Baru-baru ini, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad ada memuat naik video memaparkan rumah keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan. Menerusi video di TikTok itu, Nabil meluahkan rasa rindu serta mengimbau kembali kenangan ketika dia membesar di rumah berkenaan. Katanya lagi pada waktu malam, rumah tersebut sangat sejuk. “Masya-Allah, rindu rumah ni. Rumah ini malam sangat sejuk. Ini bilik bujang saya, dulu warna biru, sekarang warna kuning. “Barang-barang dah bertambah dan ada yang milik saya dan bukan milik saya. Banyak betul kenangan di sini,” katanya. Dalam pada itu, Nabil yang dilihat seolah sebak berkata jika ada rezeki dia mahu menjadikan rumah tersebut sebagai madrasah.
“Insya-Allah, nanti ada rezeiki satu hari, nak jadikan rumah ini madrasah. Dapat pahala untuk mak, ayah dan adik-beradik mak,” katanya. Sumber - Rotikaya |
slyfynx replied at 11-6-2025 11:06 PM
Halah halah halah.
Aku dgn mamat ni malas dah nk percaya tunggangan die
ADVERTISEMENT