CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diserang strok kali ke-4, penyanyi popular Sheqal ditidurkan

8-6-2025 12:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2902| Komen: 28

 


Diserang angin ahmar buat kali keempat, penyanyi popular era 1990-an, Sheqal ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis lalu.

Isterinya, Normah Mohd Yusoff, berkata, tahap oksigen suaminya yang turut menghidap penyakit tiga serangkai menurun serta jangkitan kuman pada paru-paru memerlukannya ditidurkan.

“Saya terus hubungi ambulans sebaik serangan strok berlaku dan selepas pemeriksaan paras oksigennya menurun sampai 62 peratus sebelum terus dibawa ke hospital.

“Ikutkan dalam tempoh beberaapa tahun kebelakangan ini sudah empat kali serangan strok terjadi selain penyakit buah pinggang tahap empat, darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Berkongsi keadaan terkini penyanyi lagu Nusantara itu, doktor memaklumkan sudah nampak perkembangan positif biarpun masih ditidurkan.

“Dia masih ditempatkan di ICU dan memerlukan pemeriksaan lebih lanjut
Difahamkan imbasan CT Scan juga sudah dibuat malam tadi.

“Alhamdulillah kata petugas hospital pagi tadi paras oksigennya sudah naik tetapi masih dalam pemantauan,” ujarnya.

Khabar keadaan Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin dikongsikan Presiden Konsortium Industri Muzik Malaysia atau IRAMA, Ayob Abd Majid menerusi Facebook.

“Beliau sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Mohon semua rakan dan kenalan mendoakan agar Sheqal segera pulih dan kembali sihat. Doa anda semua sangat bermakna pada saat-saat begini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 60 tahun perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir sekitar tiga tahun lepas.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-6-2025 12:02 AM
Semoga dipermudahkan urusan.


Quote dua_chzy 8-6-2025 12:23 AM
Meols takziah awal2.
Quote alana94 8-6-2025 04:51 PM
semoga dipermudahkan segala urusan. diberikan kesihatan yg baik
Quote Denco 8-6-2025 07:19 PM
Moga dimudahkn buat Sheqal
Quote SalenaGomez 8-6-2025 09:30 PM
Rasanya sheqal dan raja ema ada anak bersama kan?ke xde?
Quote newyork 8-6-2025 09:49 PM
Kalau kali ke 2 kena strok.. mmm..
Quote prince_marhaen 9-6-2025 08:38 AM
SalenaGomez replied at 8-6-2025 09:30 PM
Rasanya sheqal dan raja ema ada anak bersama kan?ke xde?

Ada, dua orang, lelaki, dua-dua muka sheqal...takde ikut comel2 Kak Ema...
Dua-dua Kekma jaga daripada kecik. Hehehe..





Quote lasagna 9-6-2025 09:39 AM
uuuuiiiiiiii besar dah anak Sheqal ek dgn Raja Ema..
Moga Sheqal dipermudahkan segala urusan. diberikan kesihatan yg baik..
Quote BellaThePrinces 9-6-2025 09:50 AM
bangga betul Sheqal masa dapat Raja Ema dulu ehh...lepas tu sama2 kembang kira macam serasi sangat lah...tup2 serai jua
Quote babelina 9-6-2025 09:57 AM
dulu masa Sheqal kawin ngn k Ema.. i ols frust.. mcm k Ema bole dpt laki lg ok.. konon2 la.. dedulu.. retis cantik mesti kawin ank raja ataw orka.. hehe..
Quote beautifulorchid 9-6-2025 01:49 PM
sebelom ni ada bagi nafkah tak anak?
Quote SalenaGomez 9-6-2025 04:06 PM
prince_marhaen replied at 9-6-2025 08:38 AM
Ada, dua orang, lelaki, dua-dua muka sheqal...takde ikut comel2 Kak Ema...
Dua-dua Kekma jaga dar ...

Besar2 dah anak nya… lagi 5 tahun agaknya nak kawen dah
Quote syirazee 9-6-2025 04:33 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan buat sheqal..
Quote asfaz 9-6-2025 04:45 PM
BellaThePrinces replied at 9-6-2025 09:50 AM
bangga betul Sheqal masa dapat Raja Ema dulu ehh...lepas tu sama2 kembang kira macam serasi sangat l ...

Masa RE kawin dgn Sheqal,maaf ckp la selekeh RE. Comei lagi arwah maknya.
Quote hunters 9-6-2025 08:55 PM
beautifulorchid replied at 9-6-2025 01:49 PM
sebelom ni ada bagi nafkah tak anak?

Ni msti baca news bini baru request anak re melawat sblm sheqal xda...25 thun x prnh cri agaknya...ttba minta dijenguk...klau aku pn mlas nk sua muka..tu x trmasuk nafkah anak2 lg..ke mak baru yg halang dulu ttba takut byang2 sndri
Quote Mamioomami 9-6-2025 09:53 PM
hunters replied at 9-6-2025 08:55 PM
Ni msti baca news bini baru request anak re melawat sblm sheqal xda...25 thun x prnh cri agaknya.. ...

Bini baru tu pun sepanjang 25 tahun kawen tak pernah jumpa anak2 dgn RE. Apa la yg diharapkan budak2 tu dtg menziarah. Dah tua2 baru nak cari anak.
Quote PinkyPie 9-6-2025 10:00 PM
Bini sekarang ada anak tak?
Quote sharlenetexas 9-6-2025 10:15 PM
babelina replied at 9-6-2025 09:57 AM
dulu masa Sheqal kawin ngn k Ema.. i ols frust.. mcm k Ema bole dpt laki lg ok.. konon2 la.. dedulu. ...

Hampir2 nak jadi queen negeri termaju.


Quote Zeelalala 9-6-2025 10:18 PM
Semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047557 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top