CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Putus Tunang Sebab RM500, Bukan Lagi Mata Duitan Tapi Gila Harta” - Kak KM

6-6-2025 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1846| Komen: 11

 

Usahawan sensasi Kak KM memberi pendapatnya mengenai isu seorang selebriti yang dikatakan memutuskan tali pertunangan disebabkan bekas tunangnya mempunyai masalah kewangan.

Menerusi sesi siaran langsung, Kak KM berkata.jika lelaki tersebut mempunyai duit yang banyak sekalipun ianya bukan hak wanita berkenaan kerana belum lagi berkahwin.

Menurut Kak KM lagi, ketika dalam tempoh perkenalan itulah sepatutnya mereka belajar untuk menerima kekurangan masing-masing.


“Dia hina? Bagus pun putus tunang. Waktu kau berkawan dengan pasangan masing-masing, kau kena terima seadanya.

“Sebenarnya, kalau lah korang ni tiba-tiba nak putus tunang disebabkan RM500 kau bukan mata duitan lagi dah, kau gila harta.


“Kau kena ingat, kalau dalam bank dia ada RM500 juta pun kalau dia bukan jodoh kau sama juga. Jadi kena ingat satu perkara, duit dia adalah hak dia, belum kahwin pun lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkongsikan ketika di awal perkahwinan, suaminya tiada apa-apa namun mereka sanggup bersusah senang bersama sehingga berada di tahap ini.

“Ketika kahwin dulu, aku dan suami tiada apa-apa tapi itulah gunanya perkahwinan, sama-sama susah dan senang baru kita boleh kekal sampai hari ini sebab hargai pasangan,” katanya.

Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 6-6-2025 03:37 PM
Oh. Laki kkm ni sorg saja eh. Ingatkan kawen cerai kawen cerai. Contoh yg baik. Hihiiiii
Quote adeqbun 6-6-2025 03:56 PM
Nak tgk la kalau pakwe anak kak km dpt laki mcm gini..ape pulak die nak kate
Quote gerbera.memopad 6-6-2025 04:05 PM
Tak payah nak cakap oranglah. Dia sendiri hidup berpaksikan duit. Show off sana sini.
Quote Piramida 6-6-2025 04:17 PM
Tak setuju.... Zaman sekarang kena ada kewangan yg kukuh nak hidup selesa bahagia rukun aman damai.
Baik lelaki baik pompuan.
Quote Piramida 6-6-2025 04:19 PM
Tapi utk akak ni... Laki dia buat apa? Kerja apa?
Leader kah in family? Provider kah?
Quote chandrahusin 6-6-2025 04:34 PM
ironi
yg berckp ni pun
flex makanan baju kasut
pegi salon
bkn gila harta jgk kah?
tanya je
Quote seri_mawr 6-6-2025 04:38 PM
mmg perempuan tu berterus terang...bunyik mcm kejam...tapi...

elok le dia angkat kaki dri hujung2 dia kena tanggung laki...x pasal2 makan hati last2 cerai... jadi janda jua...lagi kesian package ada anak...laki lepas tanggungjawab....haru biru kak KM oii...

ni kes lelaki bagi 2 cincin satu risik satu tunang tu kan..?

dua2 artis sendu....

moga anak kak KM berjodoh dgn lelaki yg ada rm500 je dlm bank akaun.
Quote MissVixen 6-6-2025 04:42 PM
Kak km dan lawyer gemuk tu dua2 jenis suka malukan suami masing2. Kak km ni pun suka tayang kemewahan, sanggup p clubbing dengan ipa rajiah. Kalau laki takde duit, memang kena kutuk dan buli je dengan bini macam ni.
Quote pocongkiutss 6-6-2025 04:42 PM
chandrahusin replied at 6-6-2025 04:34 PM
ironi
yg berckp ni pun
flex makanan baju kasut

Tu dia "usaha" sundiri noks..dgn bersahabat dgn dot dot dot

Quote sleepandream 7-6-2025 12:12 AM
yela kalau dpt laki kaya tapi ujung2 misken mcm datuk red tu tak jadi apa jugak.... ingatkan kaya... sekali hadooo...
Quote sharlenetexas 8-6-2025 01:16 AM
Kalau mesin basuh apa komen kak?


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.042822 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top