CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang seludup 2 biawak hidup dari Malaysia

8-6-2025 12:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2254| Komen: 29

 

NEW DELHI – Seorang penumpang ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor biawak yang disembunyikan dalam bagasinya dari Malaysia ke India, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Pegawai kastam daripada Unit Perisikan Udara (AIU) menahan penumpang terbabit selepas menerima laporan risikan pada 2 Jun lalu. 

Dia diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirappalli dengan menaiki penerbangan Batik Air OD223 dari Kuala Lumpur. 

Imej yang dimuat naik di laman X menunjukkan reptilia itu dibalut dengan kain hitam, manakala mulut dan kakinya diikat dengan pita pelekat. 

Kesemua biawak telah dirampas, demikian menurut portal berita Tamil ABP Nadu. 

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-6-2025 12:25 AM
Nak  buat apa? Ubat??
Quote dua_chzy 8-6-2025 12:25 AM
If bodoh is human, it is this man.
Quote imransulaiman 8-6-2025 12:33 AM
Macam mana boleh lepas? Airport kita memang tak periksa bagasi ke? Atau semua aitport memang macam tu? Biawak tu tak nampak dalam mesin xray bagasi tu ke?
Quote silance 8-6-2025 12:40 AM
So si hanat itu pemegang paspot mana?
Quote sallysains 8-6-2025 12:55 AM
dia ni btl2 amik definisi “wild trip” ke lvl lain hahaha
Quote zonan4 8-6-2025 12:57 AM
kalau nak detect sapa bg lepas senang je kan ada code kat bag tu cek la sape yg hanat kat klia yg bg lepas bagasi tu masa scan..... nak tak nak je... masalah nye rasuah ni bukan satu agensi je yg makan.... tu yg jadi barah tu.... dah tak leh makan kat pendatang asing dia bg lepas barang terlarang pulak.... dadah .... binatang..... ntah la bg anak makan pulak tu..... dunia akhir zaman
Quote Jitu 8-6-2025 06:37 AM
biawak seludup nak bt masak kari ke tu euwww
Quote Minami2013 8-6-2025 06:40 AM
Siap baca 2x sbb ingat 'biawak hidup'
Quote ultra78 8-6-2025 07:17 AM
Sangkakan bawa suami dari malaysia.
Quote sapeka 8-6-2025 07:49 AM
Nak masak apa la tu
Quote Samerosie 8-6-2025 07:52 AM
Bawak balik nak buat aper? Kari ke? Kalau nak bela eloklah esok2 ayam itik dgn anak kau sekali dia ngap.
Quote Orenn1 8-6-2025 07:56 AM
Ingatkan jantan bewak hidop, klu spesis yg itew ko nak seludup bawak balik 10 ekor pun tak apa kohkohkohh
Quote Skuau 8-6-2025 09:30 AM
BEWAK IDUP pon boleh jer lepas dr pemeriksaan di AIRPORT MALAYSIA tuan2,puan2...saiya ulang...AIRPORT MALAYSIA tuan2,puan2.
Quote kitaserupaaa 8-6-2025 10:01 AM
Airport msia ingat biawak tu toys agaknye sampai terlepas.. kat klia scan baggage lepas drop baggage kan? Kalau kat airport2 lain, kene scan bag dulu baru leh drop baggage
Quote mejaputih 8-6-2025 02:59 PM
kitaserupaaa replied at 8-6-2025 10:01 AM
Airport msia ingat biawak tu toys agaknye sampai terlepas.. kat klia scan baggage lepas drop baggage ...

Kaly klia iols x penah lg kena scan bagasi. Ni kalau domestik la..kalau international iols x ingat lak dah lama x travel obersea. Tp kalau kat epot k.trg ngan langkawi kena scan dulu baru boleh drop bagasi.
Quote Samerosie 8-6-2025 03:18 PM
Better le dia kena kat negeri dia at least kena kurang le kerja kita nak bg makan/jaga jenis ni kaf malaysia.  Biar dia kena jel ke saman kat negeru dia. Cuma bila dia nak masuk mesia balik mungkin ada la note kat passport dia.
Quote alana94 8-6-2025 04:49 PM
kalau nak lgy info la. saya tolak murah2 je [em:3:]
Quote krustykrab 8-6-2025 06:28 PM
Wah elok sgt la bawak semua biawak hidup ke india
Ramai sgt biawak hidup kat malaysia ni. Boleh kurangkan populasi.
Quote Orenn1 8-6-2025 08:29 PM
Kat msia international flight masa check in terus drop bagasi takde scan bagai, cuma dia tanya ada bawak powerbank tak. Mmg pelik ye senang sgt procedurenya. Klu takde bawak bagasi just bawak hbag je pun dorg kecoh jugak lol sabo je sbb aku penah melenggang je nak pegi oversea bwk hbag je, tak sangka jadi kecoh sbb dorg rasa pelik.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059943 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top