Presiden Seniman, Zed Zaidi mengakui terkejut dan tidak sangka penyanyi dan pelakon lelaki popular ditahan atas dakwaan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun. Memetik Harian Metro, Zed berkata dia tidak menjangkakan individu tersebut terbabit dalam kes sedemikian. “Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka. “Kadang-kadang orang itu baik, tiba-tiba sebaliknya pula. Kadang-kadang orang ini kita nampak ‘jahat’, tapi sebaliknya. Jadi benda-benda ini, memang sekarang sangat sukar dijangka,” katanya. Bagaimanapun, Zed berkata penyanyi itu belum lagi didapati bersalah dan siasatan terperinci masih dijalankan pihak polis biar undang-undang yang akan menentukan. Dalam pada itu, Zed turut mengingatkan kepada golongan artis agar berhati-hati serta tidak terbabit dengan perbuatan yang terkait individu di bawah umur dan kanak-kanak.
“Sekarang ini, kalau yang membabitkan gangguan seksual dan juga cabul terhadap kanak-kanak serta di bawah umur memang sangat serius. “Cuma, kalau isu-isu yang membabitkan artis ini selalu mendapat liputan lebih meluas dan lebih pantas oleh pengamal media serta masyarakat. “Jadi, kita sebagai artis kena berhati-hati dan jangan buat perkara yang pelik-pelik. Sebab apa, sekarang ini bila artis ditangkap dan dia baru didakwa serta belum lagi bersalah, kita tak boleh terus menuduh,” katanya. Semalam, hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi popular ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor. Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
borne replied at 6-6-2025 11:53 PM
Anak pacit Ramli ni gigih up vidio budak ni pakai kopiah & jubah sebab nak kasi in line dengan tagli ...
borne replied at 6-6-2025 03:53 PM
Anak pacit Ramli ni gigih up vidio budak ni pakai kopiah & jubah sebab nak kasi in line dengan tagli ...
dua_chzy replied at 7-6-2025 12:26 AM
Meols bias kat Naim Daniel. Meols tokleh cerca dia. Kalau mangsa 14 macam umo Aida Aris masa Bob L ...
LadyCarefree replied at 6-6-2025 07:39 PM
Consensual kot tapi mak pompan takleh terima. Pompan pulak underage.
dua_chzy replied at 7-6-2025 01:26 AM
Meols bias kat Naim Daniel. Meols tokleh cerca dia. Kalau mangsa 14 macam umo Aida Aris masa Bob L ...
Hoola replied at 7-6-2025 02:55 PM
mmg xsangka mamat tu
even he sometimes looks poyo
up twit itu ini
tumpanglalu74 replied at 7-6-2025 06:55 AM
Ya Allah pacit Bob tu pon bawak2 la mengucap.. Takkan le orang nak terime pinangan sekadar cipte ...
ADVERTISEMENT