CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johan Ghazali tewas di Bangkok

8-6-2025 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1545| Komen: 14

 


KUALA LUMPUR – Impian jaguh muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar untuk kembali ke landasan kemenangan lebur apabila tewas tipis menerusi keputusan split decision (keputusan majoriti) kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok hari ini.

Kekalahan tersebut adalah yang kedua berturut-turut buat Jojo di pentas ONE Championship selepas sebelum ini tewas kepada petarung Mexico, Johan Estupinan pada Disember tahun lalu.

Pertarungan yang berlangsung dalam kategori flyweight itu menyaksikan Jojo, 18, berdepan lawan lebih berpengalaman berusia 31 tahun yang sebelum ini mencetuskan sedikit drama apabila gagal dalam ujian hidrasi.

Aksi di pusingan pertama dilihat seimbang dengan kedua-dua petarung saling berbalas serangan untuk menguji kekuatan masing-masing.

Memasuki pusingan kedua, Jojo mula mempamerkan corak lebih agresif dengan melepaskan beberapa siri kombinasi tumbukan dan tendangan padu yang berjaya menguji pertahanan Paez.


Pusingan ketiga menyaksikan drama berlaku apabila Jojo mengalami kecederaan pada matanya menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan seketika perlawanan pada 60 saat terakhir.

Bagaimanapun, sebaik aksi bersambung, Jojo tidak mengalah dan berjaya melepaskan satu tumbukan padu yang tepat mengenai muka lawannya.

Namun, usaha itu tidak cukup untuk meyakinkan juri apabila Paez diumumkan sebagai pemenang sekali gus memadamkan hasrat Jojo untuk mencari kemenangan semula.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-6-2025 12:29 AM
Dua dua Johan
Quote alana94 8-6-2025 04:50 PM
kalah tak selama nya kalah anak muda. teruskan. selamat maju jaya
Quote clueless_gamer 10-6-2025 08:42 AM
teruk juga aku tengok dia ni jadi mangsa cyber bully.. pasal dia Malaysian rising star je

hater means your closet admirer
Quote Decaffeinated 10-6-2025 08:45 AM
Thread sebelah telah di dedikasi kan untuk dia koyak. Yang ini untuk kata2 semangat kot.
Quote TomyamPuteh 10-6-2025 09:03 AM
Bagi aku dia ni Poyo.
Quote jelita_millie 10-6-2025 01:30 PM

aku pon rasa mcm tu.. mmg dak2 gen z skang mcm ni kot. ko br 18 dekkk.. ada masa byk lagi... n blajor le humble2..
Quote mamajawie 10-6-2025 08:52 PM
Dulu aku minat tgok dia ni..yela jadi contoh semangat rakan sebaya budak skola pun boleh masuk pringkat antarabangsa..tapi dia ni bila da start marah kat ig aku rasa bek ko blaja cara kalis laharan netizen dari penyanyi bernombor dekk.. biar kekal relevan sampai habis nyawa kekdahnya
Quote sharlenetexas 10-6-2025 10:02 PM
Jangan emosional sangat dik oi. Ni duk melayan komen2 negatif medsos.


Quote B40tastePosh 10-6-2025 10:13 PM
Join Cari forum je.
Quote phoenix_panik 10-6-2025 10:16 PM
jelita_millie replied at 10-6-2025 01:30 PM
aku pon rasa mcm tu.. mmg dak2 gen z skang mcm ni kot. ko br 18 dekkk.. ada masa byk lagi... n bla ...

Tapi mcm awal sgt kan nak tnjk berkapel tu semua kan.Patut fokus je dulu karier
Quote Zeelalala 10-6-2025 11:37 PM

aku sedang serius baca komen, jumpa komen ko ni dekah gelak aku pecah! Siot je. Apa relevannya woi

Thank u menghiburkan malam aku hahahahhahaha
Quote asfaz 11-6-2025 01:01 AM
B40tastePosh replied at 10-6-2025 10:13 PM
Join Cari forum je.

Baca2 komen kat ig katanya dia ni poyo. laharan netizens pun dia koyak walaupun dia kata tak koyak.Agak² kalau join forum,dgn perangai poyo,kena henyak dgn acikporum ,dia koyak tak
Quote MadameOnion 11-6-2025 09:20 AM
dia ni budak lagi..biasalah bebudak kan kekadang beria sikit..nanti dia dah meningkat umur ok la tu...yang mengata dia lagi poyo..rempit busuk dan B40
Quote ekselen 11-6-2025 04:32 PM
asfaz replied at 11-6-2025 01:01 AM
Baca2 komen kat ig katanya dia ni poyo. laharan netizens pun dia koyak walaupun dia kata tak koyak ...

iols perasan sblm2 ni bila dia brckp overconfident much.. like dia la yg terpaling bagus... confident tu ok tp kalo terlebih konpiden camni la jadiknya...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035993 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top