CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Ema, anak-anak ikhlas maafkan arwah Sheqal

17-6-2025 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2280| Komen: 11

 


Pelakon Raja Ema sudah memaafkan bekas suaminya, Allahyarham Sheqal yang menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.

Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 56, berkata, dia bersama dua anaknya iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah turut mengikhlaskan setiap perkara yang berlaku diantara mereka.

"Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.

"Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan para solohin," katanya.

Raja Ema berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada petang Selasa.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapat kenyataan lanjut daripada Raja Ema tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Sebelum ini, Raja Ema memaklumkan dia tidak pernah menghalang anak-anaknya melawat Allahyarham Sheqal yang menerima rawatan di Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban sejak 4 Jun lalu.


Katanya dia juga sudah berbincang dengan adik lelakinya untuk menghantar anak-anak sekiranya mendapat panggilan daripada keluarga bekas suaminya itu.

 

Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, meninggal dunia dalam tidur di hospital pada pukul 12.31 tengah hari Selasa. 

Pemergiannya disahkan isteri, Normah Mohd Yusoff, 58.

Sheqal dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun dan ditidurkan pada 6 Jun lalu.

Untuk rekod, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Pasangan ini bercerai pada 1999.

Sumber :– mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fiimochie 17-6-2025 11:40 PM
Takguna jugak bermusuh lama2. Org pun dh meninggal. Bermaafan blh buat hati tenang
Quote Fiimochie 17-6-2025 11:41 PM
Semoga dipermudahkan urusan  raja ema dn anak2
Quote watachiwa 18-6-2025 07:53 AM
Anak sulong dia pon sakit kan.
Quote KamikuP 18-6-2025 09:19 AM
Lawak pulak tengok gambo anak no 2 tu
Quote mekfazura 18-6-2025 09:22 AM
SEMPAT KE SHEQAL MAAFKAN RAJA EMA?
Quote AkokKocik 18-6-2025 10:26 AM
Apa salah arwah sheqal dgn diorg??xbri nafkah kpd anak2 ke lepas cerai??
Quote yum3 18-6-2025 10:28 AM
mekfazura replied at 18-6-2025 09:22 AM
SEMPAT KE SHEQAL MAAFKAN RAJA EMA?

tertanya2 apa RE buat sampai ex suami dia nk maafkan? cer cter
Quote black_handbag 18-6-2025 11:08 AM
Kalau bercerai ni biasanya kes bekas laki culas nafkah anak la. Dan mgkn ada masalah masa mereka suami isteri yg tak didedahkan. Gitew
Quote Thunderclouds 18-6-2025 08:08 PM
mekfazura replied at 18-6-2025 09:22 AM
SEMPAT KE SHEQAL MAAFKAN RAJA EMA?

Maknosia yg baik & selalu igt pd kematian tiap kali nk tdo selain dia mengucap syahadah, dia maafkn suma org. Tido pn tenang, hati lapang.
Quote sharlenetexas 18-6-2025 08:41 PM
mekfazura replied at 18-6-2025 09:22 AM
SEMPAT KE SHEQAL MAAFKAN RAJA EMA?

Sempat ke yusni jaafar maafkan sheqal?

Quote sharlenetexas 18-6-2025 08:42 PM
Sayang kekma takde anak perempuan. Kalau tak, tentu jadi mini raja ema, mini yusni. Manja2 macam kekma.


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.033502 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top