CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak faham, kenapa haiwan dibela kemudian disembelih’ - Thanuja Ananthan

8-6-2025 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12644| Komen: 149

 


Pelakon dan model Thanuja Ananthan mengakui terkesan melihat haiwan disembelih setiap kali musim Hari Raya Aidiladha.

Bagaimanapun, Thanuja, 40, menghormati perayaan umat Islam yang harus mengorbankan kambing, lembu, kerbau atau unta.

“Setiap tahun bila tiba Aidiladha, saya rasa sangat sedih melihat lembu dan kambing disembelih.

Bila tengok video mereka, terutamanya bila mereka menangis, hati saya rasa hancur tengok mata mereka. Saya rasa kasihan sangat pada mereka.

“Saya faham ini adalah satu perayaan dan saya tak berniat nak kurang ajar, tapi saya tidak dapat tahan rasa sedih kepada lembu dan kambing,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, bekas Miss World Malaysia 2009 terpaksa berhenti menghabiskan masa di media sosial buat masa ini kerana tak sanggup melihat haiwan disembelih.

Kenapa perlu dibesarkan, kemudian disembelih? Saya tak boleh nak faham, walau macam mana saya cuba.


“Dah macam anak sendiri. Jadi macam haiwan peliharaan. Haiwan itu pun tak akan faham, sebab itu mereka menangis.

“Hari ini saya rasa perlu jauhkan diri dari media sosial. Terlalu banyak video penyembelihan. Hati saya tak mampu tengok lagi,” ujarnya lagi.

Thanuja turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang Muslim yang menerangkan tentang ibadah tersebut dengan tenang tanpa perlu melenting.

“Terima kasih kepada semua saudara Muslim saya di sini (Threads) yang meluangkan masa untuk bersikap baik dan sabar dengan apa yang saya rasa hari ini.

“Anda semua sangat sabar menerangkan dan mendidik saya dari pelbagai sudut pandangan.

“Saya sangat menghargai dan menghormati semua pendapat anda. Terima kasih, semua. Hanya kasih sayang dan niat yang baik sentiasa,” jelasnya.

Dalam hantaran tersebut, ramai masyrakat Melayu tampil menjelaskan tentang kebaikan mengadakan ibadah korban.

Rata-rata memaklumkan bahawa penyembelihan haiwan dibuat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT yang memerintahkan ibadah korban. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 8-6-2025 12:12 PM
Haiwan2 tersebut dibela untuk makanan macam ayam ikan udang ada yg dibela kalau awak makan tu semua.  Sedangkan kalau vegetarian makan sayur je pun tanaman tersebut 'dibela'.  Lainlah awak bela mcm pet hamster ke baby babi ke mmg le kesian nak sembelih buat makan.
Quote espri6006 8-6-2025 12:17 PM
bila hari raya korban je ada kaum dia yang bunyi...kenapa tak bunyi time babi dikorban utk makan ?...babi juga kan di bela dikandang?
Quote brainbiru 8-6-2025 12:18 PM
Awak makan kfc.. awak tahu x ayam itu dibela, dibesarkan, kemudian disembelih utk dijadikan KFC? awak tahu x tentang itu?
Quote lalasahaja 8-6-2025 12:18 PM
bukan dibela.. diternak..
tapi faham bagi kepercayaan beliau akan rasa pelik
Quote Straya 8-6-2025 12:25 PM
Dia tau tak India is one of the major beef exporters in the world? Taknak tanya ke India apasal puja lembu tapi ternak.Kemudian bunuh untuk export daging dia
Quote makneng 8-6-2025 12:37 PM
Bingit lah yenna ni, kau yg anggap lembu as god dah kenapa? Bebal much!
Quote doubleA 8-6-2025 12:40 PM
Begitulah rantaian makananan. Kalau haiwan tidak disembelih utk dimakan, ko makan sayur jelah
Quote emera 8-6-2025 12:57 PM
Edited by emera at 8-6-2025 12:58 PM

Deleted
Quote nolya 8-6-2025 12:57 PM
Edited by nolya at 8-6-2025 01:09 PM

Bia U tanya mcm tu, bererti  kefahaman U tentang hidup belum maksimal. U just see the life but U do not observe n understand what is life.  Maybe too U tak understand why are U here in this world.

Binatang2 lembu, kambing, kibasy, unta disembelih pada setiap Aidiladha adalah lambang pengorbanan/scarification muslimin in accordance to the Islamic teaching, part n parcel contain in the 5th pillar of Rukun Islam, the Haj. Ada kaitan dgn sejarah Nabi Ibrahim yg dlm mimpinya Allah meminta (menguji) baginda untu menyembelih satu2nya anak lelakinya, Ismail.  Yet the practise is not compulsery, only to those who can afford. The meat are then distributed priority among the poor, the parentless chidren n others. The slaughtering too known as Qurban, is only during the peak season of Haj.
Quote babelina 8-6-2025 01:02 PM
hala hala..1st of all..  fhm x "menghormati agama org" ...?
kang aku tny apasal mcm2 binatang korg puja2.. ko k jwb apa pula..
ssh2 naw.. nie sbrnya rantaian mkanan logik nya.. ayoooooo karawale menyebok..
Quote naisyahmh 8-6-2025 01:02 PM
Bagus dia nak faham Islam.. Kita alu2kan.. Mana tau Allah bg hidayah nnt..
Quote azimodin 8-6-2025 01:02 PM
Dia ni vegan ke? Aku bengang gak dengan geng2 vegan ni. Beria2 kesian dengan haiwan tapi xkesian pulak dengan tumbuhan.
Quote Aneem 8-6-2025 01:11 PM
Aku sangat faham dan tahu konsep sembelih dan pengorbanan di aidiladha
Yg aku tak faham semakin ramai bijak pandai yg nak raih view dan content dgn up video bersedih2 dgn haiwan ternakan kesayangan sebelum disembelih sampai merambu air mata kononnya pengorbanan
Tak perlu hamak sangat dgn pujian di medsoc kalau betul kau ikhlas nak korbankan kesayangan kau
Cukup utk simpanan sendiri
Quote swimswim 8-6-2025 01:15 PM
Sy lagi tak fhm kenapa u bela haiwan, bagi makan, tp u g jadikan dia god.. Uishh pelik
Quote nolya 8-6-2025 01:15 PM
babelina replied at 8-6-2025 01:02 PM
hala hala..1st of all..  fhm x "menghormati agama org" ...?
kang aku tny apasal mcm2 binatang korg p ...



Dia tak tau atau kurang faham, maka dia bertanya. Tak salah dia bertanya kerana dia non-muslim, maka dia tak mengerti. Jawab ajelah, semoga dia dpt sedikit gambaran sbg jawapannya.
Quote LembingDayanti 8-6-2025 01:21 PM
orang non muslim ni kan.. dia orang fikir haiwan2 ni dibunuh cara apa eh? Teringin nak tahu
Quote cm_vungtau 8-6-2025 01:22 PM
Jadi vegan pun masalah juga. Abih ko dah makan semua tanaman, haiwan nak makan apa? Bak kata Mufasa, the antelopes eat the grass, we eat the antelopes and when we die, we become the grass. It is called the Circle of Life. Agittew.
Quote Samerosie 8-6-2025 01:25 PM
azimodin replied at 8-6-2025 01:02 PM
Dia ni vegan ke? Aku bengang gak dengan geng2 vegan ni. Beria2 kesian dengan haiwan tapi xkesian pul ...

Iols lagi rengsa dgn gluten free pipel.  Ex workmate satu family vegan (vegan mat salleh style) kopi teh pun x ambil.
Quote adelea 8-6-2025 01:52 PM
Masa aku darjah 3  aku pernah surub budak india beli burger beef ( masa tu tu burger ayam sold out) aku pon naive masa tu tak paham napa ko kata lembu tu tuhan sbb lembu pon allah yg cipta

Korang anggap je laa otak dia masik tahap sekolah rendah
Ckp macam ni la first time raay haji dlm hidup dia … tolol !!

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040774 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top