Meski berstatus jutawan, pempengaruh dan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dihujani pujian apabila memilih untuk bermalam di rumah bekas pembantu rumahnya di Surabaya, Indonesia baru-baru ini. Aliff, 38, menerusi beberapa perkongsian media sosial membawa lima anaknya dan isteri, Datin Seri Shahida melawat bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Bik Tudung yang pernah bekerja dengannya selama 13 tahun. Katanya, bermalam di rumah Bik Tudung bukan satu masalah besar kerana pernah melalui kehidupan yang susah sebelum ini. “Saya tidur di rumah baru dibina oleh Bik Tudung, bukannya rumah lama. Sebenarnya, saya juga dilahirkan dalam keluarga yang susah, asal daripada Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. “Sekarang mungkin kehidupan saya senang tetapi asal usul saya hanyalah orang kampung,” katanya dalam sebuah video. Tambahnya, dia juga tidak pernah mengajar anak-anaknya dengan kemewahan yang dimiliki bahkan menerapkan supaya sentiasa bersederhana dalam semua perkara dilakukan.
“Jadi, saya memang ajar anak saya jadi orang biasa. Saya tiada nak menunjuk tempat tinggal dan pakaian. Mereka pakai apa yang selesa. “Semoga video saya memberi inspirasi kepada orang lain. Walaupun berstatus ibu tunggal atau orang susah, paling penting perlu rajin serta usaha,” katanya lagi. Paling mencuri perhatian apabila anak-anaknya juga tidak kisah bermalam dengan hanya beralaskan tilam dan ‘toto’ di rumah Bik Tudung. Perkongsian tersebut seterusnya mengundang ribuan pujian daripada netizen termasuk menyifatkan Aliff sebagai jutawan yang sentiasa merendah diri. “Orang kaya berjiwa biasa. Memang dia kaya tapi okey sahaja dengan kehidupan orang biasa. “Bukan sahaja Aliff dan isteri, anak-anak dia juga jenis tak kisah. Tidur bergelimpangan di rumah pembantu rumah, bagus betul. “Dia mampu nak bermalam di hotel tapi dia tidur di rumah pembantu rumah. Tabik!” puji netizen. Sumber – KOSMO! ONLINE |
L.U.S.M replied at 9-6-2025 02:00 PM
Alaaaa pergi indon pun sbb family ko still berantakkan...raya la kt rumah bibik sbb mak sendiri tgh ...
rumahbiru replied at 9-6-2025 02:42 PM
anak mana 1 pulak dok kelar tangan
L.U.S.M replied at 9-6-2025 04:09 PM
Amani..plg bongsu
rumahbiru replied at 9-6-2025 04:10 PM
hidup lagi ke dah pindah alam?
dugaan ye.
L.U.S.M replied at 9-6-2025 04:44 PM
Masuk ward...claim nk buat smoothie terkelar nadi smpi putus urat
prince_marhaen replied at 9-6-2025 05:09 PM
Tengok live akak dia Yatie tu, dengan pernah baca blog Bonda Pepek tu, memang dia ngan yatie hidup s ...
prince_marhaen replied at 9-6-2025 05:09 PM
Tengok live akak dia Yatie tu, dengan pernah baca blog Bonda Pepek tu, memang dia ngan yatie hidup s ...
bellaamsar replied at 9-6-2025 10:24 PM
Yatie tu bgtau dalam live jugak kalau x silap nekta memang x bagi harta kat anak2. Pandai2 la cari ...
shida81 replied at 9-6-2025 10:32 PM
Kannn... Alip pernah cite mase dia keje ngn mak dia.. Dia jd kerani je kot.. Dia nk ke depan cth b ...
prince_marhaen replied at 9-6-2025 05:09 PM
Tengok live akak dia Yatie tu, dengan pernah baca blog Bonda Pepek tu, memang dia ngan yatie hidup s ...
prince_marhaen replied at 9-6-2025 05:09 PM
Tengok live akak dia Yatie tu, dengan pernah baca blog Bonda Pepek tu, memang dia ngan yatie hidup s ...
Nurkaseh01 replied at 9-6-2025 05:19 PM
Oohh sendayu tinggi tu tak dapat kat kak yatie ke?
prince_marhaen replied at 10-6-2025 08:36 AM
Tak, dia kata dia pekerja je, and skrg dah resign nak focus company sendiri (hijab.co/skin.co)
Mas ...
prince_marhaen replied at 10-6-2025 08:36 AM
Tak, dia kata dia pekerja je, and skrg dah resign nak focus company sendiri (hijab.co/skin.co)
Mas ...
ADVERTISEMENT