CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji seorang pengawal peribadi Ronaldo hampir RM5,000 sehari

8-6-2025 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 888| Komen: 6

 

London: Bekas pengawal peribadi Cristiano Ronaldo mendedahkan jumlah bayaran yang diterima ketika melindungi bintang bola sepak Portugal itu.

Ronaldo bukan sahaja antara bintang terbesar dalam dunia bola sepak, malah salah seorang individu paling terkenal di dunia.

Tahap kemasyhuran seperti itu secara semula jadi datang bersama risiko keselamatan, dan Ronaldo memerlukan khidmat kawalan keselamatan sepanjang kebanyakan tempoh kariernya.

Hichman Bukhari, seorang kontraktor ketenteraan swasta (PMC) dan pegawai perlindungan (CPO) yang mempunyai lebih 127,000 pengikut di Instagram, adalah individu yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Ronaldo dan keluarganya semasa di Madrid selama empat tahun.

Dalam satu temu bual bersama saluran Telecinco, Hichman mendedahkan bahawa Ronaldo membayarnya £850 (RM4,860) sehari untuk khidmat perlindungan itu.

Pengawal peribadi itu turut menjelaskan bahawa bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu bukanlah seorang klien berisiko tinggi dari segi ancaman nyawa.

"Kerja kami bergantung pada profil klien. Dalam kes Cristiano, yang saya jaga selama empat tahun, profilnya bukanlah berisiko tinggi kerana orang ramai tidak mahu membunuhnya, dan dia tidak menerima ancaman bunuh.

"Ancaman yang dihadapinya lebih kepada peminat atau individu yang ingin mendekatinya.

"Kami sentiasa perlu tahu ke mana kami akan pergi, siapa yang akan berada di sana, serta laluan masuk dan keluar yang jelas.

"Kami mesti sentiasa sedar bahawa nyawa kami juga boleh terancam. Kami perlu bersedia untuk melindungi seseorang, dan kadangkala perlu mengorbankan nyawa sendiri demi mereka.

"Jika saya perlu menggunakan senjata, saya akan gunakannya. Yang paling penting ialah keupayaan berfikir secara pantas, menyelesaikan masalah dan kekal tenang dalam situasi sukar.

"Dia adalah majikan terbaik. Kami mempunyai hubungan yang baik," kata Hichman.

Sumber – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bebzee 9-6-2025 06:29 AM
Haha, nmpk gaya biggest threat CR tu bkn assassin, tp groupie2 dgn selfie stick.. mana ada death threat klu dh ada fans yg snggup panjat pagar semata2 nk gmbr
Quote mejaputih 9-6-2025 09:20 AM
kat arab brp pula gaji pengawal peribadi.
Quote Inigo-Montoya 9-6-2025 10:42 AM
ok la kalau tak kena jilat tengkuk
Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:54 PM
Kami perlu bersedia untuk melindungi seseorang, dan kadangkala perlu mengorbankan nyawa sendiri demi mereka.

Itu kalau jaga Donald Trump kot
Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:56 PM
Bebzee replied at 9-6-2025 06:29 AM
Haha, nmpk gaya biggest threat CR tu bkn assassin, tp groupie2 dgn selfie stick.. mana ada death thr ...

Jadi footballer Malaysia lagi bahaya, sikit2 pecah windscreen, tak pun simbah asid terus. Mujur pistol susah jumpa.



Quote nisako 10-6-2025 08:56 AM
sikit je gaji

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072308 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top