kesalahan org lain
Quote iniaroonz 10-7-2013 08:26 AM
mesti lori sampah tu bawak slow sangat...treler tak sabar..... pandainya aku wat teori sendrik ye....hahaahhaha...
Quote cocoagirl 10-7-2013 08:37 AM
X psl2 org lain yg jd mangsa. Aku risau betul kalu drive berdekatan dgn lori. Kadang2 kat selekoh lori jln bertentangn yg bawa laju akan slalu mkn jln org. Aku slalu terkena mcm ni. Terpaksa la mengelak sikit ke kiri.
Quote izamahmed 10-7-2013 08:41 AM
kdg2 pemandu lori tak peduli kereta lain
Quote cegitu 10-7-2013 08:47 AM
Pemandu lori dan bas / van kilang memang tak respect pengguna jln raya...
Quote kudajantan77 10-7-2013 08:48 AM
mesti banyak insuran apek ni ... terus kaya raya family dia ...
Quote izamahmed 10-7-2013 08:49 AM
cegitu posted on 10-7-2013 08:47 AM
Pemandu lori dan bas / van kilang memang tak respect pengguna jln raya...

kadang2 keluar simpang suka hati dia je
Quote izamahmed 10-7-2013 08:50 AM
kudajantan77 posted on 10-7-2013 08:48 AM
mesti banyak insuran apek ni ... terus kaya raya family dia ...

org kaya. insuran setengah juta kot
Quote mak_wa95 10-7-2013 08:50 AM
kecuaian pemandu............
Quote buterfly 10-7-2013 08:57 AM
cegitu posted on 10-7-2013 08:47 AM
Pemandu lori dan bas / van kilang memang tak respect pengguna jln raya...

setuju sangat...nak tukar lane ke apa ke dorang memang biadap..
kadang2 turunkan penumpang tengah2 jalan bas kilang tu sebab x nak bagi kereta belakang potong..
memang &%^$%#$
Quote kasibiman 10-7-2013 09:07 AM
Takziah kepada keluarga Goh Koon Cheh.



“Siasatan awal mendapati treler muatan bahan api yang sedang dalam perjalanan ke arah utara telah melanggar sebuah treler yang berada di depannya.

“Kejadian itu menyebabkan treler yang dilanggar melanggar sebuah lori sampah yang berada di hadapan,” katanya.

Ruslan berkata, kejadian turut menyebabkan treler muatan bahan api terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari laluan bertentangan.

“Treler yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sehingga merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang sedang dalam perjalanan ke arah Johor Bahru,” katanya.

pemahaman aku:
1. lori minyak speeding (kemungkinan)
2. lori sampah: semput, terhegeh2, sunday driving speed yg tak layak masuk hiway in the first place.


polis / jpj: pls lah get rid of slow moving vehicles melampau mcm neh. lori jaman bukit kepong tu belasah je drebar dia kat toll hiway sampai mampus dari dia masuk hiway memamposkan org lain.

Quote jazaa 10-7-2013 09:17 AM
kesiannya....
dah ajal dia di situ..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.360113 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top