Pelakon Zoey Rahman turut berkongsi khabar duka apabila sepupunya, Allahyarham Fakhrul Arif Rosl antara mangsa yang maut dalam kemalangan bas membawa pelajar UPSI awal pagi semalam. Memetik BH Online, Zoey berkata dia menerima khabar berita tersebut “Khabar duka saya terima subuh tadi dalam group WhatsApp keluarga. Pada awalnya kami tidak tahu situasi arwah sama ada selamat atau tidak. Apa yang kami dimaklumkan hanya 15 pelajar meninggal dunia. Tapi, selepas beberapa minit baru dapat berita mengesahkan arwah meninggal di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, Zoey menyifatkan arwah sepupunya itu seorang yang sangat pendiam dan baik, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Aidilfitri lalu. Kata Zoey lagi, ibu saudaranya ada memberitahu arwah mahu melanjurkan pengajian ke luar negara namun rupanya dijemput ke negeri abadi. “Kali terakhir saya jumpa arwah pada Aidilfitri lalu. Aidiladha tahun ini saya tak pulang ke kampung. Arwah seorang yang baik, pendiam dan bijak orangnya. “Mak arwah ada beritahu yang anaknya itu mahu pergi ke luar negara untuk sambung pengajian, tetapi rupa-rupanya ke negeri abadi,” katanya. SUMBER: BH Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT