CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Api ‘Pintu Neraka’ menyala sejak 1971 hampir padam

8-6-2025 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2448| Komen: 22

 


ASHGABAT – Api di kawah terkenal yang digelar ‘Pintu Neraka’ semakin mengecil, lapor akhbar The Sun semalam.

Kawah api itu terletak di Gurun Karakum, Turkmenistan.

Api yang suhunya pernah mencecah 1,000 darjah Celsius itu marak selama 50 tahun tanpa padam.

Wujud sejak tahun 1971, kawah Darvaza terbentuk selepas saintis-saintis negara Kesatuan Soviet ketika itu tersilap menggerudi lubang di dalam tanah, mengenai kawasan gas semulajadi Bumi.

Sekumpulan penyelidik kemudian memutuskan untuk membakarnya, melahirkan pembentukan api tersebut.

Lubang benam selebar 70 meter dan dalam 65 meter itu menjadi lokasi tarikan pelancong paling popular.

Penyelidik-penyelidik berkata, api ‘Pintu Neraka’ mulai padam kerana semua gas mudah terbakar di dalam kawah tersebut hampir habis.

Kebakaran di dalam kawah tersebut kini tiga kali ganda lebih kecil daripada saiz asalnya.


Seorang pengarah di syarikat tenaga milik kerajaan, Irina Luryeva memberitahu persidangan bahan api fosil  minggu ini: “Sebelum ini cahaya besar dari kawah itu kelihatan beberapa kilometer jauhnya menyebabkan ia dinamakan ‘Pintu Ke Neraka.’

‘Ketika ini, ia hanya tinggal api yang kecil.” – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-6-2025 02:27 PM
Pembaziran sumber alam
Quote kepompong 8-6-2025 03:08 PM
Turkmenistan sebuah negara pelik
Quote mejaputih 8-6-2025 03:38 PM
B40tastePosh replied at 8-6-2025 02:27 PM
Pembaziran sumber alam


Tp kan loji petronas kat kerteh pun bakar juga gas kan non stop.
Quote sallysains 8-6-2025 05:43 PM
Tapi api kt loji Petronas tu control. diorg flare gas utk kslmtn & oprs. ‘Pintu Neraka’ tu plak tbkar sbb kmlgn masa penggerudian dan dibiarkn tbkar dr 1971. Dua2 bkr gas, tp lain tjn dan cara skit
Quote Inigo-Montoya 9-6-2025 10:43 AM
kenapa mesti membazir tak padamkan je api tu
Quote supernaturalee 9-6-2025 11:18 AM
die yg terbakar, kau yang panas


Quote bedahmenjuyah 9-6-2025 12:47 PM
1000 darjah. Tak berapa dekat pun dah boleh cair manusia
Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:44 PM

Telaga gas ni bukan semuanya economical untuk develop. First kena ada ready buyer untuk jangka masa panjang, reserve kena cukup besar, then kena buat pipeline infrastructure macam yang lalu kat putera heights tu. Most countries macam Arab Saudi dia amik minyak ja, gas dia bakar.

Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:50 PM
sallysains replied at 8-6-2025 05:43 PM
Tapi api kt loji Petronas tu control. diorg flare gas utk kslmtn & oprs. ‘Pintu Neraka’ tu plak tb ...

Yang kita nampak tu pilot flame ja. Sesekali nampak besar tu ada lah bila ada upset. Flaring ni mostly untuk pressure control, line purging, safe waste disposal. Normal operation takde suka2 bakar.

Gas pintu neraka tu tak ada buyer, nak plug semula is costly and dangerous so bakar ja lah.

Quote B40tastePosh 9-6-2025 07:56 PM
Decaffeinated replied at 9-6-2025 01:50 PM
Yang kita nampak tu pilot flame ja. Sesekali nampak besar tu ada lah bila ada upset. Flaring ni mo ...

Acik nak cadang buat engine wap kat situ untuk janakuasa elektrik.

Okey ke idea acik ni.?
Quote sallysains 10-6-2025 03:31 AM
Decaffeinated replied at 9-6-2025 01:50 PM
Yang kita nampak tu pilot flame ja. Sesekali nampak besar tu ada lah bila ada upset. Flaring ni mo ...

sbb slmt & kwln tekanan la.. Syg la gas tu terbuang, tp nk plug blk pun kos dan risiko tinggi
Quote sallysains 10-6-2025 03:35 AM
B40tastePosh replied at 9-6-2025 07:56 PM
Acik nak cadang buat engine wap kat situ untuk janakuasa elektrik.

Okey ke idea acik ni.?

Idea kreatif la, tp realitinya tmpt tu panas gila dan api x terkawal, mmg x stabil la nk jd power plant stim
Quote sallysains 10-6-2025 03:37 AM
B40tastePosh replied at 9-6-2025 07:56 PM
Acik nak cadang buat engine wap kat situ untuk janakuasa elektrik.

Okey ke idea acik ni.?

X praktikal sbb tu api gas terbuka je, xde infra atau containment nk convert jd stim yg berguna
Quote B40tastePosh 10-6-2025 07:43 AM
sallysains replied at 10-6-2025 03:37 AM
X praktikal sbb tu api gas terbuka je, xde infra atau containment nk convert jd stim yg berguna

Yeke....kot mana tahu boleh...boleh buat aircond untuk kurangkan pemanasan global dan pencairan ice.

Thats mean pemanasan global boleh jadi berpunca dari lubang ni kan...bukan disebabkan kenderaan dan industri.
Quote Decaffeinated 10-6-2025 08:14 AM
B40tastePosh replied at 9-6-2025 07:56 PM
Acik nak cadang buat engine wap kat situ untuk janakuasa elektrik.

Okey ke idea acik ni.?

Soalan paling asas, siapa acik nak gajikan jaga kilang di tengah2 fadang fasir tu? Kalau boleh buat camtu takde lah Petronas susah2 buat pipeline hantar gas dari offshore Terengganu ke Port Klang lalu meletup di Putra Heights acik oii. That much I can tell la.
Quote B40tastePosh 10-6-2025 08:23 AM
Decaffeinated replied at 10-6-2025 08:14 AM
Soalan paling asas, siapa acik nak gajikan jaga kilang di tengah2 fadang fasir tu? Kalau boleh bua ...

Kan ada dah manusia dihantar ke ISS angkasa lepas.
Quote nisako 10-6-2025 09:08 AM
wow
Quote zorrro_03 10-6-2025 09:46 AM
B40tastePosh replied at 9-6-2025 07:56 PM
Acik nak cadang buat engine wap kat situ untuk janakuasa elektrik.

Okey ke idea acik ni.?

kau lambat posss.  gas nak habis dah tu.  suruh turkministan pakai tong purple kalau nak buat janakuasa ye.
Quote Decaffeinated 10-6-2025 10:20 AM
B40tastePosh replied at 10-6-2025 08:23 AM
Kan ada dah manusia dihantar ke ISS angkasa lepas.

Ya, lepas tu bill api acik2 forum ribu2 sebulan rumah pakai sebiji mentol ja

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040374 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top