CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada perancangan dengan Bella, rai dengan ibu bapa dulu - Syed Saddiq

25-6-2025 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 47639| Komen: 1125

 


PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan tiada sebarang perancangan untuk melangkah ke fasa serius bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan jenayah.

Sebaliknya, Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abd. Rahman, 32, menegaskan mahu menumpukan masa bersama keluarga terlebih dahulu.

“Buat masa ini, saya hanya mahu bawa ibu, ayah dan keluarga keluar makan. Itu keutamaan saya sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.


Ditanya sama ada Bella akan turut serta dalam makan malam keluarga itu, Saddiq hanya mengunci mulut.

Bagaimanapun, Saddiq turut menzahirkan rasa terharu terhadap sokongan daripada peminat, termasuk peminat BASS (singkatan nama Bella dan Saddiq) yang tidak henti mendoakan kejayaannya sepanjang tempoh perbicaraan.

“Terima kasih kepada penyokong kami yang setia tanpa perlu disuruh.

“Saya sangat tersentuh. Dua tiga malam lalu mereka adakan bacaan Yasin dan doa selamat untuk saya.

“Hari ini kita sama-sama menangis kerana doa kalian telah dimakbulkan,” katanya.


Terdahulu, Mahkamah Rayuan membebaskan Saddiq daripada empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan sebulat suara untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi sebelum ini.  

Sumber : -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-6-2025 01:37 PM
Pedal teruk nau gmbr ATAs sekali tu
Quote MissShopaholic 25-6-2025 01:37 PM
Quote prince_marhaen 25-6-2025 02:03 PM
HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAHAHA kemek kena friendzone ke niiiii
Quote IzzahF 25-6-2025 02:05 PM
apa pasal muka dia mcm gitu? tak sempat mekap seropa tokti ke?
Quote Glass_shoes 25-6-2025 02:08 PM
prince_marhaen replied at 25-6-2025 02:03 PM
HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAHAHA kemek kena friendzone ke niiiii

Mek masih berharap
1000000680.jpg
Quote kaseh80 25-6-2025 02:09 PM
Senduknya rupe
Quote Manusiabesa 25-6-2025 02:11 PM
HAHAHAHAHAHAHA GELAK GUNA SPEAKER MASJID
Quote newyork 25-6-2025 02:13 PM
Bagus SS utamakan keluarga yg mmg support dr awal2 lg. Minggir lu bella.
Quote SherryZass 25-6-2025 02:15 PM
Ya ampun sememeh betul sheolls dalamgambar tu. Baju kurung tahun bila, atleast pakai lah baju kurung yng engkorang jadi duta tu, elok Sikit. Pakailah tudung/shawl ke.
Quote Mimo.mimo 25-6-2025 02:16 PM
Auch, sakitnya tuh disini baca statement SS. Kalau ai sebagai BA, cam sedih sikit dengan statement SS ni. Dah kulu kilir bersama berdua, auchhhh
Quote KikiHadid 25-6-2025 02:21 PM
Bebalnya soalan wartawan dri mana yg tny BA x turut serta mkn malam diq & fmly..murahan pny soalan..pny bsr kes itu ke yg kau nk tau..nk feed rakyat malaysia dgn berita mcm tu..bertahun ko belajar itu level wartawan yg ko nk jadi
Quote Minami2013 25-6-2025 02:26 PM
Tak plan utk fasa yg serius???

Muka bella nmpk sgt pinoy nye kat sini.
Quote Piramida 25-6-2025 02:27 PM
Ooo ini muka asli?
Hehehe..
Awat x done bersiap mcm selalu ke?
Quote sukacactus 25-6-2025 02:30 PM
Terserlah rupa asli dgn camera reporter
Quote kakasotong 25-6-2025 02:34 PM
Diq ni ular junior Nabelah weyy hshshshs sangatla opportunist orangnya. Kalau kena dump ke kena frenzone nanti meols xterkejut langsung & chuols pun harap x patah hati teruk sebab benda ni dah dijangka dr awal

IMO, meols masih berpendapat yg Nabelah bukan type Diq. Diq punya taste tetaplah geng2 elitis socialites jurrrr   
Quote cantthinkofany 25-6-2025 03:15 PM
ni ke gamaknya muka tak filter eh?
Quote boudinniA 25-6-2025 03:22 PM
Hilang terus muka dato siti, selena gomez.
Sibuknya sheols nak melekat dengan sadiq dan famili sadiq.
Quote MadameOnion 25-6-2025 03:22 PM
ada satu video tu mak ss buat tak nampak je dia nak peluk...mcm sedih ke muka dia
Quote adelea 25-6-2025 03:41 PM
sapa sapa pon pompuan..
jgn la tunjuk macam kita bahagia di usung sana sini...
selagi laki tu xde perancangan ... sekadarnya ajelahhh ...

aku yakin sadiq akan kawen pompuan bujang yg sekufu dgn dia dari kalangan saripahh

Lihat semua komen(1125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.444931 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top