CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami isteri kena kerap berbual sebelum tidur, boleh bantu erat hubungan... Lebih afdal buat dalam gelap

17-6-2025 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5955| Komen: 9

 


TERDAPAT banyak cara yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Menurut doktor dan pempengaruh media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang, salah satu caranya adalah dengan bercakap di dalam gelap.

"Mungkin ramai yang tak pernah fikir kenapa suami isteri perlu berbual dalam gelap?

"Tapi sebenarnya, ada beberapa sebab penting kenapa ia boleh menjadi momen yang sangat berharga dalam hubungan kita," ciapnya di laman X.

1. Menghilangkan gangguan

Dalam kehidupan yang penuh dengan tekanan, gelap memberi ketenangan yang kita perlukan. Tiada gangguan daripada telefon atau televisyen.

Hanya pasangan yang dapat memberi fokus penuh kepada satu sama lain, berbicara dengan lebih terbuka dan jujur.

2. Keintiman tanpa penampilan

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada penampilan luar. Tapi dalam gelap, kita tidak melihat wajah atau ekspresi.


Kita hanya mendengar dan merasakan. Ini memberikan peluang untuk berbicara lebih ikhlas tentang perasaan dan tanpa rasa malu.

3. Cipta suasana menenangkan 

Keadaan gelap atau kurang cahaya boleh memberikan rasa tenang. Ia membantu kita untuk lebih relaks dan lebih mudah berbicara tentang perkara yang mungkin sukar diungkapkan dalam keadaan terang.

Ini juga mengurangkan kecanggungan.

4. Mendekatkan hati sebelum tidur

Keintiman bukan hanya sekadar hubungan fizikal, tetapi emosi yang kita kongsi.

Bercakap dalam gelap sebelum tidur memberi peluang untuk kita membuka hati, saling memahami lebih dalam dan tidur dengan perasaan yang lebih tenang.

Dalam hantaran sama, Dr Samhan berpesan agar pasangan suami isteri tidak menunggu untuk mendapatkan mood terbaik sebelum berbicara.

"Kadang kala, kita menunggu 'mood yang baik' sebelum berbicara. Namun, realitinya, berbicara itu sendiri boleh mencipta mood baik," ujarnya.

Dr Samhan turut berpesan agar aktiviti itu dijadikan sebagai rutin setiap malam untuk suami isteri.


Sumber :– mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 17-6-2025 05:09 PM
Quote Fiimochie 17-6-2025 10:59 PM
Sweet apee ada pillowtalk before tidoo
Quote namemysoul 18-6-2025 12:18 AM
Tgh rancak bersembang rupa2nya org sebelah dah tido....
Quote ninja boy 18-6-2025 01:46 AM
Takkan talk2 je kena sekali raba tetek pusi bini
Quote Supersirap 18-6-2025 08:15 AM
Pentingnya komunikasi antara suami dan isteri
Quote KamikuP 18-6-2025 08:25 AM
Sedo tak sedo dua2 dah bolen tunggu masa nak berjimak.. ekekeke
Quote AkokKocik 18-6-2025 10:22 AM
Kan haritu ada benang pasal si somi istri deeptalk sblum tidur, baru tau rupanya si somi masih blum move on dr exgf...
Quote Zeelalala 21-6-2025 05:57 AM
Dekah aku gelak baca komen lawak bodo
Quote Makchikooi 13-7-2025 01:20 PM
Habeh topik nak sembang tengah malam setelah seharian bersembang membebel????????

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.115518 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top