CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akhirnya Nabila Razali dedah wajah Baby M

7-6-2025 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5206| Komen: 59

 


Seperti yang dijanjikan, penyanyi Nabila Razali akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya yang kini berusia lima bulan sempena majlis akikah dan sambutan Hari Raya Aidiladha di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkongsi foto keluarga bersama anaknya Baby M atau nama lengkapnya, Nik Muhammad Nik Iruwann


“Salam Aidiladha buat semua. Moga pengorbanan dan amal ibadah kita menjadi bekalan yang diberkati dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah tahun ini Bella berkesempatan beraya di Kelantan. Baby M pun dah berusia lima bulan. Sekarang adalah masa yang tepat untuk Bella perkenalkan Nik Muhammad bin Nik Iruwan.

“Terima kasih buat semua selalu doakan baik-baik buat Baby M. Moga yang indah sahaja buat kalian,” tulisnya.

Pelantun lagu Cemburu itu juga sempat meninggalkan pesanan agar tetamu yang hadir ke majlis akikah anaknya agar menjaga prosedur operasi standard atau SOP.

“Semua yang hadir jangan lupa jaga SOP. Kita ‘have fun’ datang makan-makan dan ambil gambar okey,” pesannya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji kecomelan wajah Baby M.

Terdahulu awal minggu ini Nabila telah mengundang rakyat Kelantan untuk hadir ke majlis akikah serta sambutan hari raya Aidiladha di kampung suaminya di Kelantan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-6-2025 11:59 PM
Comel baby M.


Quote sharlenetexas 8-6-2025 12:01 AM
Sampai senget tudung mummy dua2 tetap comel.


Quote dua_chzy 8-6-2025 12:24 AM
Uiyo big boy. Cukup minum susu ibu.
Quote Kacangmanis 8-6-2025 06:15 AM
Aku suka dgn Kak Nab ni.
Quote Kancilkering 8-6-2025 06:18 AM
macam muka cina bby mahatir bukan lokman
semangat…..


Quote sukacactus 8-6-2025 07:03 AM
Pipi bambam, tu yg takut org geram gi cium ank dia tu
Quote irvene 8-6-2025 07:16 AM
alahai. tutup balik la dengan sticker hitam kau tu.
Quote Manusiabesa 8-6-2025 07:29 AM
Gigih x tnjuk muka. Gigih announce nk buat jamuan jemput 1 klntan. Gigih tnjuk muka anak in one moment. Ko nk apa ni jenab? Ko ingt aura ko buat org tertunggu2 khbar berita dri ko???? Mslhnya smua org ignore.. smu buat2 xnmpk... kitrg mcm x terkesan apa2... jenab2.. sedih... dh la muka xlawa. Anak pn muka so2 je... motip?? Letih la tgk jenab ni. Suara xsedap, aura sendu..  jah tu even byk haters tp apa dia buat smua org terpegun la jugak.


Last nk ckp. Anak xcomel. Haha kbye
Quote Samerosie 8-6-2025 07:32 AM
Just nak ckp (bukan jaki dgn baby) hidung baby dia ni mmg trademark adik beradik neneknya.
Quote zehra2 8-6-2025 07:48 AM
comel nya baby M.. bella pun comel.. moga baik2 je..
Quote af_mania 8-6-2025 08:22 AM
Apa beza dedah wajah masa baby < 5 bulan & dedah wajah masa umur 5 bulan yahh?
Quote chandrahusin 8-6-2025 08:38 AM
Nab makin lawa skrg
Comel baby
Quote Lampuled 8-6-2025 08:43 AM
Tak sangka kak nab dh jd ibu.. Chinese look anaknye, mata mcm maknye, maknya maintain je. Suka kak nab ni sll nmpak ceria and positive vibes jer dia. Tahniah.
Quote Anyaa29 8-6-2025 10:10 AM
Comel
Quote rayna_raynes 8-6-2025 10:51 AM
Anak dia cam muka Afgan masa baby
Quote black_handbag 8-6-2025 10:57 AM
comel anak dia. nampak bahagia kaknab sekarang
Quote cmf_premierleag 8-6-2025 11:08 AM
Mehhh..gitu je ke? Tak comel langsung
Quote bluebutter 8-6-2025 11:14 AM
Samerosie replied at 8-6-2025 07:32 AM
Just nak ckp (bukan jaki dgn baby) hidung baby dia ni mmg trademark adik beradik neneknya.

Nenek dia pandai jahit baju Dan nenek dia lawa kan?. Kat selayang depan stadium selayang.

Last dulu I tgk nenek dia putih putih kulit Dan rambut Oren ( sebab orang selalu kulit putih cerah rambut deme blonde ). Lawa tau nenek dia.
Quote rayna_raynes 8-6-2025 11:31 AM
af_mania replied at 8-6-2025 08:22 AM
Apa beza dedah wajah masa baby < 5 bulan & dedah wajah masa umur 5 bulan yahh?

Baik dia dedah dulu dari orang lain mcm kes neelofa dulu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061765 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top