CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak perlu persetujuan isteri, saya sendiri tahu batasan’ - MK K-Clique

9-6-2025 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1881| Komen: 18

 

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique sentiasa meletakkan had dan batasan dalam melakukan sebarang babak dengan pelakon wanita di set penggambaran.

Menurut MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, perkara tersebut tidak dilakukan atas suruhan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin sebaliknya atas kesedaran diri sendiri.

“Tak perlu ada persetujuan bersama isteri pun untuk saya melakukan sebarang adegan kerana semua itu adalah kesedaran sendiri.

“Pelakon lain juga sedar tentang had ketika berlakon, lebih-lebih lagi kita di Malaysia ini memang ada batasan dalam semua hal.

“Jadi, saya fikir tidak perlu persetujuan orang lain sebab itu memang atas kesedaran sendiri yang perlu dijaga,” katanya ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama Aku Bukan Ustazah 2 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya tentang respons isteri untuk setiap drama lakonannya, MK berkata, Siti Hajaar berperanan sebagai pengkritik namun berpada-pada.

“Dia hanya menonton babak yang ada saya sahaja. Dia jarang beri komen mengenai lakonan tetapi kalau ada perkara yang kurang, dia akan beritahu.

“Dia tidak beri komen negatif untuk lakonan, maksudnya mungkin semuanya okey sahaja” ujarnya.

Berkongsi tentang drama Aku Bukan Ustazah 2, MK yang melakonkan watak Adam berkata, musim kedua memerlukan dia bermain dengan banyak emosi.

“Kali ini emosinya lebih berat berbanding yang pertama ditambah pula watak saya mati lebih awal.

“Ramai mengakui rasa kecewa dan bertanya mengapa watak saya mati terlalu awal. Respons sebegitu yang kami mahu iaitu cerita diluar jangkaan penonton,” jelasnya.

Drama Aku Bukan Ustazah 2 kini hangat ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 9 malam.

Naskhah arahan Idora Abdul Rahman itu turut dibarisi Erysha Emyra, Nabil Aqil, Zahiril Adzim dan Shaza Bae. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 10-6-2025 02:28 PM
X perlu risau kot. Kalau dlm drama aku bkn ustazah tu, erysha tu anak nonis. Nonis kan kawan dgn bapa mentua mk. Kira erysha ni adik tiri wife mk. Cuma bapa mentua mk dah meninggal tahun lepas rasanya
Quote one_aiman 10-6-2025 07:26 PM
mulia hati bini dia izinkan laki berlakon ngan adik tiri dia, anak kepada bini no2 bapaknya yg feeling2 satu2nya bini..kalau aku, orang dah buat mak aku sedih, dgn anak2nya sekali aku x suka/berdendam
Quote Manusiabesa 10-6-2025 07:38 PM
Klu cmni pny prngai lg 2 thun masing2 pkai spek itam  atur langkah mahkamah syariah lah. Wife voice xlaku kekdahnya..baik hg kawen dgn diri hg sndiri ja bodo
Quote cikenit2007 10-6-2025 07:41 PM
Tak best pun si MK ni berlakon
Quote AmandaRollins 10-6-2025 08:02 PM
Tembun nya bini dia skrg…ingatkan tin minyak aka almy nadia td …huhu
Quote pichee 10-6-2025 11:40 PM
MK dh chubby.. x lawa dlm drama ABU2... dah la kayu.. heroin pn sama.. sian zahiril kne berlakon dgn dorg ni..

drama ank beranak ke
Quote Kuin-Kepam 11-6-2025 10:44 PM
AmandaRollins replied at 10-6-2025 10:02 PM
Tembun nya bini dia skrg…ingatkan tin minyak aka almy nadia td …huhu


Quote Reira77 15-6-2025 11:34 AM
Masalahnya kau berlakon pun tak best mana
Quote cmf_premierleag 15-6-2025 12:21 PM
Reira77 replied at 15-6-2025 11:34 AM
Masalahnya kau berlakon pun tak best mana

Khueen..dgn heroin drama aku bukan setazah tu pun mcm babi jah berlakon..x abih2 menjerit smpi kan mcm nk bagi dialog biasa2 pun nak jerit2 meroyan
Mmg bodoh sgt drama aku bukan ustazah tu
Quote alana94 15-6-2025 10:40 PM
AmandaRollins replied at 10-6-2025 08:02 PM
Tembun nya bini dia skrg…ingatkan tin minyak aka almy nadia td …huhu

tu la ingat almy nadia tdi haha
Quote Skyline_84 15-6-2025 11:36 PM
cikenit2007 replied at 10-6-2025 07:41 PM
Tak best pun si MK ni berlakon

Suara mcm tk lepas nk kluar. Tk reti nk explain mcmna
Quote lekleklu 16-6-2025 01:33 AM
Skyline_84 replied at 15-6-2025 11:36 PM
Suara mcm tk lepas nk kluar. Tk reti nk explain mcmna

betul sangat… dari dulu berlakon suka mumble je. mulut tak bukak habis..
Quote teen_angelJB 16-6-2025 06:13 AM
Mk demok
Body shaming is done.. Haha
Quote izat123 16-6-2025 07:44 AM
MK pun dah gemuk dah. Lepas kahwin tak jaga badan muka dah nak sama dengan Adam AF dah haha
Quote jihyomelly 16-6-2025 07:50 AM
cmf_premierleag replied at 15-6-2025 12:21 PM
Khueen..dgn heroin drama aku bukan setazah tu pun mcm babi jah berlakon..x abih2 menjerit smpi kan ...

iols tgk 1st episode pastu mcm hmmmm yg setazah menjerit2 mcm nak terkeluar anak tekak…mk jgn cakap la memang geram sungguh tak reti bukak mulut
Quote BungaKencana 16-6-2025 10:19 AM
sape yg ckp dia ensem ek...
Quote tupaiterbang 16-6-2025 11:48 AM

Kau berlakon bukan best pun
Quote cmf_premierleag 16-6-2025 12:07 PM
jihyomelly replied at 16-6-2025 07:50 AM
iols tgk 1st episode pastu mcm hmmmm yg setazah menjerit2 mcm nak terkeluar anak tekak…mk jgn cak ...

Khueen..ntah celah mana la penerbit kutip 2 ekor ni jd lead hero n heroin
Dah la dedua belakon kayu nak mampos
Cakap pun terjerit2 konon2 menghayati watak laki mati..bodoh punya heroin...kwn dia ajak makan pun, dijerit2 nya kawan tu
Eh babi kan..kalo aku jd kwn dia, aku simbah asid terus kat dia....x bleh ke ckp biasa2 je kan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.043418 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top