CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkena herpes, jangan cepat salahkan suami – Doktor

22-6-2025 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5132| Komen: 55

 


PETALING JAYA – Tindakan seorang pempengaruh wanita yang didakwa berkongsi ‘hal dalam kain’ rumah tangganya berkaitan jangkitan herpes bukan sahaja dikecam orang ramai, bahkan turut ‘disekolahkan’ oleh pengamal perubatan.

Menerusi hantaran Facebook pengamal perubatan, Dr. Ahmad Samhan, beliau menerangkan punca jangkitan tersebut yang mana ia tidak hanya disebabkan oleh pasangan lelaki semata-mata.

“Bunyi pelik, tapi jangan cepat salahkan pasangan. Jangkitan ni boleh datang daripada banyak punca.

“Bila bibir naik gelembung kecil, pedih, rasa panas ramai fikir itu ulser. Tapi kalau berulang, ada kemungkinan ia herpes mulut (HSV-1).

“Ada yang datang mengadu, ‘lepas saya buat oral sex, bibir saya terus melepuh, suami saya punya bau pelik’. Ya, seks oral boleh jadi punca jangkitan, tapi penting untuk kita faham, herpes bukan semata-mata datang daripada lelaki,” katanya, hari ini.


Beliau berkata, virus tersebut sangat mudah berjangkit dan ramai orang tidak sedar bahawa mereka telah membawa virus itu sejak kecil.

“Kadang-kadang ia dijangkiti masa kecil daripada ciuman ahli keluarga, berkongsi sudu, atau tuala.

“Virus tu ‘tidur’ dalam badan dan boleh aktif balik bila sistem imun lemah, contoh stres, demam, haid,” ujarnya.

Katanya, virus itu boleh merebak melalui ciuman walaupun tiada luka dilihat, selain melakukan seks oral dengan pasangan dijangkiti.

“Seterusnya, menggunakan barang peribadi orang lain atau berkongsi barang (lip balm, sudu, straw). Sentuhan tangan daripada kawasan dijangkiti ke mulut sendiri.

“Tanda-tanda herpes mulut ialah gelembung kecil di bibir, rasa gatal, panas, pedih serta demam ringan, tak larat,” ujarnya.

Beliau menasihatkan kepada mereka yang mengalami gejala tersebut tidak mengambil ringan apabila bibir mereka mula melepuh atau berasa pedih.

“Herpes mulut mudah berjangkit, kadang-kadang tanpa disedari. Jaga kebersihan, elak berkongsi barang peribadi dan sentiasa peka dengan perubahan tubuh. Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal kemudian,” katanya.

Terdahulu, seorang pempengaruh yang juga usahawan mendedahkan, dia dijangkiti herpes menerusi video yang dimuat naik sewaktu berjumpa doktor.

Wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu dikatakan mengaitkan jangkitan herpes tersebut dengan suaminya.

Perbuatan itu sekali gus mengundang kritikan dan kecaman orang ramai apabila ia disifatkan membuka aib pasangannya dan hal rumah tangga.  
  
Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 22-6-2025 09:51 PM
nak bagitau dia buat oral sex ke apa
Quote dani-rox 22-6-2025 10:44 PM
minah ni yg kata telur laki dia masam tu kan
Quote doubleA 22-6-2025 10:56 PM
What to expect dengan perempuan kurang cerdik ni, membaca jambatan ilmu. Kalau malas nak cari sendiri ilmu follow je public health tu. Dah sendiri mengaku penyakit jangan salahkan ain pulak kalau bisnes makanan ko merudum
Quote Zeelalala 22-6-2025 11:06 PM
Bodoh melampau2
Quote kemaruk 22-6-2025 11:09 PM
Dulu2 orang bodoh takde medium untuk menyebarkan kebodohan dalam fikiran dorang

Contohnya "eh nape kerajaan tak hapuskan je tol ni ye?nape nak kena kutip" dulu2 soalan camni dorang simpan dalam hati je.. sejak ada fesbuk masing3 tunjuk pandai buat status "sebenarnya najib boleh je hapuskan tol, tapi najib yang zalim saje je suka tengok rakyat sengsara beratur bayar tol"
Quote PULANGKAN 22-6-2025 11:11 PM
Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Tentang Pintu Rumah
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim A.S. datang melawat anaknya, Nabi Ismail A.S., yang tinggal bersama isterinya di kawasan Makkah. Namun, ketika Nabi Ibrahim sampai, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail yang menyambut kedatangan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim bertanya kepada isteri Nabi Ismail:

"Bagaimana keadaan hidup kamu sekeluarga?"

Isteri Nabi Ismail mengeluh dan berkata:

"Kehidupan kami sangat susah, makanan kurang, dan kami hidup dalam kesempitan."

Isteri itu juga menunjukkan sikap yang tidak sopan dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah.

Mendengar itu, Nabi Ibrahim tidak berkata apa-apa, tetapi sebelum pulang, beliau meninggalkan pesanan kepada isteri Nabi Ismail:

“Sampaikan salamku kepada Ismail, dan katakan kepadanya supaya menukar daun pintu rumahnya.”

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan bahawa ada seorang lelaki tua datang dan menyampaikan pesan seperti itu.

Nabi Ismail segera memahami maksudnya. Dia berkata:

"Itulah ayahku. Dia menyuruh aku menceraikan kamu. Pulanglah ke rumah asalmu."

Isterinya diceraikan, dan tidak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin dengan isteri baru.

Beberapa waktu kemudian, Nabi Ibrahim datang sekali lagi. Sekali lagi, Nabi Ismail tiada di rumah. Kali ini, isteri baru Nabi Ismail menyambut ayahnya. Ketika ditanya, isteri itu menjawab dengan penuh kesyukuran:

"Alhamdulillah, kehidupan kami baik, rezeki mencukupi dan kami bersyukur kepada Allah."

Nabi Ibrahim pun merasa gembira dan berkata:

"Sampaikan salamku kepada Ismail, dan katakan kepadanya supaya mengekalkan daun pintu rumahnya."

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan apa yang berlaku. Nabi Ismail berkata:

"Itulah ayahku, dan dia menyuruhku mengekalkan kamu sebagai isteriku."

Pengajaran daripada kisah ini:
  • Pintu rumah adalah simbol isteri dalam kisah ini.
  • Seorang isteri harus bersifat bersyukur, sabar dan hormat terhadap suami dan keluarganya.
  • Kebijaksanaan Nabi Ibrahim dalam menyampaikan nasihat secara halus.
  • Peranan seorang ayah dalam memastikan kebahagiaan dan keberkatan dalam rumah tangga anaknya.


Quote B40tastePosh 22-6-2025 11:27 PM
dani-rox replied at 22-6-2025 10:44 PM
minah ni yg kata telur laki dia masam tu kan

Laki dia tersipu sipu malu tak?
Quote PULANGKAN 22-6-2025 11:27 PM
kalau ni content murahan, buat perkara tak relevan untuk kekal relevan, memang takde maruah sungguh semuanya..
Quote ninja boy 22-6-2025 11:36 PM
Para suami kenapa hulur konek x takut ka konek  kena gigit sampai putus
Quote dani-rox 22-6-2025 11:56 PM
B40tastePosh replied at 22-6-2025 11:27 PM
Laki dia tersipu sipu malu tak?

Ai tengok seimbas pandang jah bideo tu, kalo tak silap laki dia senyum kambing jer
Quote renko 22-6-2025 11:59 PM
Laki lembu dia mana berani bantah pape
Kang honda type r kena tarik lak
Diri sendiri pun harap income bini
Cmtu la jadinya
Quote BlackpingU 23-6-2025 01:36 AM
Jijik ahh dah lah jual makanan
Quote B40tastePosh 23-6-2025 01:43 AM
dani-rox replied at 22-6-2025 11:56 PM
Ai tengok seimbas pandang jah bideo tu, kalo tak silap laki dia senyum kambing jer

Tak cuci dulu ke sebelum masukkan dalam mulut?

Pengotor betul....
Quote Minami2013 23-6-2025 02:23 AM
Ada terbaca sorang perempuan ni jangkit herpes sbb guna lipstik kat drug store. Tak ingat pulak nama influencer tu.

Geli pulak dgn minah ni.. org skrg dah tak de malu
Quote MissYouSayang 23-6-2025 04:17 AM
Laki sheols x kena plak herpes sbb poky nya masam
Quote MissVixen 23-6-2025 04:22 AM
Dia ni jual makanan apa? Sape yang bangang beli makanan dari orang yang perangai & berpenyakit macam ni? Herpes tu sangat senang berjangkit.
Quote elnor_81 23-6-2025 05:57 AM
Xpaham ad lg yg backup betina ni. Mujur x teringin mkn dessert dia sbb aku x suka bli mknn dgn org² bangsat cmni. Ckp terjerit²..x hormat org.mcm diri tu btul 100%. Ustaz tegur pun, lawan smula..hhmm...
Quote ujio 23-6-2025 07:02 AM
Siapa pempengaruh ni.?
Quote sukacactus 23-6-2025 07:22 AM
Kalau dah makna affordable pun dia kata = mahal, mmg bodoh melantun2 le
What do you expect

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074986 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top