CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah ke-9 meninggal dunia akibat serangan jantung

9-6-2025 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1292| Komen: 29

 


MEKAH – Seorang jemaah lelaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital King Abdullah, di sini semalam berpunca serangan jantung.

Allahyarham Abd. Malek Sudin, 62, menjadi jemaah haji ke-10 yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M kali ini.

Ini merupakan kematian kesembilan berpunca daripada serangan jantung, manakala satu lagi kes disebabkan jangkitan kuman serta kegagalan organ.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, TH dan Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah terhadap keluarga Allahyarham.

“Beliau yang menginap di Maktab 90A Bangunan Rehab Al Janadriyah telah kembali ke rahmatullah di Hospital King Abdullah disebabkan serangan jantung.

“Jadi ini merupakan kematian yang ke-10 membabitkan jemaah Malaysia. Isteri beliau yang berada di Tanah Suci serta waris di tanah air telah dimaklumkan,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.


Dalam pada itu, kata beliau, TH akan menguruskan dan segala perkara yang perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan jenazah Almarhum.

“Sama-sama kita doakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan para syuhada, anbia dan solehin.

“Almarhum ini juga sudah selesai menjalani ibadah wukuf di Arafah pada Khamis lalu,” tambahnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 10-6-2025 10:23 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote dua_chzy 10-6-2025 10:28 AM
Buat haji ni, badan kena fit. Sihat. Yang ada penyakit 3 serangkai, sebolehnya elakkan la. Meols berpendapat kerajaan kena usaha bagi keutamaan kat golongan umo 30-50an untuk pi haji. Bukan takat berjalan 10,000 langkah ja sehari kan kalau pi haji, lebih dari tu?
Quote Decaffeinated 10-6-2025 10:37 AM
Kalau mati di mekah ni ada kelebihan katanya. If so, we should be happy for him kan?
Quote Decaffeinated 10-6-2025 10:40 AM
dua_chzy replied at 10-6-2025 10:28 AM
Buat haji ni, badan kena fit. Sihat. Yang ada penyakit 3 serangkai, sebolehnya elakkan la. Meols ber ...

Setuju utama kan yang dah 50'an kasi jump queue. Jangan suruh tunggu sampai 60-70 baru nak bagi. Bukan sebab takut serangan jantung tapi at that age kudrat pun dah tinggal sisa.
Quote dua_chzy 10-6-2025 10:42 AM
Decaffeinated replied at 10-6-2025 02:40 AM
Setuju utama kan yang dah 50'an kasi jump queue. Jangan suruh tunggu sampai 60-70 baru nak bagi. B ...

Tu la. Kesian. Bawa jalan2 keliling KL pun dah tak larat sangat umo gitu. Kejap2 nak duduk nak rehat nak makan. Unless ko betul2 fit, umo 70 tapi muka macam umo 50. Tapi level gini biasanya orang2 kaya berduit ja mampo.
Quote Firenzza 10-6-2025 11:32 AM
dua_chzy replied at 10-6-2025 10:28 AM
Buat haji ni, badan kena fit. Sihat. Yang ada penyakit 3 serangkai, sebolehnya elakkan la. Meols ber ...

Kann......aritu ada baca luahan perasaan Dr yg buat checkup peserta haji kena maki berbakul-bakul dgn mukrim yg nk tumpang sekaki  pg haji sebagai peneman org tua sbb x bagi lepaskan pemohon yg ada penyakit 3 serangkai ke mekah, tp klau ikut statistik kt atas cmne plk Dr ni blh bg green light?
Quote dua_chzy 10-6-2025 11:37 AM
Firenzza replied at 10-6-2025 03:32 AM
Kann......aritu ada baca luahan perasaan Dr yg buat checkup peserta haji kena maki berbakul-bakul  ...

Maybe doktor yang bagi pelepasan ni tak strict. Bukan macam doktor yang kena maki tu.
Quote Firenzza 10-6-2025 11:46 AM
dua_chzy replied at 10-6-2025 11:37 AM
Maybe doktor yang bagi pelepasan ni tak strict. Bukan macam doktor yang kena maki tu.

Mungkin ni jenis Dr yg hati tisu x tahan pujuk rayuan waris yg berlakun bak ibu mertuaku menangis air mata darah......atau pun ada jenis Dr yg rambang mata tengok duit berlipat2 dlm envelope, ye la Dr pun manusia jg sama mcm kes rasuah palsukan injek beksin zmn kobit dulu tu
Quote sapeka 10-6-2025 11:48 AM
Takziah
Quote Incanto 10-6-2025 11:52 AM
Firenzza replied at 10-6-2025 11:32 AM
Kann......aritu ada baca luahan perasaan Dr yg buat checkup peserta haji kena maki berbakul-bakul  ...

mungkin arwah ada penyakit jantung tapi under control dgn ubat...ada kes mcm ni yg lepas

cuma cuaca dan physical activity di sana tak mcm di Msia
Quote sayawifenikmie 10-6-2025 11:57 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Alhamdulillahhh sempat dapat Haji ... Insyaallah masih suci bersih lagi ...

Kebanyakan yg meninggal kena serangan jantung
masa buat medical check up, hanya buat ECG
berjalan jauh ... dalam cuaca panas ... mmg boleh menyebabkan tekanan kepada jantung
membuat jantung bekerja lebih kuat

Tapi tak ramai JH Malaysia yg meninggal tahun ni
Alhamdulillah ... maybe sebab saringan yg agak ketat
Quote Firenzza 10-6-2025 12:06 PM
Incanto replied at 10-6-2025 11:52 AM
mungkin arwah ada penyakit jantung tapi under control dgn ubat...ada kes mcm ni yg lepas

cuma cua ...

TH dh bg garis panduan, dpt detect je 3 serangkai terus reject wpun mkn ubat atau blh control sbb kt mekah cuaca x blh predict tmbh plk lg dgn aktiviti yg memerlukan kekuatan fizikal & kejar masa. Ada kwn iols buat rayuan sbg peneman mak mentua yg ada 3 serangkai  tetap TH reject kaw2
Quote Incanto 10-6-2025 12:19 PM
Firenzza replied at 10-6-2025 12:06 PM
TH dh bg garis panduan, dpt detect je 3 serangkai terus reject wpun mkn ubat atau blh control sbb  ...

pakcik aku dulu dapat pergi wpun he ada sakit jantung, tp takde diabetes atau darah tinggi
tak semua yg ada penyakit jantung ada 3 serangkai. Gitu juga ada yg diabetic tp jantung ok, BP ok.

terpulang pada TH nak benarkan atau tidak


Alhamdulillah pakcik aku okay je kat sana

tapi meninggal  beberapa tahun lepas tu

Quote ninja boy 10-6-2025 12:19 PM
X lepas saringan medical checkup salah, innalillah di mekah pun salah, kena berdamai dgn qadak kadar, Tuhan pilih dia utk meninggal di mekah
Quote jelita_millie 10-6-2025 12:50 PM
Allahurabbi.. siannye. moga menjadi kematian yg baik utk almarhum. semua tu aturan Allah.. kita muda2 nak pergi pun kalau Allah tak panggil, tak jadi. yang penting usaha dulu pegi time muda. Put in the effort, then place your trust in Allah — He will call you at the right time
Quote Firenzza 10-6-2025 09:20 PM
Incanto replied at 10-6-2025 12:19 PM
pakcik aku dulu dapat pergi wpun he ada sakit jantung, tp takde diabetes atau darah tinggi
tak sem ...

Peraturan tahap kesihatan tu manusia yg buat, yg iols x puas hati ada 1 peserta hj yg dpt pg tunaikan hj time kobit aritu bila tb3 interview dia blh ckp "ini adalah kali ke2 saya tunaikan hj" kt sini je kita dh mula fikir yg bukan2 cmne tabung hj blh bagi kuota kt dia sampai 2x naik hj sedangkan org lain dh sampai tua bangka blm ttu dpt pg.

zaman dulu2 klau dengar cerita atuk org pg hj umpana pergi x kembali xdenya lalu saringan kesihatan, naik kapal nk pg je dah sebulan....kot mati kt tgh laut diorg campak je ke dlm laut. Lg 1 title hj zaman dulu org cukup respek sbb sapa2 yg dpt balik kg mmg terus insap x mcm yg pg hj balik hari skrg dpt title hj tp ada yg peel makin x semenggah
Quote Incanto 10-6-2025 09:56 PM
Firenzza replied at 10-6-2025 09:20 PM
Peraturan tahap kesihatan tu manusia yg buat, yg iols x puas hati ada 1 peserta hj yg dpt pg tunai ...

kalau tak silap masa covid dulu takde jemaah dari Msia sbb flight pun takde

yg dapat tunaikan haji cuma org Msia yg duduk di Saudi tu pun berapa kerat je. Jumlah jemaah tahun 2020  1000 org saja

tapi mmg ada org yg kerja dgn kedutaan sana dapat pergi haji wpun dah pergi sebelum tu

kira rezeki lah

Quote sharlenetexas 10-6-2025 09:59 PM
Siapa forumer yang dah tunaikan haji?


Quote TeropongThaico 11-6-2025 09:59 PM
Innalillahwainnalillahirojiun

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top