Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon dan model jelita, Nasha Aziz. Baru-baru ini tular perkongsian seorang individu mengenai Nasha. Menerusi hantaran di Threads, individu itu memuat naik sesi siaran langsung memaparkan Nasha Aziz sedang membersihkan kawasan kubur. Ketika sesi live itu, Nasha turut menjawab persoalan netizen mengenai rezeki diberikan Allah dan dia akan gunakan untuk kembali berbakti. “Allah bagi I rezeki cantik lawa untuk apa I guna kan? Untuk berbakti InshaAllah,” katanya. Dalam pada itu, Nasha berkata dia membersihkan kawasan perkuburan kerana banyak sampah seperti botol air serta bunga yang dibuang merata.
“Beli bunga mereka campak je. Mereka bawa botol air untuk siram arwah, mereka campak je. Taman perkuburan ini jadi seperti tempat pembuangan sampah,” katanya. Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan pelakon itu serta mendoakan agar apa yang dilakukan oleh Nasha itu dibalas dengan kebaikan. Malah, ada yang meninggalkan komen pernah terserempak dengan Nasha ketika berada di surau dan memuji kecantikan pelakon itu. SUMBER: Beautifulnara |
makcun14 replied at 14-6-2025 08:30 PM
bukan ke hidung sheols natural memang dah cantik. Teringat pegi tengok filem bara kat panggung wayan ...
asfaz replied at 15-6-2025 02:16 AM
Drama apa dia berlakon dlu? Ada hans. Kutub utara kutub selatan kan? Suka tgk drama tu.
asfaz replied at 15-6-2025 02:16 AM
Drama apa dia berlakon dlu? Ada hans. Kutub utara kutub selatan kan? Suka tgk drama tu.
ADVERTISEMENT