CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulau Pinang perluas pemberian diskaun beli hartanah kepada semua kaum - Ketua Menteri

8-6-2025 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1125| Komen: 10

 


BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang akan memperluaskan pemberian diskaun bagi pembelian hartanah di negeri itu kepada semua pembeli selaras prinsip keadilan sosial.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri menerima pelbagai maklum balas berhubung pengumuman langkah intervensi pemberian diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit hartanah siap tidak terjual, pada Khamis lalu.

"Sebahagian pandangan diterima dan dikemukakan menyatakan diskaun berkaitan sepatutnya ditawarkan juga kepada semua pembeli bagi merangsang semula sektor hartanah terutama penjualan hartanah atau unit tidak terjual.

"Jadi, saya mengarahkan EXCO Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo memperhalusi polisi berkenaan bersama-sama pihak pemaju bagi memanjangkan pemberian diskaun kepada semua pembeli, supaya ia lebih inklusif dan memberi manfaat kepada semua masyarakat.


"Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri juga akan meneliti perkara ini dan membuat keputusan sewajarnya demi kebaikan semua pihak," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan insentif diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit kediaman dan komersial menerusi dasar baharu, Dasar Pemangkin Momentum Sektor Hartanah dan Pemilikan Rumah Inklusif MADANI (MOC).

Sundarajoo dilaporkan berkata, insentif itu berkuat kuasa 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2026, khusus kepada golongan India Muslim yang berminat memiliki hartanah di negeri ini.

Bagaimanapun, pelbagai maklum balas diterima berhubung pengenalan insentif itu termasuk saranan untuk menyemak semula perkara berkenaan.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 8-6-2025 01:27 PM
Da kalo semua org bleh dpt diskaun baik harga rmh tu set kpd harga diskaun je. X payah la bg diskaun. Kan senang.

Ke diskaun ni propa ja nak tarik pelanggan mcm kita biasa kena
Quote blue_blur 8-6-2025 03:28 PM
otai_g replied at 8-6-2025 01:27 PM
Da kalo semua org bleh dpt diskaun baik harga rmh tu set kpd harga diskaun je. X payah la bg diskaun ...

aku pun baru nak cakap benda sama.....

dasar politik.... benda lurus jadi berpusing pusing...
Quote kepompong 8-6-2025 10:58 PM
Semua orang beli harga diskaun? Means semua org bayar harga baru yg sama = itu lah harga sebenar... adekah pemaju akan dpt subsidi "kerugian" dari kerajaan (ini adalah soalan)
Quote white_musk 8-6-2025 11:06 PM
mungkin maksudnya selama ini diskaun tu untuk bumiputera sahaja...
tapi sekarang ini diperluaskan untuk semua kaum...

akak agak saja..
Quote bulalof 9-6-2025 11:40 AM
dasar nak berkuasa....
Quote nisako 10-6-2025 09:12 AM
diskaun......
Quote AbukRokok 10-6-2025 12:08 PM
dah bagi diskaun balik semula ke harga asal... yg untung developer la claim perutnukan diskaun
Quote Decaffeinated 10-6-2025 03:26 PM
Aku tak berapa percaya lah diskaun bumiputera apa bala ni. Ada undang2 ka pemaju tak boleh bagi diskaun harga kawan2 kat orang lain? Contoh kalau dia nak bagi diskaun 7% untuk mandarin speakers boleh ka gomen kata jangan?
Quote zorrro_03 10-6-2025 03:33 PM
haaaa. nampak???  celaka tak celaka
Quote Decaffeinated 10-6-2025 05:44 PM
Actually, diskaun ikut bangsa ni ada fatwa kata halal ka?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034173 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top