SEORANG pelakon wanita popular dipercayai culas dalam membuat pambayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja di syarikatnya. Enggan terus berdiam diri, seorang bekas pekerja yang pernah berkhidmat di sebuah syarikat tudung dipercayai milik artis wanita terbabit mendedahkan dia tidak menerima bayaran KWSP sejak setahun lalu. Individu yang mahu dikenali sebagai Yati berkata, syarikat berkenaan hanya menabur janji palsu kepada dia dan rakan-rakan lain kerana tiada bayaran yang dicarum atas peranan mereka sebagai pekerja. Justeru, dia terpaksa mendedahkan perkara itu sebagai jalan terakhir untuk menuntut keadilan. "Perkara ini berlaku dari tahun lepas. Apabila dalam mesyuarat mereka hanya beri janji-janji manis.
"Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu. Tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan," katanya ketika dihubungi mStar. Dakwa Yati, walaupun dia sudah diberhentikan namun dia tetap menuntut jawapan mengenai status bayaran KWSP daripada syarikat berkenaan. Namun setiap kali pertanyaan diajukan, syarikat tersebut dikatakan menyarankan untuk membuat laporan di Ibu Pejabat KWSP di Kwasa Damansara, Selangor. Malah selepas dua kali aduan dibuat, dia bersama beberapa lagi rakan mendakwa hanya menerima surat laporan terima aduan daripada KWSP berbanding bekas perkerja lain yang sudah mendapat kembali tunggakan KWSP. Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu, tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan, YATI BEKAS PEKERJA "Saya ada bertanya kepada kakitangan sumber manusia syarikat itu mengenai status caruman KWSP kami, tapi mereka hanya beritahu supaya buat laporan di KWSP, Kwasa Damansara. "Rakan-rakan saya yang membuat laporan di beberapa cawangan KWSP lain sudah dapat jawapan tapi saya dan beberapa lagi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kwasa Damasara masih belum terima apa-apa. "Namun selepas dua kali laporan dibuat barulah kami menerima surat aduan daripada pihak KWSP. Mereka juga hanya maklumkan aduan kami ambil masa lama kerana sudah 12 bulan tidak dibayar," katanya lagi. Lebih malang lagi, Yati berkata mereka juga diberhentikan sejak April lalu atas alasan syarikat berkenaan mendakwa sudah menanggung hutang yang banyak. "Saya salah seorang yang diberhentikan dengan alasan syarikat sudah tiada duit dan banyak hutang. Mereka tidak mampu nak bayar kami. "Mereka juga sudah buat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang memaklumkan mereka layak untuk memberhentikan perkerja," ujarnya. SUMBER: mStar |
kekekek replied at 19-6-2025 10:35 PM
Cantik tak pelakon tu?
kekekek replied at 19-6-2025 10:35 PM
Cantik tak pelakon tu?
habisnamadahni replied at 20-6-2025 12:08 AM
aaiigooo malang bertimpa² ...adakah ini kifarah atau saja nk create isu sbb AOFA tgh trending skang ...
ADVERTISEMENT